Let's Forget for A While

803 84 48
                                    

Gempa dengan keadaan tergesa-gesa berjalan menuruni tangga rumahnya selepas sebaik sahaja dia terdengar bunyi hon kereta dari luar rumahnya. Dan sebaik sahaja dia dia turun dari anak tangga terakhir, tiba-tiba dirinya disapa dengan deheman keras dari seseorang yang berada di belakangnya. Gempa memutarkan bola matanya. Sudah tentu dia tahu siapa yang menegurnya itu.

"Nak ke mana? Tergesa-gesa nampak?"

Gempa mendengus kesal dalam diam. Dia tidak mahu bergaduh dengan sesiapa di pagi hari ini. Dan kalau boleh pagi yang indah macam ni pun dia tak nak bertemu dengan 'manusia' tu.

Gempa mengabaikan pertanyaan tadi. Dia terus sahaja melangkah untuk menuju ke arah pintu rumah namun ia serta-merta terhenti apabila dirinya ditanya sekali lagi. Tetapi dengan cara yang kasar pula.

"Hoi, miskin! Aku tanya ni kau nak ke mana?! Jangan nak buat rumah ni macam rumah kau lah!"

Langkah Gempa terhenti. Kalau Gempa pernah sebut bahawa dia tidak ingin bergaduh dengan sesiapa sebelum ini dia ingin tarik balik kata-katanya. Gempa memusingkan badannya untuk melihat ke arah satu-satunya manusia yang ada di situ yang sedang memandangnya dengan pandangan yang mengancam.

Dalam diam Gempa menggenggam tangannya.

"Apa kau panggil aku tadi? Miskin?"

"Ya. Pekak ke? Biar aku ingatkan kau, ya? Kau duduk dekat sini pun hanya menumpang! Jadi jangan sesuka hati nak buat rumah ni macam rumah kau!"

Gempa mengigit pipi dalamnya. Nafasnya mula terasa panas dan diikuti dengan hatinya. Dia cuba untuk menahan dirinya sedikit kerana tidak mahu dengan mudah masuk ke dalam perangkap manusia seperti orang di depannya ini. Dia tahu, manusia ini memang sengaja ingin mencari gaduh dengannya.

Tapi dia tidak tahu bahawa Gempa sentiasa bersedia. Bersedia dengan segala 'jawapan' untuk kata-kata tak bermoralnya itu.

"Kau cakap apa tadi? "

Gempa berkata seraya mendekati Suzy. Satu-satunya gadis yang kalau boleh adalah orang pertama yang ingin Gempa tendang keluar dari rumahnya. Sekali lagi, RUMAHNYA.

"Oh, pekak rupa-"

"I don't finish yet bitch! "

Suzy tergamam. Terkejut apabila mendengar Gempa tiba-tiba mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.

"Kau cakap apa tadi? Aku duduk sini menumpang saja? Omg, kau memang perasan, ya? Aish... Mesti sejak kecik lagi kau dah makan najis, kan? Sebab terlalu perasan sampai tak sedar mulut kau tu busuk macam najis!

Kau dengar sini, ya? Aku dah lama sabar dengan kau. Kau... Jangan sesekali nak ajar siapa aku dekat dalam rumah ni! Sebab apa? Sebab aku lah PEMILIK RUMAH NI! "

Terbeliak mata Suzy mendengarnya. Sungguh dia tidak tahu tentang apa-apa yang dikatakan oleh Gempa barusan tadi.

"Kenapa? Terkejut? Haha! Itulah... Lain kali, jaga kepala otak kau tu! Dah cemar sangat dengan najis! Apa? Kau ingat ni rumah atas nama ayah aku lagi? Hahaha! Sorry lah, dia dah awal-awal tukar nama kepada nama aku lah! So, aku adalah pemilik rumah ni! Dan aku, boleh je tendang sesiapa saja keluar dari rumah ni sesuka hati aku! "

Gempa semakin mendekati Suzy sehingga mereka berdiri dalam jarak beberapa jengkal sahaja. Dengan penuh amarah Gempa berbisik sadis kepada Suzy.

"Know your place, bitch! Jangan sesekali cabar kesabaran aku. Orang biasanya nasihati kita untuk tidak main dengan api, kan? Tapi pernah kau sangkakan tak? Kalau kau bermain dengan tanah, ia pun akan bergegar dan menenggelamkan kau dengan mudah sekali? "

Selepas itu, Gempa pun memusingkan badannya, meninggalkan Suzy yang masih tercengang dengan apa yang baru sahaja berlaku.

Gempa sempat menjeling ke arah gadis itu. Menandakan bahawa dia memang sudah cukup muak dengan perangainya yang sememangnya melebihi daripada perangai seorang gadis yang sepatutnya. Gempa seharusnya sabar dengan sikap manusia seperti itu. Tetapi kadang-kadang, tahap kesabaran seseorang memang perlu ada batasnya.

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now