First Job!

1K 110 10
                                    

Amato berjalan naik menuju ke tingkat atas sejurus selepas dia selesai menikmati minuman paginya yang disediakan oleh pembantu rumahnya. Dia berjalan menuju ke arah bilik Gempa iaitu anak gadis kesayangannya.

Sebaik sahaja tiba, dia berdiri di ambang muka pintu bilik Gempa lalu mengetuknya.

"Sekejap! "

Kedengaran suara Gempa dari dalam bilik. Tidak lama menunggu, akhirnya pintu bilik tersebut terbuka dan menampakkan wajah Gempa yang begitu berseri sekali pada pagi itu.

"Ayah, awalnya siap. " Gempa memandang Amato dengan muka malas. Amato tersenyum geli hati melihat wajah anaknya itu. Tahu benar kenapa dia memberikan reaksi sebegitu. "Promise is promise, my dear. Kamu kena ikut ayah kenal pejabat ayah yang tak lama lagi akan jadi pejabat kamu juga. " Amato mencuit dagu Gempa sekadar ingin memberikan semangat buat anaknya.

"Hmm... Baiklah. Kalau itu sudah arahan ayah, Gempa ikutkan. Tapi terlebih dahulu, Gempa harus bersiap! "

"Buat apa kamu nak bersiap? Anak ayah sudah cantik tau! "

Amato menunjukkan penampilan anaknya kepada dirinya sendiri. Puas hati melihat Gempa mengenakan dress putih yang amat sesuai dengannya.

"Lagipun ayah rasa kamu pakailah apa pun, kamu tetap cantik dan tetap menjadi anak ayah! " Amato mencubit pipi gebu Gempa dengan manja.

Gempa sekadar terkekek ketawa menerima layanan ayahnya. Dia kemudian berjalan masuk ke dalam biliknya semula sekadar ingin mengambil beg dan telefonnya lalu dia pun kembali menghampiri Amato semula.

Pintu bilik ditutu rapat dan Gempa menoleh ke arah Amato.

"Jom, ayah? "

"Jom. "

Lalu mereka berdua pun berjalan seiringan menuju ke arah tangga untuk keluar bersama-sama.

💖✨💖✨💖✨💖

"Tuan, kita sudah sampai. " Seorang pemandu peribadi milik Amato menyatakan ketibaan mereka bertiga di destinasi yang dituju. Amato yang sedang rancak berbual bersama anaknya, Gempa mula melihat di luar tingkap.

"Lhaa... Dah sampai rupanya. Kita berbual khusyuk sangat sampai tak perasan pula. "

Gempa membuka cermin tingkap kereta lalu mendongak ke atas. Melihat sebuah bangunan yang tingginya begitu gah sekali. Mulut Gempa terlopong sambil memandang ke arah bangunan pencakar langit tersebut.

"Woaahh!! Ayah! Inikah pejabat ayah?! "

"Mestilah! Ayah berusaha kuat tau untuk dirikan bangunan yang tingginya 68 tingkat ni! "

"68?! Wow!! Bangga sungguh Gempa dengan ayah! " Gempa tersenyum bangga kepada Amato sebagai mengucapkan tahniah kepada ayahnya yang selama ini bertungkus-lumus cuba membaik pulih keadaan keluarganya.

Amato yang menerima respon positif dari anaknya langsung tersenyum senang. Dia kemudiannya terus melangkah keluar dari perut kereta yang mewah itu dan berjalan ke bahagian Gempa. Pintu kereta dibuka lalu Amato mempelawa Gempa keluar.

"Tak nak tengok bakal ruang pejabat kamu ke? " Gempa terkekeh-kekeh mendengar pelawaan ayahnya. Huluran tangan ayahnya disambut lalu mereka pun melangkah masuk ke dalam bangunan yang tinggi tersebut.

💖✨💖✨💖✨💖

"Ayah, Gempa teringin untuk bertanya. Apakah perniagaan yang ayah uruskan sebenarnya? " Gempa menoleh ke arah Amato yang berada di sebelahnya sewaktu mereka sedang menaiki sebuah lif.

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now