Let's Forget for A While

Start from the beginning
                                    

"Ah, dan satu lagi... "

Gempa menolehkan wajahnya semula. Menjeling Suzy yang masih berdiri statistik di tempatnya. Tetapi kali ini, wajah Gempa serius tanpa berniat untuk mengusik gadis itu.

"If you tell my father about this, then you will meet the hell, bitch. Know your place. Jangan ingat apa yang aku lakukan selama ni adalah untuk suka-suka semata-mata. Kalau kau berani, cuba lah cabar aku. Aku akan tunjukkan dekat kau siapa yang 'berkuasa' dekat sini. And I'm not fucking kidding here. "

Sebaik sahaja habis Gempa berkata demikian, dia pun kembali meneruskan semula langkah kakinya. Mengabaikan Suzy yang nampak masih sedang memproses apa yang baru sahaja berlaku.

💖✨💖✨💖✨💖

"You are late. "

"M-maaf. "

Halilintar menjeling melihat gadis di sebelah keretanya. Gadis itu menundukkan sahaja kepalanya sambil merenung permukaan jalan yang ada di luar kawasan rumah mewahnya.

"Alah... Takpelah. Masih sempat kot untuk gerak. Masuklah, Gempa. "

Taufan membukakan pintu kereta dan membiarkan Gempa berada di tengah antara dirinya dan Halilintar. Gempa, pada awalnya sedikit takut dan ragu-ragu kerana memikirkan bahawa dia akan dikepung oleh 2 orang lelaki yang entah apa pemikirannya. Tidak. Dia tidak ingin mengambil risiko!

"Aish, Gempa! Jangan risau lah. Kami takkan buat apa-apa yang akan melanggar keselesaan kau. Masuk je. Kami janji takkan apa-apakan kau. Kan Hali? "

"Bukan aku. "

Halilintar mengalihkan pandangannya. Mengabaikan pandangan sepakatan daripada Taufan yang entah baginya tidak membawa faedah.

Melihat tingkah laku sahabatnya yang tiada beza dengan perempuan yang datang bulan itu membuatkan Taufan mendengus kesal. Untung jadi lelaki. Kalau perempuan, memang takkan ada orang mahu kalau perangai sebegini rupa!

"T-takpelah, Taufan. Terima kasih. "

Gempa masuk sahaja ke dalam kereta tanpa ingin memanjangkan lagi masalah. Nasib baik Gempa cepat bertindak. Dan Taufan amat berterima kasih kerananya.

💖✨💖✨💖✨💖

"Kau nampak senyap hari ni. "

Gempa menoleh ke arah Taufan dengan pandangan hairan. Senyap?

"Maksud Taufan? "

Taufan tersenyum prihatin. Dia kemudian menyandarkan badannya pada kerusi kereta dan menghela nafas.

"Entah. Rasa macam lebih senyap dari biasa. Jadi aku fikir... Mungkin kau tengah ada masalah? Dan kau perlukan seseorang untuk mendengarnya. "

Halilintar yang sedari tadi diam pun senyap-senyap mendengarkan perbualan antara Gempa dan Taufan. Ya, dia juga perasan akan perubahan gadis itu. Mungkin bagi orang lain di luar sana, Gempa kelihatan biasa-biasa sahaja kerana gadis itu pandai memainkan wajahnya untuk kekal tenang.

Tetapi bukan di hadapan Taufan dan Halilintar. Dan sekiranya yang lain ada mereka juga akan berfikiran yang sama seperti mereka berdua. Mereka sudah lama memperhatikan Gempa. Jadi mereka sudah cukup kenal Gempa sama seperti keluarga Gempa sendiri.

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now