First Day!

664 81 43
                                    

Gempa melihat kawasan sekelilingnya yang sedang dipandu oleh Taufan di hadapannya dan Halilintar di belakangnya. Mata bulat Gempa bersinar dengan begitu terang sekali sewaktu dia dapat melihat suasana di dalam kawasan universitinya yang kelihatan begitu besar dan mewah kerana ia dicat dengan warna putih. Satu perkara yang Gempa sentiasa peka di dalam pemerhatiannya, menggunakan tema warna hitam ataupun putih boleh mencerminkan aura elegan dan bertaraf tinggi.

'Jadi memang betullah kata orang yang universiti ni adalah bukan universiti biasa-biasa? Masuk je dalam kawasannya kau akan terus terpesona! '

Gempa tidak ingin menipu jadi dia jujur sahaja berkata bahawa dia sangat kagum dengan reka bentuk bangunan universiti tersebut.

"Uwaahh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Uwaahh..! J-jadi di sini adalah tempat yang akan aku belajar nanti? " Gempa berkata dengan nada yang seakan-akan tidak percaya. Terasa seperti seolah-olah dirinya berada di dalam sebuah dunia kayangan yang moden!

"Yep! Dan kalau kau tengok dekat kawasan universiti ni dah macam ni. Ha, sekarang kau tengok pula dari kawasan belakang tempat ni! "

Taufan berkata sembari menunjukkan skrin telefonnya yang sudah menunjukkan sebuah gambar di dalamnya.

"Sini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sini... "

"Sini adalah kawasan belakang universiti ni! Cantik, kan? Jalannya bersambung dengan padang yang ada dekat sini. "

'Kawasan belakang pun dah mewah macam ni? Fuh! Ni baru kawasan luar. Kalau dalam bangunan yang tinggi dan hebat ni pula macam mana? ' bisik Gempa di dalam hatinya. Sungguh dia terasa seperti sangat kagum dengan reka bentuk binaan tempat yang dia sedang berada sekarang.

"Sekarang, jom kita masuk ke dalam pula. Masih banyak tempat yang kau perlu kenal, Gempa! "

"Uuhh... Banyak sangat ke? " Gempa bertanya dengan ragu-ragu.

"Hmm... Banyak tu memang banyak! Tapi lama kelamaan kau akan rasa biasa saja. Sebab bila kau dah masuk belajar dalam ni, kau akan lebih ingat dewan untuk course kau saja. "

"Banyak ke course yang ada di sini? "

"Hehe... Kau nak tahu? " Taufan bertanya sambil menyunggingkan senyuman yang bermakna.

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now