TDLM - bab 11

12.6K 595 51
                                    

2011,

Sudah hampir 10 minit kereta Myvi Dhiya masuk ke dalam perkarangan rumah namun dia masih lagi duduk beku di dalam kereta. Mahu kata termenung, tidak. Mahu kata tidak termenung juga tidak cuma duduk diam sahaja dalam kereta.

Jam pada kereta dilihat, sudah pukul 6.25 petang. Satu perkara yang Dhiya suka tentang Kuantan adalah walaupun ianya sebuah bandar yang besar, aliran trafik tidak terlalu sesak. Sudahlah dekat dengan pantai.

Enjin kereta dimatikan. Beg tangan serta beberapa dokumen penting kerja diambil lalu dia keluar dari perut kereta. Segera dia masuk ke dalam rumah.

Beg dan dokumen diletakkan ke atas meja makan di ruang keluarga yang hanya diguna apabila ada makan-makan dengan orang lain. Dhiya berjalan ke dapur, melihat baba yang sedang berperang di dapur.

4 tahun sudah berlalu dan Encik Fauzi sekarang sudah lebih 3 tahun pencen. Masanya sekarang hanya diluangkan untuk menguruskan rumah dan Dhiya.

"Baba masak apa?" sambil menegur, dia isi air kosong ke dalam cawan.

Encik Fauzi mengintai sekilas Dhiya sebelum memperlahankan api dapur. "Tadi pagi baba singgah pasar dekat Berserah, beli seafood jadi baba masak tom yam. Dhiya nak makan dengan nasi boleh, nak makan dengan bihun pun boleh."

Dhiya sengih. Entah apa yang semangat sangat masak banyak-banyak seperti itu sedangkan dalam rumah ini hanya ada mereka berdua. Yang perlu habiskan tidak lain tidak bukan keluarga adik arwah ibunya yang tinggal di sebelah.

Air diteguk sehingga habis untuk hilangkan dahaga. Melihatkan bihun masih belum direndam, kabinet atas dibuka. Plastic bihun diambil lalu segenggam bihun direndam.

"Eh, Dhiya pergi naik atas mandi, solat. Lepas maghrib kita makan." Mangkuk yang berendam bihun diambil. Dia tahu anaknya penat dengan kerja.

Kepalanya digeleng kecil.

Baba, mana pernah mahu melihat dia anaknya penat.

Cawan yang dibiarkan tadi bibawa ke sinki untuk dibasuh.

"Dhiya."

"Ya." Dhiya menyahut panggilan Encik Fauzi.

Diam seketika.

"Baju dah siap, tadi baba singgah butik ambil. Baba letak dalam bilik Dhiya, itu semua dah siap gosok dah." Encik Fauzi serba salah.

Tangan Dhiya terhenti secara automatik. Masing-masing diam, hanya air yang mengalir dari paip kedengaran sebelum Dhiya kembali menyambung membasuh cawan tadi.

"Okay, thank you, ba."

Encik Fauzi pandang Dhiya yang keluar dari dapur.

"Dhiya naik dulu." Beg dan dokumen tadi diambil bersama mendaki tangga ke tingkat atas.

Daun pintu ditolak dan perkara pertama yang Dhiya lihat adalah sepasang baju kurung moden yang berada di atas katil. Barang ditangan diletakkan di meja kerjanya.

Sudah hampir 4 bulan Dhiya menamatkan pengajiannya dan syukur dia tidak menunggu lama untuk menjadi junior akauntan di sebuah syarikat yang sederhana besar di kawasan bandar, syukur juga dia tidak perlu berpisah dengan babanya.

Cita-cita ingin menjadi seorang auditor, jadi dia harus berusaha lebih untuk menjadi jawatan yang banyak prosedur itu.

Perlu menjadi ahli berdaftar, perlu mempunyai pengalaman bekerja lagi, ditambah pula dengan perlu melepasi beberapa ujian dan mendapat kelulusan dari Menteri Kewangan. Banyak dan Dhiya perlu bersabar.

Ini pula dia terpaksa bawa balik kerja ke rumah kerana hari jumaat nanti dia telah memohon cuti. Dia tidak suka melengahkan kerja jadi dia perlu siapkan penyata kewangan dengan segera kerana tarikh tutup akaun makin mendekat.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now