I Know Your Intention

487 59 15
                                    

"Jadi lepasni kau ada kelas apa pula?" Tanya Ais kepada Gempa setelah sebaik sahaja mereka bertujuh selesai menghabiskan makanan mereka untuk tengahari itu.

"Aku? Mmm... kelas ekonomi? Kalau tak silap la. " Gempa menjawab sambil menghabiskan air coklat panasnya.

"Pukul berapa?"

"30 minit lagi. Tapi aku rasa baik aku bergerak sekarang. Sebab aku malas nak bersesak-sesak dengan pelajar lain."

"Awalnya. Kau yakin kau tak nak lepak dan berborak dengan kitorang dulu?" Taufan bertanya sembari memandang ke arah Gempa dengan pandangan yang berharap. Dia tahu yang dia sebenarnya telah kehabisan idea untuk berbual dengan Gempa tetapi dia tidak mahu melepaskan peluang untuk lebih rapat dengan Gempa. 

Entah. Rasanya dia lebih suka kalau Gempa ada bersama-sama mereka.

"Tak kot. Sorry... Aku rasa baik aku gerak sekarnag. Anyway, hari ni aku balik dengan pemandu keluarga aku sendiri. Jadi tolong jangan tunggu aku atau tiba-tiba jemput aku, ya? Aku tak nak tiba-tiba timbul berita pasal aku rapat dengan korang nanti."

"Seriously? You literally sit with us to eat lunch together. Dekat tempat awam pula tu. Takde pula aku nampak yang orang tiba-tiba gosip tentang ni?"

Kedengaran Halilintar membantah dengan geram. Dia tidak suka bila dia atau rakan-rakannya rapat dengan seseorang dan ia menjadi satu tanda soal ataupun topik perbualan di mulut orang lain. Tak boleh ke mereka tu semua sibuk dengan hal sendiri dan jangan jaga tepi kain orang lain? Hambar sangat ke hidup tu sampai sibuk nak masuk campur pasal orang lain?

Namun daripada membalas jawapan Halilintar sebentar tadi, Gempa hanya memutarkan bola matanya lalu berlalu pergi dari situ. Dia malas nak ada di sana lama-lama. Nanti kalau ada yang jenis mulut banyak nampak masalah pula. Lagi-lagi kalau ada yang tahu sebenarnya ayah Gempa ni bermusuhan dengan mereka berenam. Naya nanti dia. Mulut orang ni bukannya dia boleh tutup pun. Jadi untuk mengelakkan semua itu berlaku maka baik dia mengelak.

💖✨💖✨💖✨💖

"Gempa."

Masih tinggal 25 minit untuk kelas Gempa bermula dan tiba-tiba sahaja namanya dipanggil oleh seseorang dari arah belakang. Gempa tau yang dia kenal suara itu tetapi dia lupa siapa empunya suara tersebut. Jadi sebaik sahaja dia menoleh, Gempa melihat Solar sedang berjalan menghampirinya sambil tersenyum kecil dan tidak terkecuali dengan cermin mata visor berwarna orennya.

"Ya? Macam mana kau boleh ada dekat sini? Yang lain tau ke?" Gempa bertanya dengan kening yang berkerut. Hairan macam mana dia boleh tak perasan yang dia sedang diekori oleh Solar sedangkan dia sudah berada di pertengahan jalan ke dewan kuliahnya.

"Tak. Aku senyap-senyap blah dari diorang tadi. Ah, boleh aku pinjam masa kau kejap? "

Gempa memandang Solar buat beberapa detik sebelum akhirnya dia mengangguk setuju. "Ok. "

💖✨💖✨💖✨💖

"Aku dengar ura-ura yang adik tiri kau datang cari pasal. "

Solar membuka topik perbualan antara mereka selepas sebaik sahaja dia dan Gempa mengambil tempat duduk di kawasan taman universiti tersebut. Gempa yang pada awalnya rasa tenang kerana dapat menikmati dan melihat keadaan taman yang indah nian itu serta-merta berubah emosi kepada menyampah apabila nama adik (lah sangat) tirinya disebut.

"Cepat ya berita tu sampai dekat kau? "

"I'm the king of this palace. I know everything. "

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now