TDLM - bab 52

9.9K 480 1
                                    

Kedengan bunyi pintu ditutup dari dalam membuatkan Medina yang sedang meratakan losyen pada pergelangan tangan melirik pandangan ke cermin.

Kasyaf yang baru sahaja masuk ke dalam bilik menghenyak lembut tubuhnya ke katil. Hari ini Kasyaf pulang dari kerja sedikit lambat berbanding biasa.

"You okay? Macam penat je." Sekadar bertanya. Mungkin terlalu banyak kerja di pejabat, di rumah perlu uruskan Dhiya pula.

"Okay je. Biasa lah, kerja."

Mata dipejam rapat. Terasa seperti sangat mengantuk. "You." Mata masih dipejam rapat, Kasyaf panggil Medina.

"Ya."

"Hujung minggu depan you free tak?"

Dahi berkerut. Medina pusingkan tubuh menghadap suami dari kerusi meja solek. "Kenapa?"

"Free tak?"

"Insyallah free, kurang dah sikit workload. Kenapa?"

Mata dicelikkan kembali. "Kita keluar jom. Dinner dekat luar."

Ajakan Kasyaf mengundang lucu pada Medina. "Kenapa tiba-tiba ni?"

"Tiba-tiba ke?"

Medina menghadap cermin kembali, membelakangi Kasyaf. Dia keluarkan sedikit losyen dan sapu pada sekitar leher. "Ye lah, you kan selalu busy."

"Dengan kerja lagi, dengan Dhiya lagi. Hujung minggu kan masa untuk you, at least lah." Entahlah, nada Medina kedengaran lain apabila menutur ayat itu.

"Ya ke?"

Medina pandang Kasyaf melalui cermin sebelum lepaskan nafas kecil tetapi masih senyum nipis. "Okay lah, kalau kita keluar Dhiya macam mana? Ke nak ajak dia sekali?"

Dia mengangkat kaki menuju ke katil. Malam ini setelah sekian lama, Kasyaf akan tidur di dalam biliknya. Mungkin kerana sejak dua menjak ini kesihatan Dhiya makin membaik.

Kasyaf keluh kecil. "Kita berdua je. Lagipun Lasti kan ada, dia boleh jagakan Dhiya. Lagipun bukan kita nak pergi tidur mana-mana pun."

"Oh ya, Dhiya tak ada chemo cycle ke minggu ni?"

"Ada tapi on weekdays. So sempat je untuk kita pergi dinner."

Dia senyum gembira sehingga menampakkan sebaris gigi. "Okay." Sudah lama dia dan Kasyaf tidak meluangkan masa bersamanya.

Katil menjadi tempat beradunya dihenyakkan tubuh bersebelahan dengan Kasyaf. Terus sahaja tangan Kasyaf mendarat pada perutnya yang kian kelihatan saiz yang semakin membesar.

"Hello anak papa? Okay ke dalam tu?" suaranya kedengaran teruja apabila bercakap dengan anaknya yang baru berusia 3 bulan itu.

Medina rapatkan tubuhnya dengan Kasyaf lalu terus ditarik oleh Kasyaf ke dalam pangkuannya.

Masing-masing merindui. Rasa seperti amat lama tidak bermesraan seperti ini.

"You okay ke?" suaranya separa berbisik bertanya pada Medina. Memandangkan hari sudah malam, ditambah pula hanya mereka yang berada dalam bilik, suara itu masih dapat didengari oleh Medina.

"Okay, everything's fine."

"I minta maaf tau kalau perhatian I kurang pada you, I'll be better." Bibirnya mendarat pada ubun-ubun Medina. Pelukannya dieratkan pada isteri tersayang.

Dia diam. Terasa tenang, terasa seperti risaunya hilang mendengarkan kata-kata Kasyaf. "It's okay, I faham. You treat Dhiya better then I'm better than ever."

"I love you tau, always."

"Me too." Sayang sangat.


[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now