Kasyaf tambahkan tanah pada kubur Dhiya yang masih mendap walaupun sudah sebulan usianya.
Tanahnya masih memerah.
Cangkul yang disediakan di kawasan perkuburan itu diletakkan kembali ke tempatnya dan dia capai jag yang berisi air.
Dicurahkan dari kepala hingga ke kaki sehingga kosong. Kelopak bunga lili dan chamomile yang diisikan bersama air tadi menghiasi kubur.
Kerana bunga itu milik Dhiya.
Terasa tubuhnya disentuh dari belakang. Kasyaf pandang Medina yang mendukung anak mereka yang dilahirkan 2 mingu yang lalu.
Ahmad Attar, bersih dan suci maksudnya.
"You, jom. Nanti kita datang lagi."
Senyuman nipis terukir di bibir.
Tunggu kami di syurga, Nur Nadhiya.
WAHHHHHHHH AKHIRNYA DAH HABIS SETELAH 2 TAHUNNN.
Terima kasih pada yang membaca dari mula dan terima kasih pada yang menghabiskannya.
Sorry kalau ada part yang nampak macam tiberr atau nampak macam terlalu tergesa-gesa ending dia. I am still learning
Saya ada tulis cerita baru tetapi tak tahu bila nak publish sebab takut tak dapat nak bagi komitmen penuh lagi jadi mungkin nanti akan dipublish.
Saya takkan promote mana-mana buku saya di sini sebab I don't like advertisement so singgah singgah lerr ke profile. Mana tahu time tu dah publish.
Again, thank you <3
YOU ARE READING
[C] Tertulis Di Luh Mahfuz
RomanceDhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya sendiri, Medina. "Kalau aku nak kahwin dengan dia boleh?" "Siapa dia?" "Suami kau, Kasyaf." - Dhiya Medina terdiam apabila mendengarkan perm...