CHAPTER 45

2.9K 88 4
                                    




I love the way you smile at me and make me feel that nothing can go wrong.





Iskandar berjalan keluar pergi ke parking kereta selepas menunaikan solat zuhur di surau hospital. Perutnya dah berkeroncong, 'Kalau balik ni mesti dapat layan istimewa. Hohoho.. tak sabar nyer kita nak balik jumpa isteri lepas tu makan.' Bisiknya.

Letih dia hari ni macam-macam ragam pesakit. Ada nak balik la, ada malas buat operation la apa la. Stress tapi dah dia minat jadi doktor sejak kecil, so dia kena hadap la. Mujur la ada Doktor Atiff dan Doktor Sakeena.

" Woii!!"

" Iskandar!" jerit Dani lagi.

Langkah Iskandar terus berhenti takala namanya dipanggil. Terus dia menoleh ke belakang. Dia dapat rasakan apa yang akan berlaku lepas ni. Memang tak faham bahasa betul dia ni. kali terakhir pon dia datang majlis kahwin dia dengan Ellina.

Entah apa pulak muslihat dia kali ni. kalau melibatkan bini dia memang nak kena dia ni.

" Kau ingat aku lagi ke? Kekasih hati Ellina." Dani menyoal bila dia berdiri di hadapan Iskandar.

" Ingat. But sorry to say kau tu ex-husband isteri aku."

" Apa kau nak ni? aku tak ada masa kalau kau nak cakap benda mengarut." Sambung Iskandar lagi. Iskandar mengerling jamnya. Bibirnya dicebik sebelum dia kembali memandang ke arah Dani semula.

" Aku ada benda nak cakap dengan kau ni."

" Apa? Kalau gitu gak jom la kita pergi kedai hujung sana. Aku tak nak cakap kat sini."

Terus Iskandar meninggalkan Dani dibelakangnya dan menuju ke kedai makan di seberang. Iskandar mengambil tempat paling tersorok sekali, boleh la dia bercakap dengan Dani tanpa sebarang gangguan.

'Kau ingat aku nak hadap sangat muka kau tu!'

" Pesan la, nak minum ke?"

" Aku datang bukan nak makan ke atau minum. Aku ada benda nak cakap dengan kau tu sebab tu jumpa kau kalau tak memang tak arhh." Balas Dani dengan angkuh dan dingin. Iskandar yang tengok tingkah laku Dani hanya buat muka selamba je. Dia malas nak naikan api yang tengah marak.

" Cakap je a."

" Aku just nak cakap pasal Ellina ni."

" Asal lak dengan bini aku?" sengakaj Iskandar tekankan perkataan bini di hadapan Dani. Nak bagi dia sedar yang Ellina sekarang ni bini dia bukan lagi Dani. Dani yang dengar hanya menahan amarah.

" Aku nak dia balik." Permintaan tak masuk akal Dani membuatkan Iskandar terdesak lepas dapat minum minuman yang dia dapat. Mujur je tak sembur dekat Dani, kalau tak sia-sia je pakai smart.

Smart ke?

" Kau merepek apa ni bro? cakap pakai otak arr." Soal Iskandar dengan kepala yang tergeleng. Minuman yang ada ditangannya segera dihabiskan. Yela malas dia nak duduk lama dekat situ dengan orang yang tak betul ni. Ada hati nak bini aku.

" Aku tak merepek la, aku cakap betul. I'm just nak Ellina je. Susah sangat ke nak bagi balik?"

" Dia dah jadi bini aku kot, hidup mati balik pon aku takkan lepaskan dia untuk kau."

" Cerai je Ellina lepas tu bagai kat aku. Simple."

Iskandar terdiam dengan kata-kata Dani. Minuman yang sudah habis diminum diletakkan tepi. Iskandar menyandar tubuh ke kerusi lalu pandang Dani yang ada dihadapannya.

SURATAN TAKDIR CINTAWhere stories live. Discover now