Step-Family

1.7K 164 33
                                    

"Selamat pulang, Cik Gempa! "

Dengan penuh hormat para butler dan maid berbaris tegak lalu menundukkan badan mereka sebaik sahaja Gempa melangkah masuk. Melihat keadaan yang begitu asing bagi dirinya, Gempa sedikit terundur ke belakang dalam keadaan terkejut.

"Ah.. Umm.. S-semuanya... tak perlu terlalu formal dengan saya. S-saya.. " Tegagap-gagap Gempa ingin berkata-kata jadinya. Salah seorang dari barisan maid berjalan menghampiri Gempa. Jaket beserta begnya terus diambil. Salah seorang butler juga berjalan mendekati Gempa lalu mempersilakan Gempa untuk mengekorinya.

"Sila ikut saya, Cik Muda. "

"Err... Umm.. Ok. "

Dengan perasaan gugup dan canggung Gempa mengekori butler tadi dari belakang. Gempa sempat melirik ke sekelilingnya dan betapa kagumnya dia di saat dia dapat melihat suasana dalam rumah tersebut. Begitu luas dan mewah. Semua barang kelihatan bersinar dan cantik.

"Mesti semua barang mahal ni... " Desis hati Gempa dengan kagum.

💖✨💖✨💖✨💖

"Gempa! Anak ayah, akhirnya kamu dapat pulang ke pangkuan ayah semula!" Encik Amato berjalan menghampiri Gempa lalu memeluk anak gadis tunggalnya dengan erat sekali.

Gempa tertawa kecil sambil membalas pelukan dari ayahnya.

"Ayah, ayah sihat? " Gempa memandang ayahnya sambil di dalam pelukan. Amato mengusap kepala Gempa dengan penuh kasih sayang.

"Sudah tentu ayah sihat. Dan... " Amato sedikit meregangkan pelukan mereka. Ditatapnya wajah anak kesayangannya itu.

"Ayah baru dapat berita yang kamu kena serang tadi. Kamu ok? "

Gempa sedikit cuak apabila disoal sedemikian. Ayahnya masih tidak tahu akan dirinya dengan lebih mendalam. Dengan cepat Gempa menganggukkan kepalanya sambil mengukirkan senyuman walaupun ia senyuman canggung.

"I... Iyaa.. Gempa ok! "

Amato tersenyum mendengar balasan dari anaknya. Sekali lagi dia menarik anaknya itu masuk ke dalam pelukan yang hangat.

💖✨💖✨💖✨💖

"Jadi... Bila Gempa boleh jumpa dengan keluarga tiri Gempa? "

Gempa menyoalkan soalan kepada ayahnya sebaik sahaja mereka berdua duduk di atas sofa bersama dan bersama-sama menikmati teh panas di ruang keluarga yang luas tersebut. Amato tersenyum lalu mengusap kepala Gempa dengan lembut.

"Kamu terlalu bersemangat untuk bertemu dengan keluarga tiri kamu, ya? " Gempa hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum manis.

"Siapa yang nak bertemu dengan perampas takhta mak, huh?! Aku takkan benarkan mereka bahagia kalau mereka ingin kelebihan ayah sahaja dalam keluarga ni!"

"Sayang~"

Suara seorang wanita memecah kehangatan antara Amato dan Gempa. Serentak mereka berpaling dan mendapati seorang wanita separuh usia sedang berjalan dengan begitu elegan sekali dan diikuti beberapa orang remaja di belakangnya.

Wanita itu berjalan mendekati Amato lalu duduk di samping Amato yang kosong. Dia memeluk bahu Amato dengan lembut dan tersenyum.

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now