The Dancing Night

1.8K 157 41
                                    

"Apa khabar Tuan Amato? Sebuah majlis yang menarik. " Selaku ketua dalam 6 dari mereka, seorang lelaki yang beriris ruby yang pernah menculik Gempa tadi siang menyapa Amato beserta Gempa dengan nada yang sinis.

Amato hanya mengerling tajam sebelum dia membalas senyuman sinis tersebut. Huluran tangannya disambut oleh lelaki tadi. "Hanya sekadar majlis untuk meraikan kepulangan anak saya sahaja. Gempa namanya. " Amato memperkenalkan Gempa di hadapan barisan para jejaka itu.

Gempa tidak memberikan sebarang reaksi lain selain merenung sahaja 6 jejaka di hadapannya. Jelas kelihatan wajahnya yang tidak puas hati dan serius pada jejaka-jejaka itu.

"Wow, what a beautiful princess! " Seorang lagi jejaka bersuara yakni ialah Taufan. Iris biru sapphirenya melirik setiap inci tubuh Gempa bermula dari atas hingga ke bawah yang akhirnya dia mendapat jelingan tajam oleh Gempa. "Cis! Tak guna punya jantan! Sempat kau nak scan body aku, ya?! " Gempa sedikit mengundurkan dirinya ke belakang.

"Heh, saya berterima kasih atas pujian anda semua. Halilintar, Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar, silalah menjamu selera dahulu. Maaf sekiranya ada cacat cela di dalam majlis ini yang membuatkan anda semua tidak berpuas hati. " Amato mempersilakan mereka berenam untuk menjamu selera.

Keenam-enam jejaka itu saling berpandangan sebelum salah satu dari mereka, yang sedang memakai cermin mata oren datang menghampiri Gempa. Iaitu Solar. Wajah Gempa direnungnya dalam membuatkan gadis itu meneguk ludah takut. "Tuan Amato, jika diizinkan... Biarlah kami 'berkenalan' dengan anak dara tuan ini. Siapa namanya tadi? Ah.. Gempa. Perfect name for the perfect person, right Gummy? "

Wajah Gempa kemerahan apabila dirinya dipanggil dengan nama manja baru oleh Solar. Dia mendapat kekekan tawa daripada 5 jejaka lain di hadapannya. Amato hanya menggelengkan kepalanya. Namun dia hanya menarik lembut tangan Gempa lalu menghulurnya ke arah Solar. "Baiklah, Gempa. Berkenalanlah dengan mereka berenam. Sekurang-kurangnya kamu dapat mengenali siapa musuh ayah. "

"Huh?! Tetapi ayah-! "

Belum sempat Gempa mahu membantah, suasana di sekitar rumah tiba-tiba menjadi gelap. Semua orang mula tertanya-tanya akan keadaan tersebut sebelum alunan muzik mula kedengaran.

Menari.

Gempa sedikit kaku apabila dia baru sahaja dapat menangkap keadaan di sekitarnya. "Macam mana boleh ada tari-menari pula?! Apa yang ayah dan 6 jantan gangguan mental ni semua rancangkan, huh?! " Monolog Gempa dalam kesal.

"Hey, Gummy. " Lamunan Gempa terhenti apabila dirinya ditarik rapat oleh seseorang yakni Solar. Iris mereka saling bertautan. "May I have this dance? " Beserta pakej senyuman menawannya, Gempa sedikit kemerahan melihatnya. Perlahan kepala Gempa menunduk untuk menyembunyikan wajah merahnya.

"Ugh... S-silakan. " Solar tersenyum selepas mendengar jawapan Gempa.

Sesuai dengan alunan muzik, mereka berdua mula menari mengikut rentak bersama.

💖✨💖✨💖✨💖

Solar memusingkan Gempa sambil memegang tangan mulus gadis itu. Tangan kiri Gempa berada di atas bahu kanan Solar manakala tangan kanannya bertautan dengan tangan kiri Solar. Manakala tangan kanan Solar pula merangkul di pinggang ramping milik Gempa. Iris mereka masih saling bertautan seolah-olah menyalurkan ssbuah perasaan.

"Jadi korang berenam sudah tahu tentang majlis ini, huh? " Bagi memecahkan kesunyian dalam sesi tarian mereka, Gempa mula membuka soalan yang mendapat senyuman dari Solar.

"Kami sebagai CEO untuk syarikat kami tersendiri, harus tahu tentang perkara yang musuh kami lakukan. Dan hal yang berkaitan dengannya juga kami perlu tahu. " Solar memusingkan Gempa sehingga membuatkan tubuh badan gadis itu berbalik membelakangi dirinya. Pantas badan kecil gadis itu ditarik rapat dan Solar meletakkan wajahnya di atas bahu kanan Gempa.

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now