TDLM - bab 54

10K 470 71
                                    

"Kau okay tak? Nak ke klinik? Hospital?" soal Medina sambil membantu Dhiya keluar dari bilik air.

Muntah-muntah, memandangkan 3 hari yang lepas dia menjalani rawatan kemoterapi dan ini kesan rawatan.

Tapi biasanya selepas 2 atau 3 hari akan baik, ini masih lagi mual-mual, pening dan tiada selera.

Dhiya gelengkan kepala. "It's okay lah. Biasa je ni." Dia tidak mahu menyusahkan Medina dan juga Kasyaf. Apatah lagi mengganggu rancangan mereka untuk plan malam ini.

Entah tiba-tiba pula dia mendapat kesan selama ini. Biasanya sudah elok.

"Ke nak aku jagakan kau hari ni? Kasyaf ke?"

"Dina." Panggil Dhiya lirih. Sungguh dia tidak mahu menjadi punca Medina terasa hati lagi.

Sejak dari hari lahirnya tempoh hari, mungkin mainan hati sahaja tapi terasa sangat seperti Medina mengelak darinya.

Dhiya tarik nafas lalu dilepas lemah. Tangan kanan Medina diraih. "Aku okay, kalau ada apa-apa Lasti pun ada. Kalau aku nak ke hospital sekalipun, aku boleh dengan Lasti."

Medina pandang Dhiya. Lama, dengan kening yang berkerut. Bukan tidak suka, Cuma risau.

Memang dia cemburukan Kasyaf dan Dhiya. Tapi soal kesihatan Dhiya ini lain. Dia kena faham yang Dhiya tidak sihat seperti mereka dan memerlukan penjagaan yang rapi.

"Aku tak sedap hati lah kalau pergi pun kau macam ni."

"Aku lagi lah tak sedap hati," potong Dhiya. Tahu yang memang sejak dia tinggal di sini Kasyaf lebih meluangkan masa dengan dia berbanding Medina.

Walhal jika tolak tentang keadaannya sekalipun, Kasyaf perlu berlaku adil. Tapi sebagai seorang isteri, Dhiya faham yang Kasyaf memang sudah cuba sedaya upaya untuk berlaku adil.

Tapi kuasa dan usaha manusia mana sama dengan cara pandangan orang lain.

"Aku okay, betul-betul okay." Dia meyakinkan lagu.

Satu helaan nafas dilepaskan lagi.

Faham.

Pandangan senja dari luar tingkap menjadi pandangan anak mata Dhiya.

Dan apabila sunyi menjengah mereka, Medina tundukkan wajah, pandang tangannya yang dipegang oleh Dhiya.

Kekok?

Ya.

Dekat tapi terasa jauh.

"Dina." Panggil Dhiya lirih, matanya masih memandang luar.

"Hmm." Dia tengok sahaja Dhiya, walaupun tidak bertentang mata.

Air liur detalan kecil. "Aku minta maaf, kalau aku ada sakitkan hati dan perasaan kau."

Sakit hat ikan kalau ada orang yang meminta maaf dengan kita tapi meletakkan perkataan 'kalau'. Seperti kalau ada maafkan lah, kalau tak ada biar lah.

Sepatutnya Dhiya buang perkataan itu. Sebab dia memang ada buat salah.

"Mana ada lah."

"Ada." Laju dia potong. Tidak memandang Medina kerana dia memang rasa bersalah.

Nafas ditarik dalam. "Aku tahu tak ada apa yang boleh justify kan keputusan aku untuk kahwin dengan Kasyaf."

"Aku tahu sebab keputusan tu juga, kau banyak terluka dan makan hati. Mungkin kau rasa yang Kasyaf lebih kan aku dan tak berlaku adil pada kau."

Dan saat itu, baru lah Dhiya pandang Medina, anak mereka bertemu. "Tapi aku faham yang jauh Kasyaf sedang mencuba. Untuk bahagiakan kau dan aku dengan seadilnya."

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now