TDLM - bab 44

12.4K 519 18
                                    

Brek kaki ditekan apabila jarak di antara kereta dan dinding rumah dipisahkan lebih kurang 2 meter. Enjin kereta masih lagi terpasang dan Kasyaf memandang ke arah Medina yang sejak dari tadi lagi tidak berkata apa-apa.

Sejujurnya dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia kata. Dalam situasi seperti ini, dia sepertinya tidak layak untuk mengatakan apa-apa.

Betapa tinggi hidungnya ditarik ke langit sehingga sakit penat isteri sendiri sendiri dia tahu dan hanya diketahui dalam keadaan ini.

Kasyaf juga tahu akan ada seribu satu jawapan yang perlu dia berikan bagi persoalan yang bermain dalam fikiran Medina.

"Sayang, kita dah sampai."

Kelihatan Medina yang membuang pandangan ke arah cermin menyeka air mata jernih yang turun. Tali pinggang keledar ditanggalkan lalu dia keluar dari perut kereta.

Cepat-cepat Kasyaf membuka pintu rumah yang dikunci. Dalam sekelip mata sahaja rumah yang dipenuhi dengan orang menjadi sunyi sepi.

Sewaktu melangkah masuk, sempat Medina mengerling meja makan yang tersedia dengan sarapan pagi yang dia sediakan namun langsung tidak disentuh oleh sesiapa.

Dia sendiri juga tidak mempunyai selera.

Gugusan kunci diletakkan ke atas meja berhadapan dengan cermin besar. Kasyaf diam sahaja melihat Medina.

"You makan lah sementara I kemas baju." Tadi Mak Su Nora menyuruh mereka pulang untuk mengemas pakaian dan barangan peribadi Dhiya sementara dia menjaga Dhiya di sana dan akan diganti kelak.

"You tak nak..."

"I naik dulu." Belum sempat Kasyaf menghabiskan ayatnya, Medina sudah mengatur langkah mendaki anak tangga untuk tingkat atas.

Dan Kasyaf hanya mampu melihat bayangan Medina yang semakin menghilang.

Daun pintu ditolak lemak. Langsir beralun lembut mungkin kerana pintu tingkap yang tidak ditutup dengan rapat.

Punggungnya dijatuhkan pada bahagian kiri katil, tempat yang Medina agak menjadi bahagian Dhiya tidur berdasarkan beberapa barangan Dhiya ada di meja kecil di tepi katil.

Dia agak sahaja tapi laci meja kecil dibuka lalu perasaan sebab menguasai diri membuatkan laju sahaja air mata memenuhi tubir mata melihatkan ubat yang memenuhi ruangan itu.

Esakan kecilnya kedengaran, dia cuba tahan air mata walaupun dia sebenarnya tidak kisah jika ada yang mendengar.

Bagaimana mungkin selama ini Dhiya menanggung rasa sakit seorang diri, bertahun-tahun lamanya menimpan rahsia sebesar ini dari mereka?

Sepatutnya sebagai seorang kawan, sahabat dia yang menemani Dhiya di sisi tapi seorang diri Dhiya simpan di dalam hati.

Memori kepalanya kembali mengingatkan beberapa kejadian lama yang berkaitan.

Waktu itu Medina baru sahaja keguguran kandungan kali ketiga. Seingatnya dia sudah lama tidak berjumpa dengan Dhiya, ada dalam berbulan-bulan juga.

Jika diam ahu berjumpa di Kuantan, ada sahaja alasan dan muslihat Dhiya daripada berjumpa. Mahu berjumpa di Kuala Lumpur apatah lagi.

Apabila mengetahui akan berita Medina keguguran, baru lah Dhiya memunculkan diri. Itu pun lewat sebulan dua dari peristiwa yang berlaku.

Saat itu, memang penampilan Dhiya berubah 360 darjah. Dari tidak bertudung kepada bertudung. Apa yang sangat jelas adalah beberatnya memang susut.

Dalam tempoh setahun dua waktu itu, memang boleh dikira pakai sebelah tangan berapa kali dia berjumpa dengan Dhiya, bagai hilang ditelan angin.

Rupa-rupanya dalam dia tidak tahu, Dhiya menjalani rawatan sehingga sehingga semua itu adalah sebenarnya kesan sampingan yang dia alami.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now