CHAPTER 20

3.6K 114 2
                                    




I love you, and as long as we are together, I have everything I need



Semasa Hajah Mariam membasuh pinggannya tiba-tiba cawan yang nak dibasuhnya pecah, 'kenapa dengan perasaan aku ni? Kenapa ada macam tak kena je? Ada sesuatu yang berlaku ke. Aku harap la anak-anak aku dalam keadaan yang baik.' bisik hatinya sambil menyandarkan badannya di sinki.

Mesti setiap ibu boleh rasa keadaan anaknya. Instinct ibu sangat kuat walaupun anaknya duduk berjauhan.

Kringgg ... kringg ..

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Panggilan daripada anaknya Atiff, anaknya.

" Assalamualaikum umi, sihat ke?" tanya anaknya sebelum dia bagi tahu point yang sebenar.

" Walaikumussalam, umi sihat je. Kenapa? Rindu umi la tu. Kalau tak rindu umi tak ada makna nak telefon keii." Jawab Hajah Mariam.

" Memang pon, hihiihi. Sebenarnya along nak cakap sesuatu dekat umi. Penting sangat." Kata Atiff.

" Ye ada apa? Penting bunyinya along."

" Penting sangat, pasal adik umi."

" Kenapa dengan adik? Ada benda yang berlaku ke? Jawab la along, umi tanya ni." terkejut uminya apabila dengar hal itu daripada anaknya. Mesti ada sesuatu benda yang berlaku sekarang ni pada anaknya bongsunya, Ellina.

" Adik .. Err keguguran umi. Adik ada dekat hospital, tempat yang along kerja sekarang ni." Kata anaknya.

" Hah?? Astaghfirullahalazim. Anak umi, masya-allah. Abang, umi nak pergi jenguk adik, abang ambil umi ye. Umi risau sangat dengan adik." Kata Hajah Mariam dengan penuh sedih. Ibu mana tak sedih kalau anaknya sendiri dalam kesusahan.

" Tak payah la umi, nanti along pergi hantar adik dekat rumah umi je." Balas anaknya.

" Hurmmm, ok la kalau macam tu. Tapi hantar terus dekat rumah umi tak payah singgah mana-mana. Ada FAHAM." Kata uminya dengan tegas.

" Ok la umi, along akan hantar terus." Balas Atiff.

Lega Atiff apabila dia bagi tahu dekat uminya. Tak ada la dia rasa runsing sangat, yela kalau umi dia tahu daripada orang lain lain dia rasa sedih. Sekurang-kurangnya umi dia dah tahu dah.

' Umi harap adik dalam keadaan baik. cepat sihat sayang umi.' Bisik hatinya.




Sampai sahaja Puan Rafiadah dan Dani di rumahnya ....

" Mak kita bunuh dia ke?? Macam mana ni mak?" kata Dani dengan perasaan gelisah. Mana tak risaunya kalau depan mata maknya tolak Ellina. Nanti kalau saman macam mana? Kalau kena masuk penjara?

Aku tak nak...

" Abang, pandang mak. Jangan macam ni, bukan salah kita. Dia jatuh, lagi pon anak tu bukan anak abang pon. Anak jantan lain ingat tu!!." Kata Puan Rafiadah dengan penuh yakin. Dia nak menyakinkan anaknya tak ada apa-apa berlaku.

" Ka .. Kalau tu anak Dani macam mana mak?? Kalau dia report polis? Kalau kita masuk penjara mak?" Soal Dani dengan bertalu.

" Bukan!!!! Dengar kata mak tu bukan anak Dani. Dani sendiri nampak kan yang dia curang, sah-sah la tu anak jantan lain." balas Puan Rafiadah.

SURATAN TAKDIR CINTAWhere stories live. Discover now