A Sudden Attack!

1.6K 154 28
                                    

BANG!!

Semua mata para rakyat jelata- eh bukan! Para hadirin tetamu di majlis mewah tersebut mula memfokuskan mata mereka ke arah bunyi asal tadi. Terbelalak mata mereka dan sehinggakan ada yang menjerit ketakutan sebaik sahaja mereka dapat mengenal pasti bahawa ternyata ia adalah sekumpulan orang asing yang nyatanya ada dalam lingkungan 10 orang dan masing-masing memakai topeng hitam bagi menutupi wajah mereka.

"DENGAR SINI KORANG SEMUA!! KAMI NAK KORANG TUNDUKKAN KEPALA KALAU TAK NAK ADA YANG KENA TEMBAK!! " Selaku ketua dalam kumpulan tersebut, seorang lelaki yang bertopeng dan badannya yang sedikit sasa bertepik kuat sambil memberikan arahan keras.

"Huh?! Datang dari mana diorang ni?! " Blaze mula bertanya panik.

"Ada orang upah mereka ke?! " Taufan juga tidak kalah serius memandang mereka.

Gempa menjeling tajam ke arah kumpulan pengganas tersebut. Dia cuba ingin merapatkan dirinya pada mereka untuk mengecam wajah masing-masing dan pada masa yang sama ingin melarikan diri, tetapi belum sempat dia pergi jauh, dirinya sudah ditarik oleh Halilintar dan dia dilindungi oleh Solar dan Halilintar di belakang mereka.

"Kau tu perempuan. Cuba lah duduk diam sikit. " Sempat Halilintar memberikan jelingan tajam ke arah Gempa seolah-olah ingin menyindirnya. Gempa yang seakan terasa dengan kata-katanya terus mengembangkan pipinya geram.

"Dari mana datangnya kumpulan pengganas ni semua? " Solar memerhatikan setiap tingkah laku kumpulan tersebut. Dirinya masih setia melindungi Gempa di belakangnya bersama Halilintar.

"Kita takde masa untuk mengenal pasti diorang. Baik kita berundur dan cuba memikirkan cara untuk perangkap diorang supaya kita dapat selesaikan masalah ini! " Gempa juga tidak kalah bersuara. Pandangan matanya masih tidak lekang dari memandang kumpulang pengganas tersebut.

"Heheheeh~"

Tersontak Gempa apabila dia seolah-olah dapat mendengar suara seseorang yang sedang ketawa jahat. Dalam diam Gempa melirik di sekelilingnya untuk mencari kelibat orang itu dan akhirnya, iris emasnya tertacap pada seseorang. Ya, seseorang yang selama ini dia ingin atasi.

Keluarga tirinya.

Dalam keramaian tetamu di dalam rumah agam itu, Gempa dapat melihat dengan jelas bahawa ibu tirinya iaitu Sofia bersama adik tirinya iaitu Suzy sedang bergelak tawa dengan kejam. "Jangan cakap yang diorang nak sabotaj majlis ni kot?! " Gempa berdecit kesal.

BAANNGG!!

"TUNDUK CEPAT!! KALAU TAK AKU TEMBAK!! "

"KYAAAA!!! "
"AAAAAAAA!!! "
"TOLOOONNGG!! "
"AAAAAA!! "

Semua orang mula menjerit ketakutan dan sesuai perintah ketua pengganas tersebut, mereka semua menundukkan kepala masing dan mula membungkukkan diri di atas lantai.

Halilintar dan Solar juga tidak ketinggalan terus menolak Gempa untuk membungkuk di atas lantai. Gempa hanya mengikut sahaja perlakuan mereka namun tatapan tajamnya masih tidak lekang dari memandang Sofia dan Suzy.

"Apa yang patut kita lakukan sekarang? " Thorn berbisik pada 5 sekawannya yang lain. Tatapan matanya jelas kelihatan raut wajah kerisauan.

"Woih, korang ada bawa senjata tak?! " Tiba-tiba Solar berbisik pada 5 kawannya yang lain yang mujur mendapat anggukan dari mereka. Gempa yang kebetulan mendegar hal itu terus terkedu. "D-diorang ada senjata?! "

"Ah! Aku punya senjata ada dekat kereta lah weyh! " Taufan berbisik kembali dengan wajah menyesalnya. 5 sekawan yang lain hanya mampu menepuk dahi mereka dengan kesal. Manakala Gempa pula sudah terkebil-kebil memandang situasi di situ.

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now