Her Love

1.4K 132 32
                                    

Riinngg~!!

Seorang remaja lelaki yang sedang mengenakan cermin mata hitam mengeluarkan telefonnya yang sedang berdering. Dijawab panggilan itu selepas melihat nama yang tertera di layar telefonnya.

"Helo, sayang~ Iya... Saya sudah ada di bandar ni. Nanti kita jumpa, ya? Kita ikut saja plan kita. Ok sayang? See you soon~" Sambil senyuman sinis terukir di bibirnya, dia pun mematikan panggilan tersebut.

"Heh, tak sabar nak tengok kemuncak kisah dia."

Usai berkata demikian, lelaki itu pun terus berjalan menuju ke sebuah pusat bandar.

💖✨💖✨💖✨💖

"Gemgem kejam!! Kenapa Gemgem tak beritahu kami yang Gemgem tukar nombor baharu?! " Thorn dan Blaze masing-masing mengembungkan pipi mereka sambil merenung ke wajah seorang gadis yang manis rupanya di hadapan mereka.

Gempa, Si Gadis Beriris Emas hanya tertawa canggung sambil meletakkan ice-chocolate blendnya di atas meja. Diliriknya 6 lelaki yang umur mereka lingkungan 20-an itu satu per satu.

"Macam mana aku boleh terjebak dekat sini, ni?" Gempa bermonolog pada dirinya sendiri kerana hairan.

Apabila masa diimbas kembali, Gempa sedang seronok berbual bersama 2 maid kesayangannya merangkap sahabat baiknya iaitu Yaya dan Ying di sebuah taman. Namun kemudian mereka bertiga dikejutkan dengan ketibaan salah seorang dari butler rumah agam milik ayah Gempa itu. Kelihatan wajah butler itu risau dan khawatir sekali akan sesuatu. Kerana prihatin, Gempa terus bertanyakan tujuan butler itu kemari.

Tidak berselindung lagi, butler itu pun menerangkan bahawa 6 Saudara Boboiboy tiba-tiba datang ke rumah agam milik Tuan Amato dan berniat untuk bertemu dengan Gempa. Oleh kerana aura mereka berenam lain macam, para pengawal dan butler mula kerisauan lalu tanpa basa-basi lagi, mereka pun akur sahaja dengan arahan mereka berenam dan mula mencari Gempa.

Gempa yang terkejut dengan ketibaan mereka berenam dan risau akan keadaan rumahnya bakal diapa-apakan pun terus ikut sahaja kemana bakal mereka berenam membawanya. Dan secara tidak langsung, Gempa terus dibawa ke sebuah cafe yang ternyata sudah ditempah khas oleh Solar.

💖✨💖✨💖✨💖

"Err... K-kenapa kalian berenam kelihatan begitu tergesa-gesa sekali? Apa yang ingin kalian bincangkan? " Gempa mula membuka bicara tanpa belapik lagi.

Soalan Gempa mendapat dengusan dari 6 Saudara Boboiboy itu serentak. Halilintar, selaku ketua dari geng tersebut menepuk meja geram. "Macam yang Blaze dan Thorn cakap, kau tukar nombor sebaik sahaja kitorang dapat nombor kau, ya? "

"Eh?! T-tidak! Bukan begitu! Se-semalam terdapat kejadian yang berlaku di luar jangkaan saya! Jadi saya tidak dapat berbuat apa-apa melainkan harus melindungi diri saya sendiri! Jadi tanpa berfikir panjang, saya ambil sahaja telefon milik saya lalu dibaling terus! " Panjang lebar Gempa menerangkan kejadian yang sebenarnya berlaku semalam. Memang telefonnya tidak segaja digunakan olehnya untuk menyerang Suzy kerana dia langsung tidak menyangka yang Suzy akan tiba-tiba menyerangnya. Namun nasib baik Gempa dapat mempertahankan dirinya dengan baik sekali.

"Kejap. Maksud kau... Semalam ada orang nak serang kau ke?! " Solar mula membuat kata putus setelah menganalisa kata-kata yang barusan Gempa ceritakan tadi. Dan Gempa pun tanpa ragu-ragu terus menganggukkan kepalanya.

"APA?! MACAM MANA?! " Serentak 3 trio yang selalu bising itu menghentak meja yang diduduki mereka dengan kuat sehingga mengejutkan penghuni cafe tersebut.

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now