A Sudden Attack! (Pt. 3)

1.6K 162 66
                                    

SLAAASHHH!!

"WAAAAARRGHHHH!! "

Terkedu 6 Saudara Boboiboy tadi apabila mereka terdengar suara jeritan kasar dari beberapa orang. Sebuah jeritan yang amat menyakitkan dan kuat. Namun begitu tidak lama kemudian bunyi jeritan tadi terus hilang dan suasana dalam keadaan gelap tersebut kembali sunyi. "B-bunyi apa tadi tu? " Thorn bertanya ketakutan. Pedang katana yang dipegangnya digenggam erat kerana ingin melindungi dirinya sendiri. Iris hijaunya tidak henti-henti melilau melihat kawasan sekitarnya.

"Mana habis pengganas tadi? Kenapa sunyi je semua? Takde dengar bunyi tembakan pun? " Ais mula bertanya kehairanan. Dia terus mengeluarkan telefon bimbitnya dan cuba mencari mana-mana ruang laman sosial untuk dia hack. Dia sendiri tak tahu kenapa tapi dia terdetik untuk melakukan hal tersebut. Namun apabila dia menggeset layar telefon pintarnya, dia terdengar Taufan berbisik pelik.

"S-siapa yang ada atas kereta aku tu? "

"Huh? " Usai berkata sedemikian, pantas 6 Saudara Boboiboy itu mendongak atau lebih tepatnya mereka melihat ke arah kereta Taufan yang berada betul-betul di hadapan mereka. Dari situ, mereka dapat melihat seseorang atau lebih tepatnya seorang gadis yang lengkap berpakaian gaun dan rambut yang terhias cantik.

"Bidadari? " Thorn bertanya polos. Namun matanya sudah bersinar melihat gadis tersebut yang begitu cantik dan menawan sekali apabila cahaya rembulan dan bintang menerangi dirinya. Sekiranya jarak antara kedudukan kereta yang dinaiki gadis itu dan mereka berenam tidak jauh, sudah tentu mereka sudah dapat melihat rupa gadis tersebut.

Namun dalam mereka sedang terpana, mereka tidak sedar ada seseorang yaitu salah satu dari ahli pengganas tadi sedang berjalan menghampiri mereka. Orang misteri tersebut sedang bersedia untuk menikam Blaze yang berada di bahagian paling belakang bersama pisaunya.

Secara kebetulan gadis yang berdiri di atas kenderaan Taufan tadi ternampak akan hal itu lalu pistol di tangannya terus diacukan ke arah 6 sekawan itu. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat gadis itu tiba-tiba mengacukan pistolnya ke arah mereka. "Huh?! D-dia nak tembak kita ke?! " "E-elak semua!! "

BANNGG!!

"WAAAAARGHHHH!!! " Sambil menjerit kuat 6 sekawan itu melompat ke sisi masing-masing untuk mengelakkan diri dari pistol tersebut. Dan Zuuppp!!  peluru pistol tadi kena di bahagian leher orang yang ingin menikam Blaze tadi. Oleh kerana cuai, ahli pengganas itu akhirnya tumpas dan rebah ke lantai tidak sedarkan diri.

6 sekawan yang melihat keadaan itu mula berubah pucat muka mereka. Ais yang masih dalam keadaan berdebar terus mengalihkan perhatiannya lalu kembali ke niat asalnya tadi. Layar telefonnya terus ditatap semula. "Nasib baik rumah pakcik ni dinaik taraf menggunakan suis elektrik wireless. Sekarang.. Hack suis utama ini dan... "

ZHOOMM!!

Sebaik sahaja Ais selesai menekan sebuah butang di layar telefonnya, terus suasana di dalam rumah agam itu cerah kembali. Ramai yang menghela nafas lega dan ada yang bersorak gembira. 6 sekawan tadi pun tidak kalah bersyukur kerana di sepanjang situasi yang mendebarkan tadi tiada sesiapa pun yang tercedera.

Halilintar yang baru sahaja bangun dari duduknya terus mencari kelibat seseorang di sekitarnya. Iris rubynya bergerak laju mencari orang yang berada di dalam fikirannya sebelum ia terus terhenti di sebuah kenderaan di muka pintu. Berdegup jantung Halilintar melihat orang yang dicarinya iaitu Gempa sedang berdiri di atas kenderaan Taufan sambil memegang sepucuk pistol dan sebilah pisau di tangannya. "Dia ke yang... Lakukan semua tadi? " Terkagum Halilintar melihat Gempa walaupun baju gadis itu sudah ada yang terkena percikan darah.

Rakan seperjuangan Halilintar juga tidak kalah melihat kembali ke arah kenderaan tersebut. Masing-masing menunjukkan pelbagai reaksi dan yang nyatanya sebagai kesimpulan mereka sebenarnya sedang terkejut. "G-Gempa ke yang..?! " Blaze tak dapat meneruskan kata-katanya. Dia terlalu kagum dalam melihat Gempa dan mengingat kembali akan hal tadi. Tidak dapat dibayangkan yang ternyata situasi yang mendebarkan tadi sebenarnya dilakukan oleh seorang gadis berumur 17 tahun.

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now