Meet with 6 annoying guys?!

1.9K 158 93
                                    

"Kau Gempa, kan? "

Lelaki yang lengkap berpakaian sut hitam dan bercermin mata hitam tersebut berjalan menghampiri Gempa dengan pandangan yang datar dan dingin. Gempa mengenyitkan kedua belah matanya sambil merenung lelaki tersebut.

Dengan ragu-ragu Gempa menjawab, "Y-ya... Ya saya Gempa. Boleh saya tahu encik ini siapa? "

Lelaki tersebut tidak menjawab pertanyaan Gempa tadi. Gempa sendiri tidak pasti sama ada lelaki itu pekak ataupun dia tengah buat apa sebenarnya kerana sedari tadi dia berdiam diri. Dengan selambanya Gempa melambaikan tangannya di hadapan muka lelaki tadi.

"Encik? Encik pekak ya?"

Masih sahaja diam. Gempa menghela nafas lalu menghinjutkan bahunya hairan. Oleh kerana tidak mahu membuang masa, dengan selamba sahaja Gempa berlalu pergi meninggalkan lelaki tadi.

Namun baru sahaja beberapa langkah dia berjalan, tiba-tiba tangannya ditarik kuat lalu dibawa ke arah kereta.

"Argh-! Heey!! Lepaskan saya!! Encik! Apa yang encik cuba lakukan?! Lepaskan sayalah!!! " Dengan kasar Gempa cuba melepaskan diri dari ditarik oleh lelaki tadi. Situasi kian menjadi tegang dan hangat apabila Gempa terus menerus memberontak.

Lelaki yang sedang mengheret Gempa tadi mula rasa bengang lalu dengan pantas dia mengetuk belakang leher Gempa membuatkan gadis itu pengsan serta-merta. Tanpa membuang masa, lelaki itu terus mengangkat Gempa masuk ke dalam kereta dan menutup pintu kereta. Tidak mengambil masa yang lama, kereta tersebut terus memecut laju meninggalkan orang-orang di kawasan tersebut terpinga-pinga dengan apa yang sudah terjadi sebentar tadi.

💖✨💖✨💖✨💖

"Urghh... Sstt... Sakitnya." Gempa sedikit meringis apabila merasakan belakang lehernya sakit bagai tulang tengkuknya dipatahkan. Dengan perlahan dan perit Gempa cuba mencelikkan matanya.

"Huhh... K-kat mana ni? " Gempa sedikit hairan dengan suasana sekitarnya. Kelihatan di situ ialah sebuah taman. Dan Gempa sedang duduk di bawah sebuah pokok yang redang.

"Baru bangun? " Suara seseorang yang menerpa masuk ke dalam indra pendengaran Gempa membuatkan Gempa sedikit terkejut. Dengan pantas Gempa mendongak dan irisnya terus bertembung dengan sepasang iris ruby dari atas.

Gempa menjengkilkan matanya geram.

"Siapa kau?! Apa yang kau nak?!" Gempa terus bangun dari duduknya dan menjeling lelaki di hadapannya dengan geram.

Tidak menjawab, lelaki itu hanya menghela nafas dan cermin mata hitam ditangannya dipakai olehnya semula. Lelaki itu menghampiri Gempa membuatkan Gempa sedikit terundur ke belakang kerana takut.

"Apa yang kau nak dari aku?! Aku tak kenal pun kau! "

"Ceh, kasar betul bahasa kau, eh? Tadi bukan main lembut pakai 'encik' bagai. " Lelaki itu berkata sinis.

Gempa mengetap giginya geram. "Aku takde masa untuk jaga tatasusila aku dengan orang asing yang menjadi ancaman untuk aku. Cepat cakap! Siapa kau dan apa yang kau nak?! "

Lelaki itu tertawa sinis. "Apa yang aku nak? Kalau aku nak kau mati macam mana? " Gempa terdiam seketika apabila dipersoalkan sedemikian rupa. Wajahnya mula pucat dan jantungnya mula berdegup kencang.

"A-apa?! " Gempa mula berpeluh dingin.

"Heh, tahu pun takut. Mulut kau tu memang tak boleh duduk diam, eh? Cakap tak henti-henti "

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now