CHAPTER 26

3.2K 89 3
                                    

ASSALAMUALAIKUM GUYS.... SORRY CIK LOLAS UPDATE LAMBAT. COZ ADA BENDA CIK LOLAS KENA URUSKAN SO ENJOY OK MY LOVE READERS!!!



Holding you in my arms pacifies me, as my heart screams when you are not close...



Ungku Iskandar dan Ungku Medeina yang melangkah masuk ke Villa Safeman tiba-tiba disapa oleh bondanya.

" Hish anak mami ni kenapa senyum sorang-sorang ni?" kata Engku Fiea. Dia perasaan akan anaknya sorang ni. Asyik-asyik senyum memanjang je. Macam orang tengah mengelamun cinta je.

" Mami nak tahu ke? Abang ni baru habis dating dengan bakal menantu mummy ni. Sebab tu la dari tadi senyum memanjang je. Kalah adik tau mami." Ujar Medeina.

" Patut la, siapa tu? Kenalkan la dengan mami, mana la tahu tu jodoh kamu Is. Yela kamu ni dah besar, umur tu dah lanjut. Takkan la nanti kamu nak atar anak kamu kat sekolah masa umur kamu 40 tahun gak."

" Apa ni adik dengan mami, kita orang tak ada apa-apa la just friend. Alah biar la, orang kata kalau umur dah meningkat saham naik tau mami."

" Sekarang kawan nanti isteri kamu." Kata Ungku Fiea sambil ketawa.

Iskandar yang dengar kata-kata mami dia berbunga-bunga, yela siapa yang tak nak dengan Ellina. Orang bodoh je tak nampak permata di hadapan.

" Hishh kamu ni dah angau, teruk sangat ni. Kalau nak sangat dengan budak tu kita terus pergi meminang je. Habis cerita."

" Tu la mami patutnya abang tu pergi terus kahwin je tak payah tunang." Sokong Medeina.

" Mengarut je la mami ni, Is kawan je sekarang ni. Tak nak nanti dia lari dengan Is,dah la kalau sembang dengan mami memang tak ada kesudahannya. Is nak naik atas dulu la mami."

" Jom kita pergi pinang budak tu Is." Kata Engku Sofiean sambil ketawa.

" Lalalalala ... tak dengar tak dengar." Kata Iskandar sambil menutup telinganya yang terus naik ke bilik. Iskandar yang tengah diusik oleh mami dan adiknya terus naik. Dia malas nak dengar mami dia mengarut tengah malam ni.

" Mami, Deina nak pergi dekat abang dulu." Ujar Meideina.

" Ok, hati-hati jalan tu Deina. Jalan slow jangan lari pulak." Pesan Engku Sofiean. 

Engku Sofiean Hanan melihat Iskandar terus naik ke biliknya hanya ketawa dengan telatah anak lelakinya manakala Medeina, si ibu buyung yang mula mengatur langkah ke arah suaminya yang ambil angin di luar setelah dua minggu outstation di London.




Ellina yang baru pulang dari hospital menemui abangnya Atiff yang ketinggalan barang. Hidupnya selepas cerai dengan Dani makin tenang. Ketika dia singgah di Mall Alamanda, tiba-tiba ...

" Ellina?" langkah Ellina terus mati apabila ada orang memanggilnya. Kelihatan seorang wanita yang tinggi lampai malahan seksi cukup dia kenal. Muka yang dia meluat, siapa lagi kalau bukan Amanda si durjana.

" Ellina right?, betul la I ingat silap orang tadi." Kata Amanda dengan senyuman kambing. Amanda yang lihat bekas isteri Dani terus ditegur. Dia lihat yang Ellina malas nak layan, dia tahu yang Ellina tak suka dengan dia. Apa yang dia kisah!!

" Hmm, ada apa-apa yang penting ke? Aku rasa kita dah tak ada benda nak cakap, betul tak Amanda. Aku nak cepat, busy." Ujar Ellina. Kalau diputarkan masa nak je dia pekakkan telinga, meluat tengok wajah perempuan yang tak tahu malu.

SURATAN TAKDIR CINTAWhere stories live. Discover now