TDLM - bab 7

13.8K 616 12
                                    

Pakaian yang bersih dan kotor diasingkan dalam plastic yang berlainan lalu disimpan ke dalam beg bagasi yang kemudiannya dizip dengan rapi. Yakin dengan semua barangnya sudah dikemas, beg ditolak ke depan pintu.

Iman yang baru keluar dari bilik air dipandang sekilas. Dia membaringkan tubuhnya ke atas katil. Feri mereka untuk ke kuala besut pukul 12 tengahari nanti. Sekarang sudah pukul 9 pagi.

Mereka berjanji untuk mengisi perut yang kosong terlebih dahulu kerana nanti tidak sempat untuk makan tengahari bila sampai di Kuala Besut.

Bas mereka ke Kuantan pukul 2 nanti manakala penerbangan Medina dan Hanan ke Kuala Lumpur pukul 4 petang nanti.

"Nak main kamus kejap." Kamus bestari milik Hanan yang sudah dicas malam tadi diambil.

"Okay, tapi nanti cas balik before pergi makan. Nanti nak main dalam bas." Rambut yang basah dikeringkan dengan pengering rambut.

Dhiya ralit bermain dengan kamus sementara menunggu Iman bersiap untuk bersarapan dengan yang lain pukul 9.30 nanti.

"Eh nanti ayah kau ambil kita dekat stesen kan?" tuala disidai pada penyangkut.

Duduknya dibetulkan. "Ya. Nanti dia hantar kau rumah terus. Alang-alang." Sejak berkenalan di bangku sekolah, bukan sahaja Iman dan Dhiya sahaja yang rapat, malahan ibubapa mereka juga.

Cuma yang berbeza Dhiya hanya ada ayahnya. Arwah ibunya sudah meninggal sewaktu dia berumur 10 tahun disebabkan oleh kanser.

Dengan daya berbaki tulang empat kerat, berjawatan sebagai pengetua di sebuah sekolah menengah ayahnya membesarkan Dhiya dengan penuh kasih sayang seorang diri. Dia lah ayah, dia lah ibu, dia lah segalanya untuk Dhiya.

Rambut yang sudah kering disikat. Iman mendekati Dhiya yang duduk di katil. Jam tangan yang ada di meja lampu dipakai. Sudah pukul 9.25 pagi.

"Jom." Pinggang Dhiya ditampar lembut lalu Iman menyarungkan kasut ke kaki.

Kamus bestari dimatikan lalu dicas. Dia membetulkan bajunya yang sedikit terangkat lalu membuntuti Iman yang sudah keluar dari bilik.

Kelihatan Medina dan Hanan sudah tunggu di luar. Pelik, jarang mereka berdua siap awal. Seketika mata Dhiya meliar mencari seseorang.

"Kasyaf mana? Tak join kita ke hari ini?" Hanan menghulurkan kepala melihat ke chalet yang diduduki oleh Kasyaf. "Tak ada kasut pun dekat luar."

"Keluar kot." Mereka berempat berjalan menuju ke kedai makan.

"Ke dah balik?" sangkal Medina.

"Eh, tak kan lah. Awal betul dia balik."

"Hah, Dhiya. Takkan tak tahu mana Kasyaf pergi?" Hanan tanya.

Dahi Dhiya berkerut. "Mana lah aku tahu. Aku bukan isteri dia pun." Setiba mereka di kedai makan pinggan diambil. Hari ini terasa mahu makan nasi kerabu pula.

Muka Iman mencebik mendengarkan ayat Dhiya. "Kalau korang nak tahu kan, Dhiya kan..."

Mata Dhiya dijegilkan memandang Iman, mengugut supaya jangan memberitahu. Ini bukan masa yang tepat juga bukan tempat yang tepat.

"Kenapa?" Medina menanti Iman menyambung ayatnya.

"Eh! Tu bukan Kasyaf ke?" serentak mereka memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Hanan. Dari jauh Kasyaf melambaikan tangan sambil senyum.

"Tu ada pun dia." Kelihatan Kasyaf membuat isyarat seperti mengajak mereka untuk makan bersama. Selesai mengambil makanan, mereka terus ke meja yang Kasyaf duduki.

Kerusi di sebelah Kasyaf ditarik. "Awal keluar. Pergi mana?" soal Iman. Dhiya duduk di sebelahnya. Semua mengambil tempat masing-masing.

"Tengok sunrise. Lepas tu saja jalan-jalan tepi pantai, ambil gambar siki."

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now