Little Kimchi

1.2K 110 32
                                    

"Kau ni dah gila ke?! Kenapa aku tiba-tiba didaftarkan dekat sini?! Siapa yang benarkan korang untuk daftarkan aku dekat sini?! " Gempa menghentak bonet kereta mewah milik Halilintar selepas sebaik sahaja mereka keluar dari bangunan pejabat Solar.

Gempa melempiaskan segala amarahnya kepada Halilintar. Ada ke patut daftarkan untuk orang lain tanpa keizinan mereka? Ini adalah paksaan tanpa kerelaan namanya!

"Nak ataupun tak nak, kau akan sambung study dekat sini juga. Sini tempat paling dekat. " Halilintar membalas ucapan Gempa dengan nada yang datar sambil menyilangkan kedua belah tangannya pada dada bidangnya.

Gempa menjengkilkan matanya dengan geram. Di dalam hatinya tak henti-henti menyumpah seranah kepada Halilintar yang suka sangat ambil kesempatan ke atasnya.

"Wahai pak cik yang tua kerepot. Dengar sini. Aku nak study di luar negara dan tak pernah terfikir pun untuk sambung study di sini! Kau siapa nak atur hidup dan pembelajaran aku?! Ayah aku ke?! "

"Tak. Bakal suami kau. " Halilintar membalas dengan senyuman senget di bibirnya.

Gempa terpana seketika dengan jawapan spontan Halilintar. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. "A-apa?" Wajah Gempa mula kemerahan.

"Pfft- kau ni sensitif betul, kan? Kau ingat aku nak ke jadi suami kau? Heh, buang masa aku ada isteri macam budak kecik. Dah, masuk! Aku akan hantar kau pulang. " Halilintar segera masuk ke dalam keretanya. Meninggalkan Gempa yang masih lagi kaku berdiri di sebelah kereta tersebut. Wajahnya masih lagi kemerahan dan mulutnya sedikit terbuka.

Piin! Pinn!!

Gempa dikejutkan dengan bunyi hon dari kereta mewah Halilintar. Segera dia menyedarkan dirinya dari mengelamun dan masuk ke dalam kereta tersebut. Tidak lama kemudian, kereta tersebut pun mula bertolak pulang ke rumah Gempa.

💖✨💖✨💖✨💖

["Hola, hola Gemgem! Macam mana? Dah daftar universiti dengan Solar dan Hali? "]

Suara ceria Taufan mendapat kekehan tawa dari Gempa. Sekarang Gempa sudah pulang ke rumahnya dan dia berada di dalam biliknya. Hari ini mood dia rasa sedikit kucar-kacir. Dia masih tidak dapat faham dengan apa yang telah terjadi sebelum ini.

"Taufan sudah tahu ke tentang hal ini? Atau korang memang merancangkan hal ini? "

Taufan sedikit ketawa canggung sebelum mula membalas, ["Ahahaha... Macam mana nak cakap, ya? M-macam nilah. Sebenarnya memang kami rancang untuk Gempa study dekat sini. Kami tahu yang mesti Gempa nak study dekat tempat lain, kan? Tapi Hali dah rancang awal-awal. Kami juga tidak tahu kenapa tapi percayalah Gem! Segala rancangan Hali memang takkan pernah mengecewakan sesiapa dan ia sentiasa berakhir dengan baik! Jadi Gempa percaya sajalah pada dia, ya? "] Taufan berkata dengan nada berharap. Berharap agar Gempa boleh menerima perilaku Halilintar dengan hati yang terbuka. Dia tahu Gempa mungkin mengalami kesusahan untuk berkenalan dengan Halilintar. Dia sudah cukup kenal dengan kawannya yang seorang itu.

"Hmm... Tak mengapa. Lagipun walaupun saya marah tapi saya rasa baik saya biarkan sahaja apa yang dia ingin lakukan. Tapi! Kali ini saja tau! Saya masih ingin menjaga jarak saya dengan korang semua! " Gempa berkata dengan nada yang tegas.

"[Ah, itu yang aku nak tanya. Gem, kenapa kau nak berpisah dengan kitorang? Kitorang ada buat salah ke?]" Taufan bertanya dengan nada memohon penerangan. Semenjak dari kejadian Gempa tidak mahu bersama mereka tempoh hari, dia dan yang lain mula rasa ada yang tidak kena dengan gadis itu.

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now