TDLM - bab 48

10.3K 469 3
                                    

Mejanya diketuk apabila dia mengalamun entah ke mana. Apa yang dia lamunkan dia sendiri tidak tahu. Skrin computer yang memaparkan skrin kosong dipandang seketika kemudian beralih.

Medina pandang rakan sekerjanya, Annisa yang berada di depan. "Kenapa Nisa?"

"Dah waktu lunch, tak nak pergi ke?"

Soalan itu membuatkan Medina memandang jam pada computer, pukul 12:35 tengahari. "No, it's okay." Pelawaan ditolak kecil, tiada selera.

"Sure?" Annisa meminta kepastian. Medina hari ini dia banyak melihat selalu termenung. Sedikit kerja, kemudian diganti dengan termenung.

Kepalanya mengangguk kepastian.

"Tapau ke?" dia tanya lagi.

Kali ini Medina senyum tipis sambil menggeleng. Dia memang tiada selera.

Akur dengan kehendak Medina, Annisa fahamkan sahaja. "Kalau nak apa-apa, call je."

"Okay."

Annisa meninggalkan bilik yang dikongsi oleh mereka meninggalkan Medina yang melepaskan helaan nafas panjang lalu menyandarkan tubuh pada kerusi.

Baru sahaja dia ingin pejamkan mata, telefonnya berdering menjerit untuk diangkat. Mencapai telefon yang ada di atas meja, panggilan terus dijawab melihatkan nama pendail.

"Assalamualaikum, Dina. Ibu ni." Kedengaran Puan Suhaila memberi salam di hujung talian.

"Ya, bu. Waalaikumussalam, ada apa?"

Walaupun samar-samar, telinganya menangkap bunyi seakan-akan isyarat kereta yang dipasang. "Ibu dekat area tempat kerja Dina ni. Tengah lunch hour kan? Teman ibu lunch."

Bibirnya senget sebelah, berfikir. Tadi, tidak sampai seminit Annisa bertanya dia masih tidak mempunyai selera. Tapi apabila Puan Suhaila pula yang bertanya, ada pula.

"Ibu ambil ke? Ke nak Dina gerak mana-mana?" hujung jarinya bermain kecil dengan bucu meja.

"Ibu dah dekat dekat office Dina dah pun. Turun cepat, nanti kena halau dengan guard."

Jawapan Puan Suhaila mengundang lucu membuatkan Medina tersenyum kecil. "Okay, kejap."

Usai menamatkan panggilan, Medina mencapai beg tangan berjenama yang diberikan oleh Kasyaf sewaktu ulang tahunnya tahun ini menuju ke lobi.


MATA melirik ke arah pinggan Medina yang masih dipenuhi dengan makanan sementara makanannya sudah habis.

Sehelai tisu diambil lalu sekitar bibirnya dilap sebelum meneguk air kosong sehingga hilang dahaga. "Okay tak?"

Soalan itu dijawab dengan satu helaan nafas yang berat. Terlalu banyak yang bermain dalam fikirannya sekarang.

Puan Suhaila menipiskan bibir. "Tak nak cerita dekat ibu?"

Medina angkat muka memandang Puan Suhaila. Isi dalam pipi digigit halus. "It's about Dhiya."

Kening berkerut kecil. "Kenapa dengan Dhiya? Ada apa-apa yang jadi ke dengan Kasyaf?"

Itu satu hal. Kejadian di mana mereka berdua hampir bercerai kembali menyinggah di ingatan. Tetapi Medina tidak mahu membangkitkan isu peribadi itu pada sesiapa.

Badannya bersandar kemudian tangannya bersilang pada dada. Pandangannya dibuang ke arah dinding kaca yang menampakkan suasana luar. Nafas ditarik dalam, "Dhiya ada kanser."

Air mukanya jelas menunjukkan betapa terkejutnya dia mendengarkan sebaris ayat itu. "Kanser apa?"

Bebola matanya sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Medina pandang Puan Suhaila. "Rahim."

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now