Play Victim

381 34 16
                                    

"Nak tak kalau kitorang bantu kau untuk singkirkan keluarga tiri kau?" Dengan nada dan riak wajah yang serius, Taufan menyatakan pendapatnya kepada Gempa. Iris birunya tidak berkedip merenung iris emas milik Gempa.

"Apa pendapat kau?" Taufan bertanya semula tatkala Gempa sama sekali tidak memberikan sebarang reaksi mengenai pendapatnya sebentar tadi.

"Uhh..." Mata Gempa melilau melihat ke arah lain kecuali Taufan. Tidak mahu bertentangan mata dengan lelaki itu sama sekali.

PIN PIN!

Kedengaran suara hon kereta dari arah belakang telah menyedarkan mereka dari dunia masing-masing. Sebaik sahaja mereka memandang ke hadapan, ternyata lampu isyarat telah bertukar kepada warna hijau yang telah menunjukkan tiba waktu untuk kereta bergerak. Untuk tidak membuang masa, Taufan pun menekan brek tangan semula lalu terus menggerakkan keretanya.

Di sepanjang perjalanan, tiada seorang pun daripada mereka berdua berkata-kata di dalam kereta. Masing-masing terpaksa ditenggelami dengan suasana yang sunyi kerana tiada yang berani bersuara semula selepas pertanyaan yang dilontarkan oleh Taufan tadi. Dan perjalanan mereka diteruskan dengan keadaan demikian sehinggalah akhirnya kereta yang dipandu Taufan tiba di perkarangan rumah Gempa.

"See you tomorrow, Gempa. And please... do consider about what I asked you. We- no... I wanna help you." Taufan berkata kepada Gempa setelah sebaik sahaja gadis itu melangkah keluar dari perut kereta tersebut.

Gempa, sama seperti situasi tadi, tidak berkata apa-apa melainkan hanya diam dan membalas tatapan Taufan. Fikirannya terasa kosong mengingatkan cadangan yang diutarakan oleh Taufan sebentar tadi. Seolah-olah menjadi pita yang rosak, kata-kata itu bermain-main di dalam fikiran Gempa sehingga bayangan kereta Taufan sudah tiada sepenuhnya dalam pandangan.

"Cik Gempa? Cik baru balik?"

Kehadiran suara Yaya telah menyedarkan Gempa daripada fikirannya. Sebaik sahaja dia menoleh, dia mendapati Yaya dan Ying, pembantu rumahnya dan orang paling dekat dengan Gempa di dalam rumah sedang berjalan menghampirinya dengan membawa peralatan-peralatan khas untuk membersihkan pakaian Gempa.

"Ah, Kak Yaya, Kak Ying... Gempa dah balik. Bukan ke akak berdua balik kampung?" Gempa membalas pertanyaan Yaya dengan senyum datar.

Yaya menggelengkan kepalanya dengan wajah yang masih jelas kerisauan. "Urusan kami kat kampung dah selesai. Lagipun kamu risaukan keadaan Cik Gempa kat sini. Kenapa Gempa balik lewat? Ada apa-apa hal ke? Tadi kami tengok Cik Suzy yang balik dulu."

"Ha'a. Gempa yang suruh dia balik dulu."

Kemudian Yaya dan Ying saling bertatapan antara satu sama lain. Hairan jadinya kerana nada suara Gempa kedengaran begitu sendu sekali.

"Cik Gempa penat, ya? Mari, akak siapkan tab mandi untuk kamu dan bawakan makanan untuk kamu, ya? Ying, kau tolong bawa beg Gempa ke bilik."

Dengan masih memasang wajahnya yang datar, Gempa membiarkan sahaja kedua-dua pembantunya itu menguruskan dirinya dan membawanya naik ke bilik. Masing-masing menjadi jeda dan diam membisu tatkala meratapi keadaan Gempa. Dan gadis itu sendiri juga tidak tahu. Hari itu dia rasa luar biasa penat sekali.

💖✨💖✨💖✨💖

Tiba waktu malam, Gempa kelihatan sedang duduk termenung di luar tingkap biliknya dengan gaya bertongkatan tangan kanannya di luar jendela. Bulan dan bintang yang menghiasi pemandangannya pada malam itu sama sekali tidak membantu untuk menenangkan fikirannya yang sedang bercelaru.

Dalam masa dia sedang asyik termenung, memori Gempa mengimbau kembali akan setiap kata-kata yang pernah Taufan beritahu kepadanya siang tadi. Biarpun Gempa tahu bahawa Taufan itu antara salah seorang yang dia fikir baik dan sama sekali tidak akan mengambil kesempatan ke atasnya, tetapi tetap saja Gempa menyanggahnya dengan mengingat bahawa dia salah seorang daripada musuh ayahnya yang dahulu pernah ingin cuba merampas syarikat ayahnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 24, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now