TDLM - bab 2

20.8K 828 8
                                    

Dhiya yang baru keluar dari bilik air dengan memakai baju tidur mengeringkan rambutnya. Nanti bila sudah solat Zohor baru dia akan menukar pakaian yang lebih sesuai.

"Man, sekarang pukul berapa dah?" Iman yang sedang baring di atas katil sambil bermain kamus elektronik besta membuka telefon jenama Motorola. "12.15."

Beg bagasi dibuka. Sebuah pouch kecil diambil lalu dibawa ke meja solek. Dhiya menyusun produk penjagaan mukanya di meja itu.

"Dhiya."

Kepalanya dipusing memandang Iman yang sedang mengecas kamusnya, kehabisan bateri mungkin.

"Aku nak tidur kejap, nanti dah masuk waktu Zohor tolong kejutkan aku."

"Okay." Krim pencerah safi dicalitkan sedikit lalu diratakan pada seluruh wajah. Lambat menjaga kulit muka, minyak sudah berkumpul di muka, terutama sekali pada hidung.

Tuala yang membaluti rambutnya dileraikan lalu disidai pada rak. Rambut yang masih basah itu disikat dengan rapi.

Sambil menepuk paha, Dhiya berjalan menuju ke balkoni. Dia mengambil tempat di kerusi rehat.

Sambil-sambil itu, angin pantai yang meniup sehingga dapat dirasai hingga ke chalet dapat membantu untuk mengeringkan rambutnya.

Senyuman nipis menghiasi bibirnya. Dalam 4 tahun, banyak perkara yang berubah. Masing-masing meneruskan hidup yang mungkin telah tertulis untuk masing-masing.

Dalam kalangan mereka berempat, hanya Dhiya sahaja yang meyambung pelajaran tidak berdasarkan subjek yang diambil pada waktu zaman sekolah dahulu.

Siapa sangka dia akan menyambung pelajaran dalam bidang perakaunan walhal dia langsung tidak meminati subjek itu. Namun kini dia sudah berada di semester akhir. Sekali sahaja dia pernah mendapat sijil dekan, itu pun pada semester pertama.

Yang lain pula, memang tidak disangkal lagi menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan dan perubatan. Iman mengambil kos kejuruteraan awam di universiti awam di Penang.

Hanan dan Medina pula memang tidak dapat disangkal lagi mereka berdua mendapat biasiswa. Mereka berdua memang antara pelajar yang pandai di sekolah.

Tapi Medina akan melanjutkan pelajarannya di Jerman dan Hanan pula meneruskan pelajaran di universiti swasta.

Mereka semua baru berumur 21 tahun tapi hanya Hanan yang sudah menghabiskan diplomanya dan sedang belajar di peringkat ijazah. Ini kerana silibus universitinya yang agak laju berbanding universiti lain. Tempoh cuti semester dia juga singkat.

Sedang Dhiya asyik termenung mengingati kenangan lama, lamunannya terhenti apabila terdengar pasu dialihkan. Dengan berhati-hati Dhiya mencuri pandang ke arah lama chaletnya.

Kelihatan seorang lelaki yang mungkin sebaya dengannya memakai kamej bercorak petak sedang mencari sesuatu di laman itu.

Fikirannya teringat akan penutup lensa kamera yang dia jumpai tadi. Mungkin kah itu yang sedang lelaki itu cari?

Andaiannya semakin kuat apabila melihat sebuah kemera yang bergantung pada leher lelaki itu.

Segera dia masuk ke dalam bilik dan mengambil penutup itu yang diletakkan bersebelahan dengan telefonnya yang sedang di cas. Tapi sekembalinya Dhiya di ruang balkoni itu, langkahnya tiba-tiba terhenti.

Tidak tahu kenapa, jangan tanya kenapa, jantungnya berdebar. Adakah ini lelaki yang dia cari selama ini untuk menjadikan dia perempuan paling bahagia. Dhiya tersengih seorang diri apabila teringat akan angan-angannya.

Dia intai sekali lagi dengan berhati-hati. Lelaki itu sudah duduk di anak tangga dengan muka sedikit kecewa. Mungkin kerana tidak menjumpai barang yang dicari-cari.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now