New Plan

1.1K 117 12
                                    

"Saya sudah balik! Ayah? Gempa balik ni! " Dengan nada suara yang mesra Gempa melangkah masuk ke dalam rumah agam yang tersergam indah itu. Iris emasnya melilau mencari kelibat satu-satunya orang tuanya itu di sekitar kawasan ruang utama rumah itu.

Seketika kemudian Gempa ternampak salah seorang maid yang sedang mengemop lantai. Dia menghampiri maid tersebut lalu dengan sopan dan lemah-lembut dia menegur maid tersebut. "Umm... Maaf mengganggu. Cik Maid ada nampak ayah saya? "

Maid tadi pun menolehkan kepalanya dan tersenyum apabila melihat Cik Mudanya menegurnya. "Tuan Amato? Kalau tak salah saya ada nampak dia kat taman. Katanya nak ambil udara segar. " Kata-kata maid tadi mendapat anggukan faham dari Gempa. Sebelum beredar, Gempa sempat mengucapkan terima kasih lalu dia pun melangkah keluar semula dari pintu utama rumah itu dan berjalan menuju ke arah taman buatan yang ada di sebelah kawasan rumahnya.

Gempa mencari kelibat ayahnya sebelum dia ternampak ayahnya sedang bersama dengan mak tirinya sedang berbual-bual di taman tersebut. Gempa berjalan menghampiri ayahnya lalu dengan sabar dia menunggu sehingga ayahnya itu habis berbual dengan mak tirinya.

Amato perasan akan kehadiran anaknya. Lalu dia pun meminta izin untuk berhenti berbicara dahulu dan menumpukan sepenuh perhatian kepada anaknya.

"Ya, Gempa? Kenapa ni? "

"Uhhmm... Ayah. Kalau Gempa mahu kita berbicara berduaan buat seketika boleh? Gempa ada satu permintaan untuk diminta."

Amato memandang anaknya hairan. Namun tanpa mengambil masa yang lama, dia pun meminta isteri keduanya itu agar beredar buat seketika kerana dia mahu bersama dengan anaknya buat sementara. Sofia hanya diam dan beredar namun sebelum dia melepasi Gempa, dia sempat menjeling ke arah Gempa dan dia pun berlalu pergi meninggalkan mereka berdua bersama.

Gempa hanya mengabaikan perlakuan mak tirinya walaupun di dalam hatinya sudah membuak-buak menyumpah seranah kepada makcik tua tersebut. "Dasar makcik tua muka berkedut tak sedar diri! Ada hati nak jeling-jeling aku bagai?! Aku siat muka kedut kau dan bagi ikan buntal aku makan baru tau! "

Gempa memendamkan segala sumpahannya kepada mak tirinya sebaik sahaja dirinya dipanggil oleh ayahnya. Mereka berdua pun berjalan bersama menuju ke arah pondok kecil yang pernah Gempa bersama maid kesayangannya iaitu Yaya dan Ying berbual bersama sebelum ini.

💖✨💖✨💖✨💖

"Ha, kenapa Gempa nak jumpa ayah ni? " Amato memandang ke arah anaknya dengan santai. Senyuman tidak sama sekali hilang dari wajahnya setiap kali dia memandang satu-satunya zuriat cahaya matanya bersama isteri tercintanya dahulu.

Gempa membalas senyuman ayahnya dengan manis. Dia pun memegang kedua belah tangan ayahnya dan berbicara dengan nada yang sopan. "Begini ceritanya ayah, ayah masih ingat Fang? Kawan baik Gempa sewaktu di kampung dahulu? " Amato terdiam seketika untuk berfikir. Namun kemudian dia pun mengangguk. "Kenapa dengan dia? "

Gempa menarik nafasnya sebelum dihembuskan untuk menenangkan dirinya. Dia kemudian memandang ke arah ayahnya semula. "Tadi Gempa ada terserempak dengannya. Fang datang ke sini untuk mengisi masa terluangnya dan di samping untuk mendapat pengalaman sewaktu di bandar. Lebih kurang dia akan ada di sini dalam sekitar 3 hari? Gempa ada bertanya tentang di manakah dia akan tinggal malam ini? Namun dia tidak pasti kerana dia khuatir wang belanjanya tidak mencukupi untul menampung hidupnya di sini. Jadi ayah, bolehkah jika Fang tinggal di sini? Gempa sangat rindu akannya. Nanti Gempa boleh ada peneman. " Panjang lebar Gempa menyusun ayatnya dengan baik sambil memandang ke arah Amato.

Amato cuba memahami keseluruhan cerita yang diceritakan oleh Gempa dan dia mengangguk faham. Kepala anaknya diusap lembut lalu dia pun mengukirkan senyuman hangatnya. "Sudah tentu boleh, sayang. Ayah sentiasa menantikan permintaan daripada kamu. Kamu ni susah sangat nak meminta sesuatu dari ayah tau, tak? "

Don't Play with Her! [🔰]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora