TDLM - bab 26

12.1K 632 18
                                    

"Dhiya ingat esok pagi Dhiya nak pergi kubur baba dengan mama." Hujung cadar ditarik daripada tilam.

Mak Su Nora tarik pula bahagian bertentangan dengan Dhiya. Kurang daripada 3 hari lagi majlis perkahwinan Dhiya dan Kasyaf akan berlangsung.

Rasa seperti masa berlalu dengan pantas sehingga membuatkan hari Dhiya tidak betah.

"Dhiya dengan siapa? Nak mak su temankan ke?" cadar yang bewarna kelabu gelap itu dilipat.

Sejak beberapa minggu ini Dhiya lebih selesa menggunakan cadar bewarna gelap memandang rambutnya sudah mulai gugur disebabkan oleh kesan kemoterapi.

Jadi bila dia bangun dari tidur, melihatkan rambutnya yang gugur di katil membuatkan Dhiya agak sedih. Sebab itu sengaja dia tukar warna yang agak sama dengan rambutnya.

Cadar baru yang bewarna beige baru dibeli diambil. "Tak apa. Esok mak su dengan pak su kan nak temankan Zara pergi hospital. Dhiya boleh pergi sendiri."

Teringat pula sepupunya perlu hadir ke temu janji anaknya. Dengan suami yang bekerja jarak jauh, jadi mereka lah yang perlu temankan Zara.

"Dhiya boleh ke pergi sendiri?" bukan apa, risau jika berlaku apa-apa ketika Dhiya memandu.

Dia senyum nipis. "Dhiya pergi dengan grab."

"Betul ni?"

"Betul." Dia yakinkan mak su.

Kini sarung bantal pula diambil. "Tak apa, mak su. Dhiya boleh buat sendiri."

Kedengaran bunyi bising riuh randah di tingkat bawah. Beberapa orang jiran serta saudara mara yang jauh ada datang untuk membantu memandangkan majlis di rumah sahaja.

Dhiya sudah mendengar mulut-mulut orang yang mengata tentang perkahwinannya apabila tahu siapa pengantin lelaki.

Di laman social terutama sekali Facebook kawan sekolah mereka juga sedang hangat memperkatakan tentang mereka tapi Dhiya tidak mahu ambil peduli.

Jika dia kisah, dia juga yang sakit hati. Lagipun apa yang mereka katakan memang betul pun.

Dia memang perempuan perampas seperti yang mereka katakan. Benar dan tidak salah. Dan Dhiya terima sahaja apa yang mereka katakan.

Apa yang dia boleh buat hanya lah pekakkan telinga.

"Bantal je pun," ujarnya lagi. Sarung bantal yang ada di tangan mak su diambil.

"Ye lah. Mak su turun dulu. Hantaran Dhiya tak siap lagi."

Kepalanya dianggukkan sahaja. Mak Su Nora berlalu pergi ke tingkat bawah.

KEDUA-dua tangan diraup pada seluruh wajah setelah membacakan doa selepas surah Yasin. Jag yang berisi air disiram ke atas kubur itu.

Plastik sampah yang dibawa bersama diambil. Daun daun kering serta rumput yang mulai tumbuh dicabut kemudiannya dimasukkan ke dalam plastik.

Tadi Dhiya sudah bersihkan kubur arwah mamanya.

Jarak diantara kubur baba dan mama agak jauh, mungkin kerana perbezaan masa mereka meninggal agak besar.

Waktu itu, arwah baba belum terfikir lagi untuk menempah tanah di sebelah kubur mama.

Tapi kali ini Dhiya sudah tempah tanah kubur di sebelah kubur baba awal-awal lagi.

Untuk siapa lagi kalau bukan untuk diri sendiri.

Entah lah, mungkin kerana dia mengagak waktunya sudah tidak lama lagi.

Bunga melur yang tumbuh mewangi dipetik. Sengaja dia tanam bunga melur di kubur mereka memandangkan arwah mama memang suka benar bunga ini.

Baba pula hanya turutkan saja kata-kata mama.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now