CHAPTER 9

2.8K 106 2
                                    



When all seems lost and lonely for you. And you don't really know what to do, Look inside your heart and see. There in a special place, I will be



Kedatangan Amanda ke rumah Puan Rafiadah, membuatkan hatinya genbira. " Eh, Amanda!" mulut Puan Rafiadah mengukirkan senyuman yang manis bak sutera kepada Amanda. Kalau Ellina nak bagi senyuman pon payah, nak manja lagi la jangan nak berangan.

" Assalamualaikum Mak, Manda rindu kat Mak." Manja Amanda kepada Puan Rafiadah lantas memeluk tubuh mak Dani dengan erat sekali.

" Mak pun rindukan Amanda, Manda sihat ke?. Ehh kita borak kat sini pulak, dah jom la kita masuk sayang" mereka mengambil tempat duduk di ruang tamu.

" Tertiba jah Manda datang."

" Alah, Manda bosan ni, sebab tu Manda pergi rumah mak."

" Yela"

" Alang-alang, dah terlanjur Manda ada di sini tolong mak masak dekat dapur. Dani nak balik makan sini katanya."

Selepas Puan Rafiadah berkata demikian, bersinar-sinar la matanya. 'Dah la mak Dani nak kat dia boleh la masuk jarum, alang-alang ni boleh pikat Dani' gumam Amanda.

Mereka menuju ke dapur untuk memasak makan tengh hari. Bahan-bahan diperlukan dikeluarkan dari peti sejuk. Kedengaran suara yang cukup bahagia di dapur dengan gelak ketawa ibaratkan mentua dengan menantu. Kalau orang lain tengok mesti kata yang Amanda tu menantu dia.

OMG rasa nak muntah je bila ada kena mengena dengan Amanda!!!




Siakap tiga rasa kegemaran Dani siap dimasak oleh mereka. Jam menunjukkan pukul 1.00 p.m. maknanya Dani akan pulang ke rumah maknya.

" Assalamualaikum mak, Dani dah sampai ni." kata Dani

" Walaikumussalam, Dani anak mak dah sampai. Meh lerr kita makan, ada orang masakan untuk kita lunch hari ni."

" Siapa Mak?" tanya Dani dengan muka berkerut. 'Takkan la mak upah maid tanpa beritahu dia' kata Dani dalam hati.

" Cuba teka siapa ni?" kata Amanda sambil menutup mata Dani dengan tangannya. Mak Dani hanya tersenyum dengan perbuatan Amanda. Dia tidak larang langsung dengan perbuatan Amanada walaupun ianya haram sebab bukan muhrim.

" AMANDA????"

" Pandai la Adan ni" jawab Amanda.

" Manda buat apa dekat rumah mak ni?". Tertiba Amanda ada dekat rumah maknya malahan siap masak untuk dia dan Puan Rafiadah.

" Manda masak la, nak suruh Adan rasa air tangan Manda la. Bila lagi Adan nak rasa, tapi Manda tak tahu Adan suka ke tak." Kata Amanda dengan muka yang sedih sambil mulut dimuncungkan.

" Manda masak mesti sedap"

" Yeke, kalau macam tu Adan kena la makan sampai habis."

" Orait"

Puan Rafiadah hanya tersenyum dengan perbualan Amanda dengan Dani. Mereka ibaratkan suami isteri. 'Kalau la Manda jadi menantu aku mesti hidup Dani lebih bahagia banding dengan anak pembunuh tu' gumam Puan Rafiadah




Makanan kegemaran Dani telah dimasak oleh Ellina. Hajatnya dia hendak ke office Dani untuk bagi makanan yang disediakan olehnya. Kesibukan Dani di office membuatkannya kesian dengan Dani lalu merancang untuk ke tempat kerja Dani iaitu Syarikat House Artichur SDN BHD.

SURATAN TAKDIR CINTAWhere stories live. Discover now