TDLM - bab 63

13.1K 534 36
                                    

"Medina."

Dia dari tadi hanya duduk di kerusi bersebelahan dengan katil Dhiya, berharap sahabat baiknya akan bangun walaupun dia sudah dengar penjelasan dari doktor siang tadi.

Suaminya yang berada di belakang dipandang. Masing-masing kepenatan terutama Kasyaf yang sudah dua hari di sini.

"Ya?"

"Balik jom, you dari semalam pakai baju pergi kerja you. Balik rehat dekat rumah, esok datang balik."

Kepalanya menggeleng. "I tak nak, kalau Dhiya bangun I nak ada dengan dia."

"Balik." Lembut tapi masih kedengaran tegas. Kedinginan dari suara Kasyaf disedari oleh Medina.

Sekilas Kasyaf pandang Dhiya yang tidak menunjukkan sebarang reaksi selama 2 hari berada di sini. "Lasti datang lepas ni temankan Dhiya dekat sini, kalau nak temankan you temankan esok."

"You temankan Dhiya esok?"

Kasyaf geleng kecil. "I dah dua hari ambil cuti so esok kena dah kena datang balik. After kerja I datang."

Faham. Tahun ini banyak Kasyaf mengambil cuti, kebanyakannya kerana ingin menjaga Dhiya. "Kereta I dekat sini. Balik asing ke?"

Kelihatan Kasyaf berfikir sejenak. Seharian Medina perhatikan suaminya bersikap serius terhadap dia.

"Balik sekali lah. Esok masa on the way kerja, I hantar kan you ke sini." Melihat wajah sugul Medina, tidak diharapkan Kasyaf untuk memandu.

"Okay."

Kedengaran engsel pintu berbunyi apabila pintu dibuka dari luar. Serentak mereka berdua memandang Lasti yang datang setelah berehat di rumah membawa barang kelengkapannya.

Lasti juga sudah bermalaman di sini menjaga Dhiya, jadi memandangkan tadi Medina ada di sini, Kasyaf suruh dia pulang untuk bersihkan diri.

"Lasti dah datang. Jom."

Perlahan-lahan Medina angkat tubuhnya yang terasa berat. Kasyaf yang membuat perkara sendiri dipandang dengan hujung mata.

"Esok saya datang lepas kerja, Dina yang akan temankan. Nanti macam biasa saya akan order kan Grab untuk awak bila Dina dah sampai."

"Baik Kasyaf. Sudah mahu pulang, ya?"

Soalan Lasti dibalas dengan anggukan kepala oleh Kasyaf.

"Saya tak tahu kalau Kasyaf dengan Medina sudah makan malam atau belum, tapi saya ada sediakan makan malam di rumah. Kalau tidak makan, simpan di peti sejuk ya."

"Okay, terima kasih."


HANYA perlanggaran antara bunyi gelang emas yang berlanggaran dengan pinggan kaca yang kedengaran pada waktu mereka sedang makan malam.

Ada kalanya Medina akan mencuri pandang melihat Kasyaf untuk membaca apa yang difikirkan oleh lelaki yang hanya diam sejak dari dalam kereta lagi.

Medina tahu Kasyaf masih marah kan Dhiya akan kejadian tempoh hari, jadinya hubungan mereka sekarang berdua agak kekok.

"You," panggilnya perlahan namun akibat sunyi, ianya masih kedengaran kuat hingga Kasyaf angkat kepala.

Pandangan mereka berdua bertemu tetapi muka Kasyaf tidak beriak buat Medina gigit hujung bibir.

Terasa kata tidak mampu untuk terluah dari mulutnya.

Cawan yang berisi air diteguk oleh Kasyaf sehingga habis. Melihatkan Medina tidak meneruskan kata, Kasyaf andaikan Medina tidak jadi untuk bercakap.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now