CHAPTER 27

3.3K 101 3
                                    



Since I found you, I never stopped thinking about you



Ellina mengambil bagasinya di tepi almari untuk menyimpan pakaiannya untuk bercuti di sabah iaitu Pulau Mabul. Apa entah plan abang aku nak bercuti dekat situ, tak pernah lagi ajak aku nak pergi bercuti. Tapi masalahnya, dia nak bercuti takkan nak bawa ibu mengandung naik kapal terbang. So, aku la jadi mangsa untuk pergi but dia dah ada orang ganti untuk tempat dia. Pandainya abang aku sorang ni.

Mujur la aku pergi dengan anak saudara belah akak ipar aku yang sama umur dengan aku. Dia sudah bertunang dengan kekasih hatinya yang sekarang ni kerja dekat London sorang tu. Yang lagi dua orang tengah sambung study lagi dekat Universiti Teknologi Mara ( UITM ) di Shah Alam. Alhamdulilah, ada vacation walaupun sekejap. Just untuk tenangkan fikirannya.

"Eiii tak shabar nyerrr kita nak holiday huhuhu... nak holiday huhuhu... Jom kita pergi holiday. Hohohohoho...." Ujar Ellina sambil menyanyi lagu didi & friends. Pandai je kau tukar lirik lagu tu.

Cakap pasal minah tak cukup kain tu, buat aku menyampah. Siapa lagi kalau bukan si Amanda aka pengacau rumah tangga. Apa entah plan dia nak bagi aku kad jemputan dia. kalaun boleh aku nak lempar je kad tu dekat muka dia. mujur je aku lebih matang dari dia. Hahahaha...

Kalau tengok majlis kahwin Dani dengan Amanda dekat hotel. Happynya dua mahluk ni, dulu aku tak ada la majlis grand macam tu. Just a simple wedding event, banyak pulak duit mamat tu nak buat majlis dekat hotel. HOTEL KAU!!!

Nak jadikan cerita aku dulu simple je, dah kahwin dah la. Tak adanya macam Amanda sanding dekat hotel. Aku sanding pon tak adanya. Its oke, nanti aku tunjuk dekat kau aku lagi meriah. Astagfirullahalazim, riaknya kau.

" Ting ... ting ..."

" Siapa pulak mesej aku masa tengah berangan ni!! Hishhhh... Kacau daun je la."

Dahi Ellina mula berkerut bila nampak someone yang mesej dia. Baru jah cakap pasal mamat ni, panjang betul umur dia ni. Apa hal lak dia ni nak dekat aku lagi ni. Dah selesai dekat mahkamah dah. Jantan ni nak apa lagi dengan aku. Serabut je la.1

" Ellina.."

" Hmm, kau nak apa?"

" Aku ingat kau dah tak nak mesej dengan aku dah, plus aku kan ex-husband kau."

" Ohhh.. yeke sebenarkan aku malas nak mesej mujur je aku nak balas kau. Ikutkan hati aku ni nak je aku block kau. Mungkin hidayah Allah kot suruh aku hantar mesej dekat kau tu. Hah!! Kau nak apa ni? Aku busy la. Cepat la, don't you waste my time plus you are nothing to me now."

" Kalau kau senyap je baik aku tutup, bazir masa dengan tenaga aku je." sambung Ellina lagi dengan perasaan yang meluat plus menyampah.

" Aku ... aku .. hmm aku nak kahwin dah hujung bulan depan."

" So??"

" Kau macam mana??"

" Pelik la kau ni!! Hidup aku ikut la, masalahnya apa motif kau nak cakap benda yang tak ada kena mengena dengan aku dah? Aku nak kahwin sekalipun bukan urusan kau. Kau nak kahwin dengan Amanda pun aku tak kisah la."

" Cepat betul kau lupakan aku, Ellina." Balas Dani dengan nada yang tinggi.

" Aku?? Oh, sekarang ni kau nak salahkan aku? Aku? Kau apa hal nak cakap macam tu dekat aku? Kau siapa. Wehh tu bukan urusan kau dah la. Jangan jadi macam budak-budak, kau nak kahwin dengan Amanda pun aku tak kisah la. Ada ke aku meroyan? Takkan, so jaga ke bakal bini kau tu." Marah Ellina.

SURATAN TAKDIR CINTAWhere stories live. Discover now