TDLM - bab 24

11.7K 596 17
                                    

Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut masing-masing walaupun makanan di pinggan sudah semakin dihabiskan.

Medina tidak tahu dari mana harus dia mulakan. Tengahari tadi setelah berjumpa dengan Dhiya, hajat Dhiya asyik berulang tayang dalam kepala.

"Sayang," panggil Medina. Dia angkat wajah pandang Kasyaf yang sudah berubah air muka.

"Kalau you nak cakap—"

"I dah jumpa calon isteri you, dia dah terima untuk kahwin dengan you." Kepala ditundukkan. Medina tidak mahu pandangan mereka bertemu saat ini.

Prang!

Terangkat bahunya apabila Kasyaf hembaskan sudu untuk lauk gulai ayam. Dapat dia lihat marah yang sedang ditahan oleh suaminya.

"You dah kenapa? I dah cakap kan I tak nak, so I tak nak." Kasyaf tidak fikir di mana logik Medina menyuruhnya untuk berkahwin lain sedangkan Medina mampu.

Mata dipejam untuk beberapa saat sebelum dibuka kembali. "I just nak you—"

Merah mata Kasyaf pandang Medina. Ya, sekarang ini dia sedang berlawan dengan api kemarahannya. Tidak pernah-pernah Medina membuat perangai seperti ini.

Mulut dikunci apabila sedikit gerun dengan pandangan itu.

"I lagi sanggup ceraikan you daripada madukan you." Seleranya sudah mati membuatkan Kasyaf angkat punggung ke sinki untuk basuh tangan dan pinggan.

Kedua-dua tangan digenggam. Medina tahu benar Kasyaf memang cinta dan sayangkan dia. Tapi itu tidak boleh menjamin kebahagian. Memang sekarang Kasyaf tidak mahu, tapi bila lelaki itu sudah bosan dan sedar akan kepentingan anak, dia akan mula dipinggarkan.

Bibir dikemam. "Kalau macam tu ceraikan I." sengaja Medina provok Kasyaf.

Kasyaf mendengus. Geram dengan Medina lalu dia kembali ke meja makan. "Itu bukan maksud I, maksud I adalah I tak boleh, I takkan mampu berlaku adil sebab I terlalu cintakan you."

Tangan Kasyaf cuba untuk diraih tapi sempat Kasyaf larikan. Dia tidak akan termakan pujuk rayunya.

"Dengar penjelasan I."

Kepala digeleng tanda tidak mahu. Kaki diangkat untuk berlalu pergi.

"I had enough."

Kaki terhenti dari terus melangkah. Dia diam disitu, tidak pergi tidak berpatah balik.

"I am not strong enough, bukan I tak nak cuba tapi I takut kalau I kehilangan baby lagi, I might lost myself this time." Terus terang sahaja itu apa yang dia rasakan selama ini. Medina tahan empayangan daripada penuh.

"I rasa macam I dah penat sangat-sangat. I cuba untuk tak berputus asa tapi 5 kali Kasyaf, 5 kali. Tak cukup lagi ke usaha I?"

Tubuh dipusingkan. Dia dan Medina saling berpandangan. "Anak tak penting, Medina."

"Itu apa yang you rasa sekarang, Kasyaf. Nanti akan ada satu hari you mula persoalkan kegagalan I jaga anak kita, akan ada hari you get tired of me." Air mata jatuh. Mudah sahaja sekarang dia menangis.

Nafas panjang dihela. Tidak tahu bagaimana lagi harus meyakinkan Medina. Dia tahu Medina masih menyalahkan diri. Dia tahu setiap malam Medina akan menghilang dari bilik mereka dan akan meangis di bilik sebelah.

Tipu lah kalau dia kata dia tidak mahu anak. Dan juga jujur dia katakan suami mana yang tidak sedih melihat keadaan isterinya dalam keadaan seperti itu. Sekarang ini bukan masa untuk dia fikir tentang anak, tapi keadaan Medina.

"I tak apa-apa dari you, Kasyaf. Dan I juga tahu yang you pun tak pernah minta apa-apa dari I."

"Tapi kali ni je—" sebak ditahan dengan menarik nafas sedalam yang boleh.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now