Chaos (Part 2)

987 108 35
                                    

"Suzy! Apa yang kamu buat tu, hah?! "

Pantas 4 gadis di ruang makan itu mendongak memandang tangga dari ruang makan. Mereka jelas nampak Amato dan Sofea berjalan turun dari tangga dengan tergesa-gesa untuk menghampiri mereka.

Suzy pula dengan tidak malunya berjalan menghampiri mereka berdua dan berpura-pura menangis. Sebaik sahaja Amato dan Sofea sampai ke bawah dia segera mendekati mereka dan memeluk Sofea dengan erat dan mengadu segalanya kepada maknya. "Mama! Tengok perempuan tu dia tolak Suzy!! "

"Apa?! K-kamu tak apa-apa ke sayang? Ada sakit dekat mana-mana lagi?? " Panik Sofea membelek-belek wajah Suzy. Manakala Amato pula hanya memandang dengan gusar.

Gempa yang memandang keadaan itu hanya mengetap bibirnya geram. Dia menjeling ke meja makan dan ternampak segelas air yang sudah siap dituang lalu mengambilnya dan mencurahkannya ke lantai tempat Suzy jatuh tadi. Dia meminta Ying segera berlakon seolah-olah dia ingin mengangkat gelas tadi.

"Gempa!! Apa yang kamu buat pada adik kamu, hah?! " Sofea sudah mula berang dengan Gempa. Dia memandang anak tirinya dengan amarah sambil memeluk Suzy seolah-olah ingin membela anak kandungnya itu.

Amato kembali menoleh ke arah 3 gadis di hadapannya dan dia dikejutkan dengan wajah Gempa yang kemerahan di sebelah kirinya. Segera dia mendekati Gempa dan memandang ke arah anaknya dengan pandangan khawatir. "Gempa? Kamu ok? Kenapa muka bengkak ni? " Amato cuba menyentuh kawasan tersebut.

"Sst- ayah sakit! G-Gempa tidak apa-apalah. "

"Macam mana boleh jadi macam ni? "

Dalam diam Gempa tersenyum sinis. Sudah sampai waktunya untuk dia meneruskan lakonannya. "Uhh... T-tadi Suzy marah-marah pada Kak Ying dan juga Kak Yaya kerana terlewa menghidangkan sarapan. Sebenarnya Kak Ying dan Kak Yaya sudah siap cuma mahu menghidangkannya sahaja, ayah. Jadi Gempa mahu mempertahankan mereka. Adakah ia salah, ayah? " Dengan muka yang dibuat-buat tidak bersalah Gempa memandang ke arah Amato. Dia tahu Amato tidak akan tolak dengan sisinya yang hebat berlakon ini.

"Hmm... Baiklah kita cuba bincang dulu ya, sayang? Ayah pun kena pastikan juga keadaan sebenarnya. " Dan ya, Gempa tersenyum kemenangan. Dia sudah tahu hal ini akan jadi maka sebab itulah dia sudah merekodkan segala perbalahan tadi dan ia sudah selamat disimpan. Gempa cukup yakin dia akan menang kali ini.

💖✨💖✨💖✨💖

Kini Gempa bersama ayahnya dan Sofea serta Suzy sedang duduk di meja makan. Amato di bahagian duduk di sudut hujung manakala Gempa di bahagian kirinya dan Sofea serta Suzy di bahagian kanan.

Amato menghela nafas sebaik sahaja dia selesai mendengar suara rekod yang dikeluarkan oleh Gempa sebentar tadi. Dirinya mula rasa terganggu dengan keadaan sekarang. Ditambah pula dalam keadaan yang kelaparan di awal pagi. Ia sedikit sebanyak telah merosakkan mood paginya pada hari itu. Namun, dia terpaksa memendamnya kerana dia harus memutuskan hukuman kepada keluarganya.

"Melalui apa yang ayah dengar dari bukti Gempa rekod ni... Memang benarlah Suzy yang bersalah. " Amato memandang ke arah Suzy dengan pandangan kecewa.

Suzy yang rasa seolah-olah tergugat dengan kekalahan terus berdiri dan menghentak meja dengan kuat. "Tak adil! Papa dia mesti sengaja buka voice recorder sebab dia nak perangkap Suzy! Dia yang sepatutnya bersalah! Bukan Suzy!! "

Gempa dalam diam mengetap giginya geram. Namun dia cuba mengawal emosinya dengan kekal dalam keadaan pihak yang tidak bersalah.

"Baiklah, Gempa mengaku yang bahawa Gempa merekodnya secara sengaja. Tetapi ia sebagai bukti supaya Suzy sedar akan kesalahan Suzy! Gempa takut Suzy ingin menimbulkan fitnah kepada Kak Yaya dan juga Kak Ying! Sebab itulah Gempa merekodnya! Sekarang lihatlah, sudah jelas Suzy bersalah tetapi Suzy ingin mengelak! Nasib baik Gempa merekod tadi tau! " Gempa mempamerkan reaksi kecewa dan sedih kepada Suzy yang akhirnya mendapat jeritan amarah dari gadis itu.

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now