CHAPTER 23

3.2K 101 0
                                    



Love me and the world is mine



5 SEPTEMBER 2019.


Ellina menghembuskan nafas lega. Akhirnya, dia bebas dari semua beban yang dipikul. Urusan penceraian dengan Dani sudah selesai. Dia dan Dani sudah tak ada apa-apa hubungan selepas talak dijatuhkan di hadapan mahkamah. Mulai sekarang dia sendiri takkan kenal siapa lagi Dani. Kawan? Mustahil dengan keadaan yang dia tempuhi.

Mungkin tuhan telah takdirkan jodohku dengan orang yang lebih baik. Kita tak tahu.

" Ellina.."

Ellina yang baru sahaja melangkah keluar dari mahkamah tersentak dengan panggilan tu. Dia berpaling memandang empunya suara yang memanggilnya. Lihat sahaja Dani berdiri di hadapannya membuatkan Ellina berasa meluat dengan kehadirannya.

Menyampah kau!!

" Kau nak apa lagi? Aku rasa kita dah tak apa-apa" soal Ellina dengan muka yang selamba. Wajah Dani makin tak terurus apabila jambang mula tumbuh membuatkannya nampak selekeh.Yela ada isteri buat macam sampah.

Opsss bekas isteri. Tak ada dah istilah suami isteri lepas ni.

" Wow, mulut kau ganas sekarang ye. Berani kau sekarang ehh." Kata Dani sinis. Agak terkejut dengan perubahan Ellina yang ayu dan lemah lembut makin ganas dengannya. Dia ingatkan Ellina akan hadir ke mahkamah dengan riak yang sedih. Tapi sangkaannya meleset, Ellina hadir ke mahkamah dengan senyuman mekar yang meniti di bibirnya. Langsung wajah Ellina tidak menunjukkan kecewa dengan penceraian yang berlaku. Kini, Ellina sudah pandai menggunakan kata-kata yang kasar dengannya.

Kau harap apa? Nak melembut? no way!!

" Kenapa pulak? Salah ke? Dah memang ini perangai aku sekarang. Kau harap aku nak cakap lembut dengan ko ke? Jap eh... ehmmm ye abang kenapa ni." Kata Ellina lalu mencebikkan sedikit mulutnya. Dani yang memandang Ellina bukan yang dia kenal dulu. Rasakan.

Ellina yang lemah lembut dah mati sekarang ni. Hanya ada Ellina yang berani.

Ellina menjeling Dani yang langsung tak mengalihkan pandangannya. Kelihatan alongnya yang menemaninya lalu terus menuju tapi Ellina membuat isyarat menunggunya di kereta. Alongnya pasrah, dia tahu adiknya boleh uruskannya.

Ellina terus menarik nafas sebelum berkata, cermin mata hitam dibetulkannya.

" Kau nak apa? Cepat la. Kalau tak ada benda penting malas aku nak layan kau. Banyak lagi kerja aku nak buat. Nak hadap muka ko pon aku tak lalu sekarang ni. Meluat gila!" Sambung Ellina.

" Kau gembira dengan penceraian kita Ell? Jawab la!!"

Dengar sahaja soalan Dani membuatkan Ellina berasa nak ketawa berdekah-dekah. " Apa punya soalan bodoh ni? Mesti la aku happy giler. Happy sangat-sangat sampai aku rasa bebas dengan beban yang aku pikul. Aku rasa tak payah nak sakit hati dengan perangai gila ko ni. Hidup ko ni tak pernah syukur dengan yang ada."

"Dah la Dani, kau balik la malas aku nak layan soalan yang merepek daripada kau ni. Makin hari ko ni makin merepek je. Jangan biarkan Amanda tunggu kau ni, tak pasal aku kena dengan mak kau. Opss bekas mak mentua." Pinta Ellina yang berura-ura hendak balik. Melangkah je kaki Ellina, tangannya dipegang.

Ellina terus menarik tangannya yang dipegang oleh Dani. Apa yang jantan ni nak dari aku.

"Mesti la kau seronok, boleh jumpa jantan tu kan?" tajam mata Dani memandangnya. Ellina menahan amarahnya.

SURATAN TAKDIR CINTAWhere stories live. Discover now