TDLM - bab 46

12K 516 8
                                    

Beg pakaian Dhiya diangkat oleh Kasyaf manakala Medina membantu Dhiya untuk keluar dari perut kereta. Kasyaf lajukan langkah untuk membuka pintu rumah.

Cukup 2 hari satu malam, Dhiya dibenarkan untuk keluar dari hospital. Kejadian tempoh hari yang berlaku adalah disebabkan oleh kurang rehat kerana rawatan kemoterapi.

"Kau nak naik atas ke?" mereka berhenti seketika di ruangan tamu.

Dhiya angguk kecil. Dia ingin berehat untuk beberapa ketika, dirasakan badannya masih belum mendapat rehat yang cukup.

Medina pandang Kasyaf seperti memberi isyarat tetapi kebiasan seorang lelaki apatah lagi seorang Kasyaf, tidak dapat membaca isyarat tersebut.

"You bawa Dhiya naik atas."

Beg pakaian yang dipenuhi dengan pakaian kotor diambil oleh Medina lalu bertukar tangan. "I kemaskan baju Dhiya sekejap." Tidak menunggu lama, Medina meninggalkan mereka berdua.

"Awak boleh berjalan?"

"Boleh."

Sekujur tubuh di hadapannya dipandang. Berjalan itu boleh, tapi mungkin untuk mendaki anak tangga akan menjadi sedikit mengah.

Tanpa sebarang kata, Kasyaf mencempung tubuh Dhiya lalu naik ke atas. Kali pertama mengangkat tubuh itu, Kasyaf akui memang tubuh itu ringan.

Apabila diangkat sebegitu, memang banyak isi daging Dhiya yang hilang diragut oleh kesan sampingan rawatan.

Perbuatan Kasyaf yang memang mengejutkannya tapi Dhiya tidak berkata apa-apa. Selama langkah Kasyaf membawanya ke atas, Dhiya hanya diam.

Jantungnya berdegup laju. Walau dingin, dia masih merasakan kehangatan Kasyaf yang mampu menenangkan resah di hati.

Dengan penuh berhati-hati Kasyaf meletakkan tubuh Dhiya ke atas katil dengan lembut. Dia ambil selimut yang berada di hujung kaki untuk menutupi separuh dari badan Dhiya.

Kasyaf berjalan mendekati suiz. Alat kawalan kipas dan penghawa dingin diambil kemudiannya dia mendekati kembali katil Dhiya.

"Nak kipas ke aircond?"

"Kipas je. Yang paling slow."

Menurutkan arahan, Kasyaf menekan alat kawalan kipas. Kedua-dua alat kawalan diletakkan ke atas meja kecil bersebelahan dengan katil, senang jika Dhiya ingin menukar tetapan.

"Ada apa-apa lagi yang awak nak?"

"Air?"

"Boleh juga," Dhiya menjawab kecil.

Baru sahaja Kasyaf ingin mengambil air di tingkat bawah, Medina sudah muncul di muka pintu membawa gelas dan air minuman.

"Kau nak air?"

Dhiya hanya angguk kecil.

Dulang dihulurkan kepada Kasyaf. Sengaja dia biarkan Kasyaf untuk melayani Dhiya. Medina tinggalkan mereka berdua di dalam bilik.

Gelas kaca yang berisi air disua pada Dhiya. Tidak banyak, mungkin satu per tiga sahaja yang diminum oleh Dhiya.

Kasyaf letakkan cawan ke atas meja lalu ditutup dengan penutup untuk mengelakkan dari habuk masuk. "Ada apa-apa lagi?"

Dhiya gelengkan kepala. Dia ratakan tubuh pada tilam menandakan ingin tidur.

"Kalau ada apa-apa, panggil je saya atau Dina."

"Okay." Matanya dipejam.

Untuk beberapa saat, Kasyaf memandang Dhiya dengan fikiran yang kosong. Pandang dan pandang hingga akhirnya dia keluar dari bilik itu.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now