Welcome to University!

1.1K 115 39
                                    

"Kau nak bawa aku pergi mana? "

Gempa melirik ke arah Halilintar yang sedang memandang ke luar tingkap kereta mewahnya. Perasaan ingin tahu sedari tadi lagi membuak-buak dalam diri Gempa. Dan dia juga tidak pasti kali ini sudah keberapa kali dia bertanyakan soalan yang sama kepada lelaki itu.

Senyap.

Itu sahaja yang mampu Halilintar membalasnya. Paling tidak dia hanya tersenyum atau membalas, "Kau ikut jelah. Bukannya aku nak culik kau pun. Budak tak cukup umur macam kau bukannya ada nilai pun. "

Terasa panas pula hati Gempa apabila dibidas oleh kata-kata Halilintar. Dia terus memusingkan posisinya menghadap Halilintar dengan wajah yang tidak puas hati. "Hey! Tak lama lagi aku akan 18 ok?! Baik kau jaga mulut kau tu baik-baik! Faham?!"

"Heh, apa? Tak dengarlah! Suara kau kecik sangat macam suara bayi! Cuba cakap kuat sikit! " Dengan sengaja Halilintar mendekatkan telinganya seolah-olah ingin menyindir Gempa. Suaranya dibuat-buat tak faham akan apa yang diperkatakan oleh gadis itu sebentar tadi.

Berang dengan lelaki itu, Gempa terus menarik telinga Halilintar dengan kuat dan menggigitnya tanpa belas kasihan.

"ADDUUUUHH!! AARRGHH!! SAKITLAH SI****LL!!! " Halilintar menjerit kuat di dalam kereta mewahnya sambil cuba menarik balik telinganya. Sakitnya memang tak terkata oi!

Setelah puas mengigit telinga Halilintar, barulah Gempa lepaskan. Namun, sempat dia menarik rambut Halilintar dengan kasar sebagai pelepas geram. Itupun sebenarnya masih belum cukup. Kalau ikutkan hati, dia mahu menendang-nendang Halilintar dengan kuat sehingga kalau boleh sampai keluar dari kereta. Namun Gempa budak baik. Dia tak nak cari pasal.

Gempa terus menjauhkan dirinya dari Halilintar. Takut-takut kalau lelaki itu ingin membalas balik. Cukuplah dia mendapat jelingan maut dari lelaki berusia di sebelahnya itu. Dia masih terlalu muda untuk mati walaupun dia gemar menempah maut pada orang yang salah. Tipikal Gempa. Fuh!

"Bod*h! Aarrghh!! Sakit lah si*l! Kau dah kenapa bong*k gigit telinga aku?! Aku sepak kang!! " Halilintar mengangkat tangannya seolah-olah ingin menampar wajah Gempa. Tapi dia terpaksa tahan kerana dia tak ingin digelar sebagai lelaki dayus.

Gempa malah tidak tergugat dengan ancaman Halilintar kerana dia sudah cukup jauh antara jaraknya dan Halilintar. Dia hanya membalas jelingan Halilintar dengan wajah bersahaja. "Hmph! Makan tu! Kata pekak sangat, kan?! Sedap??! " Senyuman sinis terukir di wajah Gempa sambil dia melihat kesan gigitannya di telinga lelaki itu.

Halilintar tidak berani menyentuh telinganya apabila pertama kali dia menyentuh kesan gigitan itu memang cukup sakit rasanya. Rasa macam telinga nak tercabut sahaja.

Gempa masih tidak puas hati. Soalannya tadi masih lagi tidak mendapat apa-apa jawapan dari Halilintar. Kesabarannya mula semakin berkurangan. "Tak, masalahnya sekarang ni kau nak bawa aku pergi mana ni? "

"Ikut jelah!! Yang kau payah sangat nak faham bahasa dah kenapa?! " Halilintar membalas balik dengan menengking ke arah Gempa.

"Tak masalahnya yang kau pun payah nak bagitahu dah kenapa?! Susah sangat ke kau nak sebut?! Tak cukup dengan pekak jadi bisu pulak?! " Gempa juga nampaknya turut tidak mahu mengaku kalah.

Mereka berdua saling membalas pandangan dengan geram antara satu sama lain. Sehingga akhirnya masing-masing berpaling muka ke luar tingkap kereta. Tak nak hadap muka orang yang dibenci di depan mata lama-lama.

💖✨💖✨💖✨💖

"Tuan, kita sudah sampai. " Pemandu peribadi Halilintar menarik break kereta setelah selesai meletakkan kereta di tempat letak kereta yang strategik betul-betul di hadapan sebuah bangunan yang besar dan tingginya 4 tingkat. Halilintar menganggukkan kepalanya dan mula membetulkan kot yang dipakainya sebelum bersedia untuk keluar. Dia mengerling ke arah Gempa yang ternyata gadis itu sedang melihat ke luar tingkap kereta dengan penuh kagum. Sampai tidak sedar bahawa mulutnya sudah ternganga.

