TDLM - bab 13

12.9K 644 15
                                    

Sebaik sahaja sampai di perkarangan rumah Dhiya, kelihatan van jenazah yang membawa yang akan bertolak ke kubur. Kereta yang sesak menyukarkan Kasyaf untuk mencari parkir.

Medina yang tidak senang duduk menyuruh Kasyaf untuk memberhentikan kereta. Segera dia, Hanan dan Iman yang menaiki kereta yang sama bolos dari perut kereta. "I jumpa Dhiya, you ikut pergi kubur. Dhiya tak ada saudara lelaki selain pak su, you tolong pak su, ya."

Permintaan dari Medina Kasyaf anggukkan sahaja. Melihatkan isterinya sudah masuk ke dalam rumah, segera dia ikut van jenzah dari belakang supaya tidak ketinggalan.

Tetamu sudah mula meninggalkan rumah Dhiya, mungkin kerana mula bergerak ke kubur. Tadi mak su sempat menghantar mesej kepada Iman mengatakan dia tidak ke kubur. Katanya, Dhiya tidak kuat melihat babanya dimasukkan ke dalam liang lahad.

Benda pertama yang dia lihat sewaktu tiba di ruang tamu adalah Dhiya yang duduk lemah di hujung bucu. Wajahnya yang sugul dan sembab cukup menceritakan betapa banyak air mata dia mengalir pada hari ini.

"Dhiya," panggil Medina lirih. Segera mereka bertiga memeluk tubuh Dhiya yang lemah itu.

Apabila melihat rakan-rakannya, air mata Dhiya sekali lagi laju mengalir. Dia biarkan sahaja mereka memeluknya. "Baba aku, baba aku dah tak ada." Dhiya masih tidak percaya dengan apa yang berlaku hari ini.

Disebabkan oleh pemandu yang memandu lori dalam keadaan mengantuk, kereta mereka dilanggar dari belakang menyebabkan dada Encik Fauzi yang tidak dilindungi oleh tali pinggang mengentak stereng kereta.

Namun kerana Dhiya tidak sedarkan diri waktu itu, Encik Fauzi yang risaukan anaknya menidakkan rawatan dari pihak hospital menyebabkan dia lambat diselamatkan.

Doktor mengesahkan kematian Encik Fauzi berpunya daripada hentakan tumpul pada dada. Sewaktu dia rebah di hospital, itu sudah lambat untuk menyelamatkan nyawanya.

Air mata Iman turut mengalir jatuh ke pipi. Sungguh dia tidak sangka hal ini akan berlaku pada Dhiya, tidak seawal ini, tidak dengan cara ini. "Sabar Dhiya, kau kuat." Belakang tubuh Dhiya digosok.

"Kitaorang ada untuk kau," kali ini Hanan pula memujuk.

Hanya esakan Dhiya sahaja yang kedengaran dan mereka biarkan sahaja Dhiya menangis di situ.

"DHIYA tak turun ke?" Medina hulurkan pinggan seorang satu. Tadi mak su ada memberikan lauk kepada mereka berempat memandangkan mereka akan menemani Dhiya semalaman di sini.

Hanan sudah pulang dengan ibu bapanya yang turut datang ke sini. dia juga ingin tidur semalam di sini namun apabila teringat ayahnya perlu memandu pulang ke Kuala Lumpur selepas Isyak tadi, dia tidak jadi kerana risau berlaku apa-apa pula.

Sepatutnya Medina dan Kasyaf pulang juga namun Medina berkeras ingin menemani Dhiya di sini walhal persandingannya 3 hari lagi. Medina tidak sampai hati untuk tinggalkan Dhiya dalam keadaan seperti itu.

Kasyaf pula tiada pilihan lain untuk menemani Medina. Manakan mungkin dia akan membiarkan Medina pulang seorang diri. Lagipun mereka hanya akan tidur semalaman, esok petang mereka akan balik.

"Lepas mandi tadi Dhiya terus tidur." Iman yang baru keluar dari dapur sambil membawa gelas menjawab. Sekadar air kosong sahaja untuk menghilangkan dahaga mereka.

"Hari ni langsung Dhiya tak jamah apa-apa. Aku bawa nasa pergi bilik dia kejap-" baru sahaja dia ingin menyenduk nasi ke dalam pinggan, tangan Iman menghalang.

"Tak apalah, biar je lah dia tidur. Hari ni dia penat sangat, lagipun dia dah bagitahu tadi dia tak nak makan. Esok kita pujuk dia makan."

Pinggang yang berada di awangan diletakkan ke atas meja. Hanya mampu melepaskan keluhan panjang sahaja. "You nak apa-apa tak?" perhatiannya berubah kepada Kasyaf.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now