"Melawan! Melawan!"

"Huh!".

Malika terus naik ke dalam  kereta malas ingin melayan. Mahunya dia bunuh suami sendiri karang. Jadi berita utama pula. Isteri bunuh suami sebab tak tahan kena tindas. Hahaha macam kelakar pulak bunyi dia

Aryan tersenyum kemenangan. Pintu kereta ditutup. Dia melelapkan mata ditempat duduk sebelah pemandu

"Awak nak pergi mana?". Sambil memandu dia bertanya. Aryan bukan berguna sangat kepala otak dia

"Pergi jelah mana-mana".

"Betul ni? Kalau saya pergi mana-mana awak membebel saya tinggalkan awak tepi jalan"

"Berani ke?" Nada mengejek dia berkata

"Of course, saya dekat luar negara sorang-sorang jugak. Takde pun yang teman"

"Eleh nanti cari aku jugak jadi bantal peluk kau malam-malam".

"Mana ada! Itu saya...."

"Saya apa?"

"Saya.... Tak ada apa-apalah"

"Tak nak mengaku konon". Seronok pula mengusik bini

"Alah bukan luak pun saya peluk awak. Perut boroi awak dah la besar!". Kutuk Malika. Dia sendiri tidak tahu nak cakap apa sebenarnya. Main tembak asal kena

"Hello. Aku ada chocolate bar okay! 6 lagi". Chocolate bar nya digosok perlahan. Masih terasa chocolate bar nya. Nasib baik!

Baby are you there right?

"Iyalah tu. Entah-entah dah berlapik-lapik dah sebab gemuk". Masih tidak mahu kalah

"Yang berlapik-lapik ni la kau peluk". Kembali melelapkan matanya

Malika tidak membalas. Alahai fakta ni memang buat mulutnya terdiam. Tiada fakta lain yang boleh menentang fakta ini. Arghhhh aku stress!!

Tanpa sedar minyak ditekan. Kelajuan kereta bertambah buatkan Aryan membuka mata. Terus tali pinggang dipakai. Takut

"W..wey kau nak mati awal ke!?".

"Ahah. Dapat lebih sikit pahala mati dengan suami". Malika rilex sahaja mengawal stering kereta

"Banyak la kau! Siapa yang bagitahu kau! Kau slowkan kereta ni sekarang!". Tali pinggang dipegang kuat

"Kalau saya taknak?".

"Slow Malika!".

"Taknak"

"Malika kalau kau tak sayang aku pun kau sayang lah diri kau sendiri wey. Aku takda anak lagi wey!".

Kereta dislowkan Malika. Terkesan dengan perkataan 'anak' yang keluar dari mulut Aryan

Aryan nak anak dengan dia ke? Persoalan itu tiba-tiba muncul difikiran nya

"Awak... Nak anak dengan saya ke Aryan?". Dia bertanya

Aryan memandang isterinya

"Mestilah aku nak. Buat apa kahwin kalau takda anak". Jujur sahaja jawapannya

"Kalau... Saya tak boleh mengandung... Macam mana?".

"Aku kahwin lain". Memang Alien

"Aryan!". Senang je jawapan dia. Tahu tak itu ayat yang paling perempuan menyampah

"Habistu kau nak aku buat apa? Menghadap kau?". Aryan bertanya selamba. Dia tiada niat pun nak berkata begitu saja nak tengok reaksi gadis ini

"Takpalah, saya izinkan awak kahwin lain". Pasrah sahaja bunyinya

[C] : PSYCHO MR HAZEL Where stories live. Discover now