Military

405 59 3
                                    

"Ha, tu diorang dah sampai! Yo, sini-sini! "

Taufan mengangkat tangannya tinggi-tinggi sambil melambaikannya untuk menarik perhatian Gempa dan Blaze yang baru sahaja masuk ke dalam perkarangan kafeteria universiti. Gempa yang secara kebetulan melihat ke arah tempat di mana Taufan dan yang lain ada pun terus mencuit bahu Blaze dan mengajaknya untuk pergi ke tempat yang dimaksudkan.

"Lambat! "

Halilintar membidas sambil menjeling ke arah Gempa dan Blaze. Namun malangnya ia hanya berkesan kepada Blaze tetapi tidak kepada Gempa.

"Tak suruh tunggu pun, kan? "

"Ckh! "

"Sudah! Sudahlah korang berdua! Jangan nak bertekak kat sini! Malu la orang lain tengok! "

Taufan cuba untuk meleraikan pergaduhan sementara antara Halilintar dan Gempa. Dan nasib baik Halilintar hanya mendengar dan mengabaikan Gempa semula. Malas nak gaduh dalam keadaan lapar begini.

Gempa memutarkan bola matanya menyampah. Sebelum dia mengambil tempat duduknya, keningnya pun tiba-tiba berkerut hairan apabila dia baru menyedari perkara aneh.

"Tunggu. Aku baru perasan sesuatu. Korang semua ni... Takde kerja ke nak buat? Apa yang korang buat dekat sini semua? "

"Oh? Kitorang lupa nak bagitau ya? Heheh... Sebenarnya kitorang pun belajar dekat sini! "

Mata Gempa berkedip hairan. Bagaimana bisa?

"Kejap, setahu aku umur korang dah 25 dan ke atas, kan? Kenapa korang masih belajar lagi? Bukan ke korang dah pegang jawatan CEO, pengurus, pentadbir dan lain-lain seangkatan dengannya ke? "

Kali ini bukan Taufan sahaja yang tersenyum. Yang lain seperti Blaze, Thorn, Solar dan Ais kecuali Halilintar pun ikut tersenyum.

"Ha, sebelum kitorang jelaskan kenapa, apa kata Gempa duduk dulu dan buat pesanan? Kita makan sambil bercerita tentang diri kitorang. Oit, Blaze! Pergi pesan makanan cepat! Termasuk yang Gempa sekali! Kitorang dah pesan bahagian kitorang dah tadi. "

Taufan memberikan arahan sembari menepuk bahu Blaze. Blaze pun menoleh ke arah Taufan sambil memasang muka cemberut tanda protes.

"Ehh?! Kenapa aku pulak?! "

"Sebab kau yang paling lambat tadi, kan? Habis takkan kau nak suruh Gempa pulak? Kau ni... Tak gentleman langsung! "

"Hmph! Yela! Yela! "

Dengan kesal Blaze pun berdiri dari tempatnya dan sempat bertanya akan menu hidangan yang Gempa ingini sebelum beredar untuk membuat pesanan. Dan sementara menunggu Blaze dan hidangan makanan sampai, Gempa sempat berborak kosong bersama-sama yang lain terlebih dahulu.

💖✨💖✨💖✨💖

"Maaf lama menunggu! Ini pesanan anda semua! "

Beberapa orang pelayan datang ke arah meja tempat Gempa bersama-sama yang lain ada dan mula mengedarkan hidangan yang dipesan oleh diri mereka masing-masing. Sebaik sahaja setiap hidangan sampai ke tuannya, pelayan-pelayan tadi pun meminta diri dan sempat menunduk hormat ke arah mereka sebelum berlalu pergi.

"Terima kasih! "

Taufan, Blaze, Thorn dan Gempa melontarkannya kepada pelayan-pelayan tadi. Sejurus selepas para pelayan tadi pergi, Gempa pun menoleh ke arah sekumpulan lelaki di hadapannya semula.

"Jadi...? Boleh mulakan sekarang? "

"Oh, ya! Hampir-hampir terlupa tadi. Ha, Gempa nak tahu pasal apa tentang kitorang?"

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now