TDLM - bab 28

12.1K 557 21
                                    

Sayup-sayup kedengaran bunyi ketukan pintu dari luar tapi tidak diperdulikan.

Tidak lama setelah itu, Medina dengar pintu dibuka. Terasa tilam di sisinya dihenyak. Bahu Medina disentuh lembut.

"Dina dah solat subuh?"

Kelopak mata dibuka. Kelihatan ibunya, Puan Suhaila dengan kain telekung bewarna putih.

"Dah."

"Tak nak bangun ke? Dina biasanya lepas subuh tak tidur." Jarang sangat lah jika anaknya menyambung tidur. Kalau tidur di rumahnya, pasti akan membantu untuk siapkan sarapan.

Selimut ditarik. Dia pejam mata. "Dina tak boleh tidur malam tadi."

Bagaimana boleh untuk dia tidur sedangkan kepalanya asyik memikirkan tentang Kasyaf yang tidur dengan perempuan lain. Bermadu kasih sedangkan dia tersiksa di sini.

Ini kali pertama Medina tidur tidak bertemankan Kasyaf bukan kerana tuntutan kerja. Tidak pernah dia ditinggalkan seorang diri seperti ini.

Malam tadi rasanya sudah kering air mata dia menangis. Menangis dan menangis, tiada lain.

Puan Suhaila diruntun sayu. Jauh di sudut hati, dia tahu anak gadisnya kuat dan tabah. Mana ada perempuan yang lemah akan membuat keputusan seperti itu.

"Dina-"

"Ibu." Lengan Puan Suhaila dipeluk ketat. Empangan air matanya pecah lagi. "Dina tak kuat."

Pelukan itu dibalas, sedaya upaya dia akan ada untuk anaknya. "Tak Dina. Dina lebih kuat daripada yang Dina sangka."

"Tapi kenapa Dina rasa sakit macam ni?"

Belakang Medina dielus lembut. "Sebab Dina manusia biasa."

"Tak kira apa yang Dina buat, keputusan yang Dina rasa baik untuk Dina, maka baik lah untuk ibu juga. Ibu akan sentiasa ada untuk anak ibu."

Subuh itu, Puan Suhaila menemani Medina menjadi tempat untuk dia curahkan air matanya. Berharap akan dibekalkan kekuatan menempuhi hari yang mendatang.

LEBIH kurang dalam pukul 10 lebih, Kasyaf turun ke tingkat bawah. Usai solat subuh berjemaah dengan Dhiya tadi, perempuan itu menghilang.

Katanya mahu ke pasar. Apabila Kasyaf tawarkan untuk ikut bersama, Dhiya kata mahu pergi sendiri jadi dia tidak memaksa.

Kakinya terhenti di hujung anak tangga apabila melihat Dhiya sibuk menyusun makanan di meja makan. Nasib untuk majlis semalam mereka mengupah servis katering, tidak perlu sibuk mengemas pula.

Dhiya yang mengenakan jubah hitam dengan tudung bawal bewarna dusty pink menjadi tatapan Kasyaf. Rasanya kali terakhir dia menghayati Dhiya seperti itu 13 tahun yang lalu ketika di pulau.

Pulau. Banyak pula rasanya kenangan mereka di sana.

"Awak dah turun? Jom lah breakfast." Tidak perasan bila pula Kasyaf ada di di anak tangga.

Lamunannya mati. Kasyaf berjalan ke meja makan lalu kerusi ditarik untuk duduk. Beberapa bungkus nasi lemak terhidang dengan telur yang digoreng sendiri.

"Saya sebenarnya nak belikan nasi kerabu Mek La, tapi teringat pula yang hujung minggu macam ni ramai orang so saya beli nasi lemak tepi jalan je." Tangannya sibuk mencari balang gula untuk dibuat air.

Satu sudu besar gula dimasukkan ke dalam teko air. "Teh awak minum?"

"Minum."

Satu uncang teh direndam dalam teko. "Saya nak masak, tapi tak sempat. Beli boleh je kan? Tapi nanti tengahari saya masak."

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now