A Gift!

1.2K 131 13
                                    

Gempa sedang bersiar-siar di sekitar kawasan taman yang ada di kawasan perumahannya. Dia melihat kawasan sekitarnya yang begitu penuh dengan pokok-pokok bunga yang segar dan cantik. Bunga-bunga yang berwarna-warni berkembang dengan cantik dam segar sekali. Melihat suasana aman dan damai sebegitu, ia membuatkan mood Gempa terus menjadi baik. Gempa menyeluk poket baju blousenya lalu dia mengeluarkan sekeping gambar.

Gambar dia bersama arwah ibunya.

Gempa tersenyum memandang gambar itu. Diusapnya wajah ibunya yang berada di dalam gambar tersebut.

"Cik Gempa, silalah nikmati makanan ringan ini. " Yaya dan Ying datang menghampiri Gempa bersama sambil menolak sebuah troli yang boleh digunakan untuk membawa makanan ke mana-mana sahaja.

Gempa menoleh ke arah 2 maid tadi lalu mengangguk. Senyuman masih tidak lekang di bibir Gempa. Mereka bertiga berjalan bersama menuju ke kawasan tengah taman itu. Di kawasan itu mempunyai sebatang pokok yang sangat besar dan redup. Ada buaian yang dibuat daripada akar pokok dan kayu sebagai tempat duduk.

Namun itu bukan tempat tujuan mereka. Mereka bertiga berjalan menuju ke sebuah pondok yang berada berdekatan dengan buaian itu. Pondok itu berwarna putih dan tiang-tiangnya dihiasi dengan lilitan bunga mawar yang berwarna merah. Sungguh cantik sekali pemandangan. Di sekeliling pondok itu kecuali di pintu masuk pula dikelilingi oleh pokok-pokok hiasan yang berbunga kecil dan banyak.

Gempa memerhatikan sahaja suasana yang ceria dan damai itu. Sesekali pokok-pokok bunga disentuhnya sambil dia bersenangdung lagu dengan nada kecil.

Yaya dan Ying memperhatikan sahaja tingkah laku Gempa yang tampak begitu ceria sekali. "Cik Gempa nampaknya dalam mood baik sekali hari ni. "

"Padahal semalam baru sahaja dia menangis sebab tak nak Tuan Amato meninggalkannya selagi dia belum tertidur. "

Yaya tertawa kecil mengingat kembali memori malam semalam. Selepas sahaja Amato dan Gempa berbual kecil bersama, Amato ditahan oleh Gempa untuk terus di dalam biliknya untuk menemaninya. Begitu keras sekali kepala Gempa sehingga dia sanggup memaksa ayahnya sendiri untuk menemaninya sehingga dia tertidur. Namum Amato tidak terlalu mempersoalkan hal tersebut. Walaupun pada awalnya dia sedikit membantah namun akhirnya dia mengalah. Yaya dan Ying juga ada untuk menemani anak-beranak itu sehinggalah Gempa tertidur dan mereka bertiga beredar dari situ.

Yaya dan Ying semakin tertawa mengingat hal semalam. Gempa yang tersedar akan tingkah laku 2 maid kesayangannya mendekati mereka berdua. "Yaya dan Ying sedang bualkan tentang apa? "

Pantas Yaya dan Ying memandang Gempa. Mereka hanya tersenyum sahaja. "Tidak lah. Kami tiba-tiba teringatkan Gempa pada malam semalam maa... Semalam bukan main manja. Hari ini nampak happy saja. Apa macam ni? " Ying memandang ke arah Gempa dengan pandangan curiga beserta dengan senyuman nakalnya. Gempa pula hanya tertawa kecil.

"Mana ada... Gempa cuma berasa suka selepas melihat suasana taman ni. Cantik je. Eh, apa boleh Yaya dan Ying temankan Gempa bersama-sama untuk menikmati makanan ringan? "

"Eh? Takpe ke? " Yaya bertanya risau. Namun Gempa hanya mengangguk semangat. "Sudah tentu! Gempa suka apabila dapat bersama-sama dengan Yaya dan Ying. Gempa tidaklah terasa bosan sendirian. "

"Ha, kalau macam tu kami boleh saja join." Ying menerima pelawaan Gempa dengan senang hati. Gempa semakin tersenyum senang. "Betul? Ayuh! " Dengan riang Gempa belari mendekati pondok tadi. Yaya dan Ying hanya menatap sahaja Gempa sambil tersenyum. Seketika kemudian telefon Ying berbunyi. Tidak memerlukan masa yang lama, Ying pun menjawab panggilannya.

"Halo? Ah, Tuan Amato? Ya, Gempa bersama kami sekarang. " Yaya memerhatikan sahaja Ying yang sedang berbual bersama tuan besar mereka melalui telefon. "Tuan Amato mahu saya ke sana? Haiya, sekarang ka? Baiklah-baiklah kalau macam tu. Tuan tunggu sekejap, ya? " Lalu Ying pun menamatkan panggilan. Yaya memandang Ying sambil menunggu berita dari kawan baiknya itu.

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now