TDLM - bab 4

15.9K 626 17
                                    

Hari ini setelah solat subuh, masing-masing tidak menyambung tidur. Dhiya dan Iman segera bersiap sewaktu jarum jam menunjuk ke angka pukul 7.05 pagi setelah bermain dengan kamus bestari.

Hari ini Dhiya memilih untuk meyarungkan baju renang nylon yang dipadankan dengan seluar trek getah bewarna hitam. Rambutnya diikat rapi kerana tidak berapa suka jika rambut menampar mukanya apabila ditiup angin.

Krim pelindung matahri dipicit lalu diratakan pada seluruh wajah sehingga ke hujung leher sebelum turut disapu pada tangan.

"Best ke pakai jenama tu?" Iman yang sedang mengikat rambut memandang sekilat ke arah krim itu.

"Try lah." Tiub itu ditolak mendekati Iman. Dia menuju ke kepala katil, di mana telefonnya sedang dicas. Walaupun tidak penuh dia cabut juga. Tidak mempunyai niat untuk membawa bersama kerana aktiviti hari ini melibatkan air.

Waktu pada telefon dipandang seketika. Sudah pukul 7.53 pagi. "Dah siap ke? Aku tunggu dekat luar."

"Okay."

Sayup-sayup kedengaran suara Iman di dalam bilik setelah dia keluar. Tiada baying Medina dan Hanan, mungkin masih bersiap. Sandal di depan pintu disarung.

Dhiya berjalan menuju ke balkoni. Kejadian semalam masih segar dalam ingatannya sehingga membuatkan senyumannya timbul.

Kasyaf.

Nama itu terukir di hujung bibirnya. Dhiya memberanikan diri untuk mengintai chalet Kasyaf. Masih ada kasut. Mungkin masih tidur, atau sedang bersantai.

"Woi!" sergahan dari Iman mengejutkan Dhiya. Segera dia memandang Iman dengan muka yang berkerut, tidak berpuas hati disergah seperti itu.

Hairan apabila melihat Hanan dan Medina juga sudah menunggu dia hujung anak tangga.

"Amboi-amboi, jauh betul termenung. Orang panggil banyak kali pun tak dengar." Bebel Iman sambil mendekati dua lagi saabtnya meninggalkan Dhiya yang berada di balkoni.

Dhiya turut menyertai mereka, berjalan untuk ke café bagi menjamu sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti mereka pada pagi ini.

"Ye ke dah panggil?" Sengaja dia menyelit di antara Medina dan Hanan. Lengan Medina dipeluk sebelum ditarik kembali oleh Medina. Dhiya mencebik kecil.

Hanan tersengih sinis. "Orang kalau dah berangan mana nak mengaku."

Mereka berempat memasuki café. Percutian mereka sudah diselitkan dengan sarapan perxuma secara buffet. Walaupun masih awal pagi, sudah ramai yang memenuhi kawasan café itu.

Tanpa melengahkan masa, pinggan di ambil seorang satu. "Kau nak makan apa?" Medina tanya Dhiya.

Beberapa saat diambil untuk memandang sekilas makanan yang telah disajikan. "Nasi dagang. Kau?" nasi dagang disenduk masuk ke atas pinggan.

Kelihatan Medina mengambil nasi bewarna biru. Nasi kerabu mungkin. "Kerabu." Dia menjawab sepatah. Penyepit diambil lalu separuh telur masin dengan solok lada di ambil.

"Eh, by the way aku ada nak kenalkan kau dengan seseorang. Kau mesti happy." Pinggan yang sudah berisi gulai ayam di bawa mendekati Medina. Saja.

Telur masin diletakkan kembali. "Siapa pula? Orang mana kau kenal ni?" lauk ayam bakar menggantikan telur tadi.

Dhiya ketawa kecil. "Adalah, aku jumpa dengan dia semalam."

Dahi Medina berkerut. "Siapa ni? Macam mana kau kenal orang dekat pulau ni?" dia tingalkan Dhiya yang sedang mengambil dalcha.

"Eh, tunggu lah." Tidak sempat dia mengambil dalcha sebanyak yang dia ingin, senduk diletakkan.

"Hai. Assalamualaikum, Dhiya."

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now