Oh?

406 64 16
                                    

"Baiklah sekarang... Jadual dan keperluan pelajaran kamu sudah tersedia dan dibawa, dan nampaknya tinggal kamu masuk ke kelas saja! "

Taufan berkata sambil melirik ke arah Gempa. Walaupun wajahnya tersenyum, tetapi dia masih sedar bahawa Gempa masih tetap gugup untuk masuk ke kelas pada hari pertamanya di sini. Dia sudah sedia maklum bahawa Gempa adalah seorang introvert yang lebih rela bersama-sama dengan orang yang dia kenal berbanding berkenalan dengan yang baharu.

"Gempa? "

"H-huh? Ya? "

"Kamu masih gugup ke? "

Gempa menundukkan pandangannya ke bawah dan menghadap lantai. "Uhhmm..."

"Jangan risau. Takde apa yang nak ditakutkan punya! Anggap je ni macam kali pertama Gempa masuk sekolah dulu! Takde orang yang kita kenal, lepastu kena belajar berdikari sendiri! " Taufan berkata seraya tersenyum lebar. Dia tahu untuk orang kampung macam Gempa, kena beradaptasi dengan suasana bandar sudah tentunya sukar. Tapi kalau Gempa betul-betul ada semangat yang baik, pasti dia tiada masalah dalam jangka masa yang lama!

"Berdikari, huh...? " Wajah Gempa sedikit suram apabila Taufan menyebut perkataan yang entah baginya sentiasa sensitif itu.

"Hm? Apa Gempa cakap? "

"Oh? Uhh... Takde apa. K-kalau macam tu... Saya masuk dulu lah. "

"Ok! Goodluck! "

Gempa memberikan senyuman kecil kepada Taufan dan membalas lambaiannya sebelum dia melangkahkan kaki masuk ke dalam kelas pertamanya.

Sebaik sahaja pintu tertutup rapat dan Gempa juga sudah hilang dari pandangan, wajah ceria Taufan pun berubah menjadi serius kembali.

"Betul ke apa yang kita buat ni? Kalau jadi apa-apa dekat dia macam mana?" Taufan menjeling ke arah Halilintar. Yang mana sedari tadi lagi lelaki itu diam tidak berkata apa-apa dan menyaksikan segalanya dengan bisu.

"Dah ni rancangan Solar sendiri. Apa kita boleh buat? "

"Aahh... Padahal aku nak Gempa sama course dengan aku! "

"Ckh, kan kita dah susun setiap 1 subjek yang Gempa ambil tu ada yang sama dengan kita? Jadi kita akan berjumpa dengan dia juga kan? Bukannya tak jumpa terus! "

"Tahu la... Tapi aku risau dengan dia! Kalau jadi apa-apa macam mana? Apa kita nak buat kalau lepastu peluang untuk kita rampas syarikat ayah dia tu gagal? "

"..." Halilintar tidak membalas apa-apa melainkan hanya merenung ke luar jendela yang berada di sebelah kanannya sambil berpeluk tubuh.

💖✨💖✨💖✨💖

Gempa memandang kawasan sekeliling dalam dewan kuliah yang sedang dia huni sekarang. Bilik kuliah itu boleh tahan luas dan melengkapi segala jenis peralatan dan alat-alat canggih yang bersesuaian untuk dewan tersebut. Seperti pembesar suara, pedingin hawa, mikrofon, pentas pembentangan dan lain-lain. Segalanya lengkap dan kelihatan mahal sekali!

'Uwaaahh...! Agak-agak berapa kos yang habis untuk isi satu dewan kuliah ni? Fuh, ini baru 1 dewan, tak kira lagi kat tempat lain! ' Tergamam Gempa jadinya. Sungguh dia tidak sangka bahawa mulai hari ini dia akan belajar dan menimba ilmu di salah satu universiti yang terkenal di mata dunia.

Gempa mengambil tempat duduk di bahagian tengah dan di barisan kedua. Selepas meletakkan begnya di atas meja beserta buku-buku yang dibawanya, Gempa pun mencari telefon pintarnya dan terus membukanya untuk melihat waktu.

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now