Halilintar tertawa kecil melihat wajah Gempa yang sebegitu sebelum dia membuat keputusan untuk mengawal tawanya dan mula kembali ke wajah seriusnya. Dia sengaja menepuk lengan Gempa dengan kuat demi membuatkan gadis itu kembali sedar. Halilintar mendapat jelingan tajam daripada Gempa kerana tepukan kuatnya namun dia hanya mengabaikannya. Tidak terkesan walau sedikit. "Kita dah sampai. Jom keluar. "

"Eh? " Berkerut kening Gempa mendengar pernyataan (atau lebih kepada arahan) Halilintar. "Kita nak ke mana? Sini ni mana?"

"Alah, kau ikut jelah. Banyak tanya pula. "

"Eish! Tak nak lah! Dah lah banyak orang dewasa dekat sini! Sebenarnya kita kat mana ni? " Soalan Gempa mendapat dengusan kasar dari Halilintar.

Lelaki itu tanpa membuang masa terus keluar dari kereta dan menutup pintu lalu bergerak ke arah bahagian Gempa. Dibukanya pintu tersebut dan memandang Gempa dengan pandangan bengis. "Kita kat rumah nenek aku. Tengok? Besarkan rumah nenek aku? Nenek aku kaya. Aku tahu. Sebab tu dia bahagia dekat kubur sekarang. Puas? Jom cepat! Bawa fail kau sekali! " Dengan kasar dia menarik tangan Gempa sehingga membuatkan gadis itu terpaksa keluar dari perut kereta tadi.

Gempa memuncungkan bibirnya tanda protes sambil memegang erat fail yang berada di tangannya. Sebelum dia keluar tadi, Halilintar sempat menyuruhnya untuk membawa keputusan SPM-nya. Dia juga tidak tahu kenapa tapi dia yakin ianya ada kaitan dengan apa yang mereka sedang lakukan sekarang.

💖✨💖✨💖✨💖

Halilintar membawa Gempa masuk ke dalam ruang sebuah pejabat yang ada di dalam universiti itu. Gempa yang masih tidak tahu menahu apa yang sedang berlaku hanya ikut sahaja. Tetapi satu sahaja yang dia sempat menangkap sewaktu berjalan-jalan dan mengekori Halilintar dari belakang. Mereka sedang berada di dalam universiti.

Halilintar mengetuk pintu bilik ruang pejabat sebelum memulas tombol pintu pejabat tersebut. Gempa pula masih setia mengikuti Halilintar dari belakang.

"Haih... Sampai pun. Aku ingatkan lama mana lagi masa korang ambil untuk datang sini. "

Gempa terdiam seketika apabila dia mendengar suara yang amat familiar dengannya. Dia mengintai di sebalik belakang Halilintar. Dan benarlah apa yang disangkakannya. Ia adalah Solar.

"Tadi ada masalah sikit. Ada budak tu buat perangai. Tu yang lama tu. " Sempat Halilintar menjeling ke arah Gempa dengan muka yang memang jelas geram dengan gadis itu. Manakala Gempa pula membalas pandangannya dengan jelingan.

"Ceh! Ada je yang tak puas hati! Menyampah! "

Solar tertawa kecil melihat telatah mereka berdua. Dia berdiri dari tempat duduknya lalu berjalan menghampiri Gempa.

Solar berdiri di hadapan Gempa. Dia memandang wajah chubby gadis itu. Timbul perasaan suka pada gadis itu. Macam mana gadis berwajah chubby dan flawless macam Gempa boleh hidup dalam dunia yang banyak cabaran ini? Bagi Solar wajah seperti Gempa harus hidup dalam dunia fantasi yang penuh dengan keajaiban dan romantis.

Solar mendekatkan wajahnya pada Gempa sambil tersenyum. "Hey, Gempa. Selamat datang ke universiti. Mulai dari esok, kau akan masuk ke universiti dan mula belajar di sini. Macam mana? Teruja? "

Terdiam Gempa jadinya apabila mendengar ucapan yang keluar dari Solar. Seketika fikirannya kosong. Cube mentafsir apa yang baru sahaja didengarinya.

"H-huh..? "








TBC(?)

Macam mana dengan chap kali ini? Semua suka? 😆 Maaf sedikit hambar tapi Ani nak jalan cerita kali ini lebih mencabar buat Gempa.
.
Cuba bayangkan macam mana Gempa mahu menjatuhkan keluarga tirinya dalam pada masa yang sama dia harus fokus pada universiti dan berdepan kembali dengan 6 jejaka yang pelbagai kerenah itu? Adoi, pening! 😂😂

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now