" Aku rasa setakat ni kot, aku tak nak libat dengan plan kau dah. Aku tak nak kait dengan semua yang terjadi dah."

" Mana boleh macam ni!!!"

" Sekarang kalau kau nak cari orang dipersilakan, jangan cari aku. Nah ambil duit ni aku bayar semua. Settle!" Dani yang lempar sampul surat berisi duit pada Aleesya. Dia tak nak terlibat dengan kerja bodoh ni lagi.

" Jangan cari aku lagi!!"

Tak berlengah lagi dia terus keluar dari restoren tu. Mata Aleesya memerhati kelibatan Dani hingga hilang dimatanya.

" Erghhh!!!"


END FLASHBACK!!



" Never mind, lepas ni plan pasti gempak gila!"

" See you next plan sayang!!"

" Jom la masuk akak, jangan la malu-malu." Kata Engku Sofieh yang berada di ruang tamu. Kedatangan umi Ellina disambut mesranya.

" Tak ada la Fieah, terima kasih la sudi layan kami ni." Kata Hajah Mariam rendah diri. Mana taknya biras dia kaya nak banding dengan dia. Alhamdulilah la Ellina bahagia dengan Iskandar.

" Apa cakap macam tu akak oiii, jangan la. Akak nak datang bila-bila pon tak apa la. Bukan sesiapa pon mak Ell jugak.

" Yela, dah Fieh cakap macam tu."

" Eii borak jugak jemput la minum. Kesian akak datang jauh."

" Terima kasih Fieh.."

" Umiiiii!!!" jerit satu suara. " Eii hati-hati adik jangan lari" kata Hajah Mariam risau. Mana tak risaunya si Ellina mengandung boleh pulak pergi lari, kalau tahu si Iskandar pasti kena bebel ni. 'Adik.. adik..'

" Umi rindu!" Engku Sofieh yang tengok hanya tersenyum manis. Suka dia tengok anak beranak ni.

" Ye umi tahu la." Pelukan mereka terlerai. Diciumnya pipi tua tu.

" Adik macam mana sihat?"

" Sihat je umi, tapi yela dengan muntahnya tak habis. Tekak ni asyik nak makan tu ni je." Kata Ellina manja.

" Mana Is?" soalnya yang memandang keliling mencari Iskandar.

" Abang Is kerja la umi, tinggal mummy dengan Ell je dekat rumah."

Mulutnya berbentuk 'O'. " Fieah nak akak tolong buat apa-apa ken anti kenduri tu, cakap je la segan la akak tak buat apa ni." kata Hajah Mariam tiba-tiba.

" Kalau macam tu tinggal masak je, sebab Fieah tak jemput ramai orang sangat pon setakat ahli keluarga belah Fieah dengan akak je. Nanti dah banyak bulan baru nak buat kenduri kesyukuran." Jelas Engku Sofieah.

" Ok la macam tu."







KEESOKKAN HARINYA...



MALAM



Suasana di rumah mak mentua dia memang meriah dengan kehadiran umi dia, abang Atiff dan termasuk jugak minah senget.

SURATAN TAKDIR CINTAWhere stories live. Discover now