Dinner

1K 104 9
                                    

Gempa melangkah keluar dari bilik mandinya sebaik sahaja dia selesai mandi. Pintu bilik mandinya mengeluarkan wap panas yang terhasil daripada paip yang menjadi water heater di dalam bilik mandi tersebut. Sambil berjalan mendekati katilnya, Gempa mengelap rambutnya yang panjang paras pinggangnya.

Seketika Gempa sedang ralit mengelap rambutnya, tiba-tiba dia mendapat mesej melalui telefonnya yang dibeli oleh ayahnya, Amato. Gempa memandang lama telefon yang bercahaya tersebut sebelum dirinya terdetik untuk melihatnya. Setelah selesai mengelap rambutnya, Gempa berjalan menghampiri telefon tadi dan mencapainya. Dia melihat layar skrin telefonnya.

"Ais? Jarang aku tengok dia bersuara. Kenapa tiba-tiba mesej? " Gempa cuba membuka mesej yang dihantar oleh Ais. Dibacanya setiap ayat yang dihantar oleh lelaki dewasa itu dengan hati-hati sambil cuba memahaminya.

Mr. Icy Snow❄️

Hi, Gem. Maaf mengganggu kamu malam-malam sebegini. Ingin aku ingatkan kau sesuatu. Mungkin sekarang ini akan ada beberapa orang ataupun seseorang sedang memerhatikan kau dari dekat. Jadi aku harap kau berhati-hati.

Dan satu lagi. Mungkin aneh bunyinya tapi... Tak kiralah siapa pun itu, jangan kau sesekali mempercayainya.

Ok aku rasa itu sahaja. Selamat malam.

Gempa hanya tersenyum kecil selepas membaca pesanan tadi. Dia menyimpan kembali telefonnya di atas meja lalu mula bersiap-siap untuk makan malam keluarga.

💖✨💖✨💖✨💖

Gempa melangkah keluar dari biliknya. Dia melihat kawasan sekitar yang berada di lorong bilik-bilik yang banyak di dalam rumah mewah tersebut. Sunyi.

"Mungkin semua dah berkumpul dekat bawah. " Gempa tidak membuang masa di situ. Lalu dia terus berjalan menuju ke arah bilik Fang yang selari menuju ke arah tangga untuk turun ke tingkat bawah. Sebaik sahaja tiba, Gempa menarik dan menghembus nafasnya sekadar untuk menenangkan dirinya. Dia membetulkan sedikit keadaan bajunya yang mana dia hanya mengenakan blouse paras lutut yang sesuai untuk suasana malam yang berwarna kuning lembut dan mempunyai renda di hujung kain blouse tersebut.

Tangan Gempa sedikit bergetar dan sejuk apabila dia ingin mengetuk pintu bilik Fang. Namun dia tidak ragu-ragu, dia cuba memberanikan dirinya lalu mengetuk pintu bilik tersebut.

Gempa tidak perlu mengetuk pintu bilik tersebut buat kali kedua apabila dia dapat mendengar suara sahutan Fang dari dalam bilik. Tidak menunggu lama, pintu bilik terbuka dan menampakkan wajah Fang di sebalik muka pintu.

"Fang. " Gempa tersenyum apabila dapat melihat wajah orang disukainya itu. Fang juga tidak melepaskan peluang dan dia juga ikut tersenyum manis ke arah Gempa. "Sudah waktu makan malam? "

"Hm! Ayah dan yang lain mesti sudah tunggu. Jom? "

Fang sekadar mengangguk akur lalu menutup pintu biliknya setelah dia keluar dari bilik. Mereka berdua berjalan seiring dan sejalan menuju ke arah tangga untuk turun ke tingkat bawah dan ingin menuju ke bahagian ruang makan.

💖✨💖✨💖✨💖

"Maaf lama menunggu. " Gempa dengan sopan menyapa penghuni ruang makan yang mewah tersebut. Terdapat sebuah meja yang berukiran panjang 3x7 disertakan 12 buah kerusi yang mana setiap 5 dari kerusi tersebut berada di bahagian sisi meja manakala 2 lagi berada di bahagian meja yang menjadikan keadaan kerusi tersebut berada dalam kedudukan single.

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now