TDLM - bab 14

12.9K 658 13
                                    

Dhiya tersedar dari tidur apabila merasakan lehernya agak lenguh. Waktu itu dia masih lagi beradi di lantai bilik Encik Fauzi. Sayup-sayup kedengaran bunyi ceramah Subuh di masjid yang tidak jauh dari rumah.

Anak matanya tertancap pada bingkai gambar yang dia peluk erat sejak dari awal pagi tadi. Semuanya masih dianggap mimpi, tidak ada satu yang fakta.

Agak lama dia termenung sambil memandang gambar itu. Dhiya sesat dalam kehilangan, sekarang dia buntu, tidak tahu harus ke mana, tidak tahu apa yang harus dia buat.

Perlahan-lahan dia bangun. Tubuh yang lemah cuba dia kuatkan. Sempat dia intai bilik tetamu yang Kasyaf dan Medina duduk sudah terpasang lampu. Mungkin sudah bangun untuk solat subuh.

Apabila turun ke tingkat bawah, laju sahaja air mata mula mengaburi mata. Selalunya jika dia bangun, baba sudah menyiapkan sarapan, dengan senyuman akan mengajak Dhiya untuk makan bersama.

Dhiya seka air mata. Kunci kereta yang berada dalam mangkuk penuh kunci lain diambil. Semalam petang kereta yang sudah siap diservis diambil oleh pak su dibengkel.

Tanpa meninggalkan pesanan, Dhiya masuk ke dalam keretanya lalu menekan pedal dengan laju menuju ke satu destinasi. Waktu itu dia sudah menangis seperti orang gila, masih tidak mampu untuk menerima suratan takdir yang tertulis.

Tidak sampai 10 minit, Dhiya sudah sampai destinasi yang dituju. Keretanya diparkir di seberang jalan yang berhadapan dengan sebuah bangunan yang terbiar.

Hanya ada seorang lelaki berbangsa Cina yang sedang berjoging sewaktu dia sampai di Pantai Tembeling. Wajar kerana jam digital keretanya menunjuk pukul 6.45 pagi.

Dengan langkah yang tidak betul, Dhiya keluar dari kereta. Dengan tangisan yang masih lagi kuat dia menuju ke arah batu-batuan.

Air laut yang masih pasang sehingga memabasahi hujung batu tidak diperlukan. Dhiya duduk di atas batu besar yang masih lagi kering.

Dia peluk tubuh kerana kesejukan angin ditiup pantai mencengkan sehingga ke tulang. Pantai ini selalu dia kunjung sewaktu ibu bapanya masih hidup, bahkan dia selalu membawa rakan-rakannya ke sini memandangkan ianya tidak jauh dari sekolah.

"Wa ilyhi turjaun." Surah Yasin ditutup lalu tangannya menadah tangan kepada Ilahi di bawah cahaya matahari yang terik.

Dhiya yang duduk di atas tikar mengkuang bersebelahan dengan Encik Fauzi turut mengangkat tangan berdoa. Tapi anak matanya masih tidak beralih dari bongolan tanah yang telah menutup jasad mamanya seminggu yang lalu.

Waktu itu Dhiya baru sahaja memasuki alam persekolahan darjah 4 tapi dia sudah faham apa yang berlaku di sekitarnya. Dia tahu Mama sudah tiada meningalkan Dhiya dan baba kerana kanser.

Selama dia hidup, dia sudah terbiasa menemani Mama ke hospital, dia sudah terbiasa malamnya dikejutkan oleh rintihan Mama yang menahan sakit di perut.

Selalu orang di sekelilingnya akan memandang dia dengan pandangan simpati, anak kepada ibu yang sedang bertarung dengan kanser. Selalu dia dengar bahawa mamanya tidak akan bertahan lama, bila-bila masa sahaja kanser ini boleh meragut nyawanya.

Dan sekarang, Mama betul-betul sudah pergi.

"Amin."

Dhiya raupkan tapak tangan pada seluruh muka. Encik Fauzi angkat tubuh kecil Dhiya duduk ke atas ribanya. Ada air mata yang lelaki itu sembunyikan dari Dhiya.

"Dhiya."

Dia pandang sahaja baba.

"Baba tak tahu sama ada baba betul-betul boleh jaga Dhiya, tapi baba akan cuba untuk didik Dhiya menjadi seorang anak yang solehah sebagaimana mama impikan."

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now