Sudden Attack Again?!

1.1K 120 19
                                    

Kembali ke pejabat Amato. Kini Amato sedang mengajar Gempa beberapa perkara asas yang perlu diuruskan sebagai ketua cawangan syarikat yang berjaya. Gempa yang sedari tadi sedang cuba menelaah dan memahami setiap ayat dan kata yang keluar dari ayahnya hanya mampu menganggukkan kepalanya sahaja.

"Jadi, kalau Gempa nak tahu tentang perkembangan syarikat ni sama ada ia naik, maju ataupun tidak, Gempa tekan sahaja dekat sini dan carta pai serta grafnya akan keluar dengan serta-merta. Tentang update kemajuan syarikat ni Gempa tak perlu risau sebab PA ayah yang selalu tolong. "

"O-oohh... Begitu. " Gempa sekadar mengangguk faham dengan mata yang terkebil-kebil.

Amato sedikit tertawa lucu melihat anaknya yang dia tahu bahawa Gempa sedang mengalami kesukaran untuk memahami syarikat itu. Namun dia pasti bahawa Gempa tidak akan terlalu mempersoalkannya kerana Gempa adalah satu-satunya harapannya.

"Jadi, kamu faham? " Amato bertanya sekali lagi untuk kepastian.

"Aaa..? Eerr... Ye kot? Tetapi jikalau nanti Gempa tidak faham akan sesuatu, bolehkah Gempa bertanya pada ayah? "

"Boleh saja, sayang. Kalau kamu nak tanya apa-apa, kamu call je ayah, ya? "

Gempa menganggukkan kepalanya tanda faham akan arahan Amato.

Entah apa yang merasuki mu~
Hingga kau tega mengkhianati ku
Yang tulus... Mencintaimu~

"Mak aih! Bapak aku pakai ringtone ni dekat fon dia?! " Terkedu Gempa seketika apabila bunyi nada dering dari telefon Amato kedengaran.

Amato yang mendengar bunyi deringan telefonnya hanya menjawabnya dengan muka yang bersahaja namun tidak bagi Gempa. Entah kenapa walaupun itu adalah nada dering dari telefon ayahnya tapi dia pula yang tiba-tiba rasa malu. "Ayah... Apa kena dengan ayah ni...? " Gempa mengurut dahinya pening.

"Ya? Ah... Yeke? Baiklah kalau macam tu. Nanti saya akan hantarkan anak saya. Dan, tolong buat seperti biasa yang sebelum ini saya pernah arahkan kamu buat. Ok, terima kasih. "

Amato mematikan panggilan selepas tamatnya perbualan. Dia kemudiannya menatap semula ke arah Gempa. "Gempa, ada orang ingin bertemu kamu."

"Eh? Siapa? " Gempa bertanya hairan.

"6 Saudara Boboiboy. Mereka sudah tunggu kamu di gate bangunan. "

"Hah?! Kenapa tiba-tiba?! Gempa.. Gempa tak nak lah jumpa diorang! Diorang seperti mengganggu hidup Gempa saja... Gempa rimas... "

"Gempa, ini adalah arahan. " Amato tiba-tiba berkata tegas ke arah puterinya.

Gempa terkedu apabila mendengar kata-kata tegas nan dingin itu. Dia tahu, pasti ayahnya ada rancang sesuatu untuk kebaikan sesuatu perkara. Dan dia pula yang menjadi mangsa keadaan.

Gempa menghela nafas dalam diam lalu mengangguk kecil. "B-baiklah... Gempa faham. " Usai Gempa berkata demikian, Amato pun mengusap kepalanya lalu berlalu pergi meninggalkan Gempa sendirian.

💖✨💖✨💖✨💖

Gempa melangkah keluar apabila lif yang dinaikinya telah sampai di bahagian G. Dia berjalan melalui pintu utama bangunan pejabat dan sambil-sambil itu matanya melilau mencari kelibat manusia yang sedang berada di dalam fikirannya sekarang.

"Gemgem! "

Terdengar suara panggilan seseorang, pantas Gempa menolehkan pandangannya ke arah suara tadi. Dan dia dapat melihat, 6 lelaki dewasa yang tampan parasnya belaka sedang berdiri dan memandangnya bersama. Satu helaan nafas keluar dari celah mulut Gempa lalu dia pun berjalan menghampiri mereka.

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now