TDLM - bab 36

Mulai dari awal
                                    

Dia dan Kasyaf tidak akan menjadi seperti itu.

Berganti giliran, Dhiya hanya menyalami Kasyaf.

"Umi mana?" matanya meliar mencari.

"Tadi ada dekat dapur."

"Eh, dah sampai dah menantu kesayangan umi ni." Kedengaran suara yang menyambut kehadiran dengan gembira mendekati mereka dari dapur.

Senyuman Medina juga lebar menyambut Puan Azizah walaupun baru seminggu yang lepas mereka bertemu.

Mereka berdua berpelukan dan senyumannya sedikit pudar apabila melihat Dhiya yang seakan-akan bersembunyi di sebalik Medina.

Bukan dia tidak menyenagi kehadiran perempuan itu di sini, cuma sedikit terkejut walaupun seharusnya dia tidak perlu terkejut.

Ini majlis keluarga jadi semestinya Dhiya perlu ada, cuma ini kali pertama Dhiya ada jadi rasanya Puan Azizah perlu biasakan diri untuk melihat Dhiya lagi di majlis seperti ini.

Dhiya hulurkan tangan untuk bersalaman dan dia menyambut.

"Oh well, tengok siapa yang datang."

Empat pasang mata memandang suara yang menyembunyikan masud tersirat. Kakak sulung Kasyaf, Diana mendekati mereka.

Dia senyum simpul sambil memandang Dhiya atas bawah membuatkan Dhiya tidak selesa. Memang sengaja, itu niatnya untuk membuatkan Dhiya tahu dia tidak dialu-alukan ke sini.

Sewaktu Diana mendapat tahu Kasyaf akan berkahwin dengan perempuan lain, memang terkejut bukan kepalang dia waktu itu.

"Kak Dee." Medina menyalami wanita itu, mukanya agak seram persis sewaktu kali pertama mereka bertemu.

"Oh ya, akak belum pernah jumpa dengan Dhiya kan? Ni Dhiya, Dhiya ni kak Diana."

"Ya, masih belum berjumpa dengan isteri kedua Kasyaf ni. Baru sempat nak tengok elok ke tidak orangnya."

Mereka semua diam dengan ayat sinis Diana.

"Dah 6 bulan kahwin takkan tak nampak lagi isi perut?" kali ini Diana terus memerli secara jelas. Bukankah itu kononnya sebab mereka berkahwin.

Hujung bibir digigit. Hatinya terasa. Mahu saja dia balik kerana menyesal datang ke sini.

Medina pandang Kasyaf dan saling bertatapan, dia cuba untuk menyampaikan bahawa dia tidak suka akan cara Diana melayani Dhiya.

"Dee, surah Yassin dah keluarkan ke belum? Cuba Dee pergi ambil," arah Puan Azizah. Walaupun dia juga tidak berapa berkenan dengan Dhiya yang mengahwini anak bongsunya, dia juga tidak suka cara Diana sekarang.

Puan Azizah juga pergi meninggalkan mereka setelah Diana akhirnya akur dengan arahannya.

Tangan Dhiya disentuh untuk sedapkan hatinya lalu dia pandang Kasyaf. Geram kerana lelaki itu hanya diam dan tidak mengatakan apa-apa.


SELESAI sahaja bacaan tahlil, Dhiya hanya duduk seorang diri di bangku panjang di bahagian dapur basah.

Sempat tadi bertemu dengan ibu bapa Medina yang turut hadir. Apabila Kasyaf dan Medina semakin sibuk melani tetamu lain, dia asingkan diri ke sini.

Berada di sini membuatkan dia tidak selesa. Layanan orang dalam ini buatkan dia seperti orang luar yang seolah-olah datang tidak dijemput.

"Aunty?"

Kepalanya beralih apabila kedengaran suara kanak-kanak di muka ruang dapur basah. Bibirnya senyum tipis apabila melihat Akhbar, anak sulung Diana.

Tadi sempat juga Medina kenalkan dia kepada beberapa ahli keluarga yang lain, termasuk abang Kasyaf, Khairil.

"Ya? Akhbar nak apa?"

Akhbar berjalan mendekati Dhiya takut-takut. Mungkin kerana masih belum biasa memandangkan hari ini pertama kali mereka bertemu.

Di tangan, dia pegang erat mainan robot. Mungkin mainan kesukaannya.

"Kenapa aunty duduk dekat sini seorang-seorang?" soalnya walaupun agak pelat, masih kecil berumur 6 tahun.

Comel sahaja anak kecil itu bertanya. Dhiya senyum. Rasanya itu lah satu-satunya ahli rumah ini yang menegurnya dengan ramah.

"Aunty penat sikit." Betul, rasanya juga rasa agak sempit membuatkan dia mengah.

Melihatkan Akhbar sudah tidak menjawab, Dhiya sentuh robot di tangan dia. "Nama dia apa? Favorite Akhbar, ya?"

Jika tanya dia sendiri, Dhiya bukan lah seorang yang mesra dengan kanak-kanak. Tapi entah lah, mungkin kerana Akhbar ini baik dan berbeza dengan Diana.

"Bumblebee. Aunty tak kenal?"

Oh, robot transformer kuning itu? Dia kenal.

"Dia boleh bertukar jadi kereta." Tangannya lincah memulas-mula robot itu dan Dhiya hanya tengok, dia tidak tahu.

"Akhbar." Mereka berdua pandang suara yang memanggil. Diana di depan dengan muka yang berkerut.

"Mari sini, puas mama cari." Segera Akhbar pergi kepada Diana. "Kan mama dah cakap jangan bercakap dengan orang yang tak kenal."

Dhiya diam sahaja mendengarkan perlian itu. Mahu berjalan juga Dhiya tidak larat, inikan pula mahu menculik kanak-kanak berumur 6 tahun.

Mereka beredar dari dapur meninggalkan Dhiya seorang diri lagi.

Merasakan tekak sedikit kering, Dhiya angkat punggung mencapai gelas sebelum diisi dengan air kosong.

Namun, belum sempat pun dia meneguk air, kesakitan mula mencengkam perutnya. Tidak! Jangan berlaku apa-apa di sini. Tidak di rumah ibu mertuanya.

Sambil menahan sakit yang semakin kuat, dia mendapatkan beg tangannya. Ubat tahan sakit segera dicapai.

Entah di mana salahnya, mungkin kerana dia agak kelam-kabut, ubat itu terlepas dari tangannya lalu bergolek menjauhinya.

Jatuh air mata melihat kejadian itu. Lemah badan sehingga dia tidak mampu untuk menarik langkah mengambil sambil tangan menutup mulut mengeluarkan sebarang suara.

Dhiya kumpulkan segala tenaga yang masih berbaki untuk mengheret tubuhnya, kesakitan ditahan walaupun sudah tiada daya yang ada.

Sewaktu dia semakin lemah dengan pandangan yang mulai kabur, dia nampak sesorang mengambil botol ubatnya.

Muka diangkat dan sekarang ini wajahnya pucat seperti tiada darah yang mengalir ke muka melihat gerangan yang datang.

Adakah rahsianya akan terbongkar?

Adakah rahsianya akan terbongkar?

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
[C] Tertulis Di Luh MahfuzTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang