TDLM - bab 12

13.5K 641 19
                                    

Pagi jumaat itu Dhiya bangun agak awal dari kebiasaannya memandangkan dia perlu bertolak awal ke Kuala Lumpur untuk ke majlis akad nikah Medina.

Medina ada menempah bilik hotel mereka tapi Dhiya tolak memandang mereka yang lain ada ahli keluarga yang lain jika ditinggalkan, tapi Dhiya hanya ada baba yang nanti akan ditinggalkan keseorangan.

Lagipun perjalan dari Kuantan ke Kuala Lumpur tidak mengambil masa yang lama jadi mereka sempat sampai sebelum majlis bermula lewat pagi nanti.

Keluarga Iman yang turut dijemput sudah ke Kuala Lumpur semalam memandangkan Iman yang sedang dalam praktikal di hospital di sana, juga kerana kakak Iman ada yang menginap di sekitar Cheras.

Dhiya isi beg pakaiannya dia dan baba ke dalam kereta Encik Fauzi memandangkan keretanya masuk bengkel semalam, ada masalah dengan wayar brek. Hari Selasa nanti majlis persandingan mereka jadi sudah Dhiya tempah hotel yang lain untuk Dhiya dan babanya.

Baju yang akan dipakai nanti di majlis disangkut pada pemegang tempat duduk belakang, nanti apabila sampai di rumah Medina dia akan tukar kerana takut berkedut jika pakai terus.

"Dhiya dah solat subuh?" Encik Fauzi sarungkan sandal. Tangannya membawa hadiah perkahwinan Medina masuk ke dalam kereta.

"Dah."

Dia hanya melihat babanya yang menyarungkan kopiah putih pada kepala, memang tabiat Encik Fauzi untuk memakai kopiah. Dhiya sudah menyediakan kopiah yang lain untuk dipakai bersama baju melayu di majlis nanti.

"Dhiya drive ya?"

"Eh tak apa, biar baba drive, malam tadi Dhiya tidur lambat, kan? Nanti masuk dekat tol Gombak kita exchange, baba tak tahu sangat jalan KL." Tengok air muka Dhiya pun dia sudah tahu anaknya masih dalam keletihan.

Senyuman nipis terukir, baba memang kenal dengannya. "Semua dah bawa ke? Kalau tak Dhiya nak kunci pintu." Dia masuk ke dalam untuk membuka lampu pada garaj kereta sebelum keluar kembali apabila Encik Fauzi menjawab tiada.

Sandal disarung pada kaki. "Baba dah bagi kunci spare dekat pak su?" solanya meminta kepastian lalu dibalas dengan anggukan sahaja. Segera Dhiya kunci pintu dan gril rumah.

Encik Fauzi pandang anak gadisnya. "Dhiya." Memang Dhiya tidak banyak bercerita tapi naluri seeorang ayah tidak dapat Dhiya elak.

Dia tahu akan perasaan Dhiya simpan terhadap Kasyaf. Kejadian 4 tahun yang lalu masih lagi segar. Itu pertama kali dia lihat Dhiya dalam keadaan rapuh seperti itu tapi tiada apa yang dapat dia lakukan selain daripada menasihati Dhiya untuk redha.

Sewaktu Dhiya membuka kad undangan perkahwinan Kasyaf dan Medina di hadapannya, Dhiya tidak boleh menyembunyikan riak kecewa darinya. Malam itu dia terbangun awal pagi untuk qiamullail, esakan halus Dhiya di beranda boleh dia dengar.

"Ya?" dari pandangan baba, Dhiya sudah dapat agak apa yang ingin dikatakan olehnya.

Tangan Dhiya diraih. "Baba nak Dhiya gembira, tak ada apa yang baba hajatkan selain dari tu."

Helaan nafas panjang tarik sebelum dilepaskan.

"Dhiya tahu kan, baba boleh jaga Dhiya seumur hidup Dhiya. Jadi Dhiya tak perlu tak perlu takut, selagi baba ada, baba yang akan bahagiakan Dhiya." Harta yang paling berharga untuknya ada lah Dhiya, pemberian daripada Allah dan arwah isterinya untuk dia.

Sebak tapi Dhiya tahan air matanya. Bukan kerana dia terkesankan hubungan Medina dan Kasyaf tapi kerana kadang-kadang sering dia lupa, baba sentiasa ada untuknya menjadi satu-satunya manusia di dunia ini tidak akan melukakan hatinya.

Tidak dapat dibayangkan suatu hari nanti jika baba pergi meninggalkannya. 25 tahun bersama baba masih belum cukup, dia inginkan lebih lagi masa dengan lelaki itu.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now