TDLM - bab 40

12.8K 571 69
                                    

"You dah lama tak balik Kuantan."

Kasyaf angkat muka memandang Medina yang mata tidak beralih dari menonton saluran Netflix TV.

Anak matanya kembali tertumpu pada timbunan kertas kerja yang dibawa balik ke rumah. kali ini fokusnya sudah hilang.

Ya, lama. Rasanya sudah sebulan. Ada sesekali dia menghantar mesej kepada Dhiya namun hanya dibiarkan tidak berbalas walaupun sudah dilihat.

Apabila ditelefon, Dhiya tidak bercakap banyak. Hanya ada dua perkataan dijawab iaitu 'okay' dan 'baiklah.'

Agaknya Dhiya masih terasa hati dengan kejadian yang belaku tempoh hari.

Kasyaf sempat berpatah balik apabila dia merasakan alasannya untuk pulang tidak relevan. Diana sendiri memberitahu keadaan Medina sewaktu dia telefon stabil, tiada apa-apa yang berlaku.

Waktu itu mungkin dia terlalu mengikutkan perasaan sehingga meninggalkan Dhiya.

Masuk sahaja rumah, dia terus ke dapur untuk menyentuh makanan yang dimasak. Namun, meja makan sudah kosong.

Tidak tahu bagaimana, hatinya tergerak untuk mengintai tong sampah. Dan tepat sangkaan dia apabila semua lauk-lauk tadi sudah dibuang.

Sedang dia mendaki anak tangga, dia dapat dengar tangisan Dhiya yang semakin kuat apabila dia sampai di hadapan bilik mereka.

Dia tidak masuk, hanya diam kaku di depan pintu yang tidak ditutup rapat. Itu kali pertama dia melihat Dhiya menangis setelah 9 tahun. Kali terakhir sewaktu babanya meninggal.

Perasaan bersalah menggunung, dia tahu dia punca mengapa Dhiya menangis malam itu. Perbuatannya keterlaluan, tidak menghargai usaha Dhiya.

Semua itu memberi gambaran yang jelas, memang dia tidak akan pernah mampu untuk membahagiakan Dhiya. Mereka berdua hanya membawa kesakitan pada hati masing-masing.

Jadi dia teruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Adanya dia di situ mungkin akan menambahkan api yang marak dalam Dhiya.

Malam itu juga dia bergaduh dengan Medina yang tidak setuju dengan perbuatan Kasyaf meninggalkan Dhiya.

"Kesian dia," ujar Medina lagi yang mematikan lamunan Kasyaf.

Dia lihat Medina sudah memandangnya. Sudah berapa kali mereka bergaduh tentang hal ini, hal yang tidak akan berkesudahan.

Mengapa? Dhiya ada cakap apa-apa padanya?

"Dhiya tak ada cakap apa-apa dekat I. I call pun selalu masuk voice mail, mesej pun kadang berbalas, kadang-kadang tak." Seperti mengetahui soalan yang bermain dalam kepala Kasyaf, Medina menjawab.

Alat kawalan tv dipicit oleh Medina. Filem yang dia tengok tadi tidak menarik minatnya. "Tapi perempuan mana tak ambil hati kalau suami tak balik? Atau tinggalkan rumah bila tak sempat 10 minit pun sampai."

Dia terus mencari, seperti tiada langsung yang dia ingin tengok. "I was fine that day, Kasyaf. Kalau you tak balik, tak kan ada apa yang jadi."

Kasyaf dengus kecil. "I tak nak gaduh Dina."

"I pun tak nak gaduh. Tapi you yang buat Dhiya macam tu. Kalau I ni bukan isteri you sekalipun I akan tetap tak puas hati."

Mereka saling berpandangan, tajam. "Habis tu you nak I buat apa?"

"Balik Kuantan esok."

"I ada meeting." Suaranya ditekankan. Masa untuk diri sendiri juga dia tiada, untuk Medina yang tinggal serumah juga tiada apatah lagi Dhiya.

Butang untuk menutup tv ditekan. "Ya, dekat Kemaman." Medina bangun dari duduknya. "You boleh singgah. Even sekejap." Terus dia masuk ke bilik, mengantuk.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now