Her Past

1.6K 143 85
                                    

Gempa baru sahaja selesai daripada aktiviti mandinya. Dia melangkah keluar dari bilik mandinya sambil mengelap rambutnya yang basah menggunakan tualan kuning yang tertulis khas namanya di hujung tuala tersebut. Gempa berjalan lurus menuju ke arah katilnya dengan bantuan cahaya bulan yang memasuki ruang biliknya yang luas itu. Sebaik sahaja tiba di katilnya, Gempa mencapai telefonnya yang diletakkan di atas almari kecil yang menjadi tempat lampu tidur dan novelnya berada. Sebaik sahaja dia mendapat telefonnya, terus dibuka layar telefon itu dan dia mendapati ada beberapa mesej yang masuk.

Dahi Gempa berkerut hairan. "Pelik, siapa pula yang mesej aku malam-malam buta ni? Nombor semua aku tak kenal ni. Cuba check lah... " Tanpa membuang masa, Gempa terus membuka ruang chat tersebut. Membutang mata Gempa sebaik sahaja dia dapat membaca mesej-mesej tersebut.

01X XXX XXXX

Hi, Gempa!
Fanfan hensem di sini! 😘

Gempa dah tidur ke?
Oklah Fanfan tak nak kacau tidur indah Gempa tapi just nak cakap yang ini adalah nombor personal Fanfan.

Jadi kalau ada apa-apa masalah Gempa boleh chat or call dekat sini je.
Kalau nak jumpa personal pun boley~ ehek! 😚

Oklah Gempa!
Fanfan pun nak masuk tidur so gudnite!
Sweet dream dan mimpikan beta ya wahai permaisuri hatiku~ auch! 😘

Gempa tergelak kecil membaca mesej yang ternyata dari Taufan itu. Dia kemudian membuka chat yang lain pula. Ternyata kesemua 6 jejaka tadi telah menghantarkan mesej kepadanya pada waktu yang sama. "Diorang sepakat ke apa? " Monolog Gempa sambil sweatdrop. Namun dalam dia memeriksa dan membaca semua mesej itu, tiba-tiba dia mendapat mesej baru dari seseorang pada waktu itu. Dan Gempa mendapati, ia dari Halilintar. (Walaupun tak save lagi nombor tapi Gempa dapat cam sebab cara percakapannya dalam chat tu. 😅)

01X XXX XXXX

Hoi.
Aku tahu kau tak tido lagi Si Pendek.
Aku malas nak perkenalkan diri aku atau apa. Cuma nak cakap sesuatu.

Be careful.

Aku tahu tentang masalah kau dan keluarga tiri kau tu.
Jangan risau yang lain tak tahu apa-apa pun. Hanya aku seorang saja.

Dan ingat, kalau mak tiri kau tu boleh rancang nak bunuh suami dia sendiri, dia bila-bila masa saja boleh rancang untuk bunuh kau.

Aku cakap bukannya sebab aku risaukan kau ke apa. Jadi jangan salah faham. Aku risau nanti makin susah nak rampas syarikat ayah kau tu je.

Sudah, pergi masuk tido.

Gempa terkebil-kebil memandang mesej dari Halilintar tersebut. "Dia ni tsundere sejati ke apa? " Gempa menggelengkan kepalanya sambil tersenyum mengejek. Namun kemudian dia serius kembali. Terdapat kata-kata Halilintar yang menarik perhatiannya. "Be careful, huh? Seems like he really does know about my problem, huh? Nampaknya aku tak boleh pandang rendah pada Mamat ni. Ok, let's play along then. " Gempa menutup layar telefonnya dan lantas baring ke atas katil empuknya.

Gempa termenung seketika sambil menatap siling biliknya yang mempunyai perhiasan seperti sticker yang berbentuk permata dan berwarna kuning. Siling itu ditambah pula dengan bintang-bintang yang seperti berkelipan kerana terkena cahaya bulan. Sangat cantik.

Fikiran Gempa menjadi tenang melihat perhiasan tersebut. "Mesti ayah yang buat semua ni, kan? " Monolog Gempa dalam hatinya. Senyuman manis terukir di bibirnya.

Namun seketika kemudian senyumannya kembali memudar. Tiba-tiba memorinya mengingat kembali akan situasi yang mana tentang perbualannya bersama 6 jejaka sewaktu majlis tadi.

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now