CHAPTER 30

3.5K 96 3
                                    



I love you 2-day. I love you 2-morrow. I love you 4-ever



Suasana di tempat ni memang menenangkan jiwa, kelihatan sesetengah orang sedang menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Aina, Fatin, Ikhram dan Iskandar sedang bermain bola tampar di pantai. Dia malas nak bermain dengan bola tampar, sedangkan dia tak tahu cara nak bermain.

Siapa yang tak tahu yang si Ell ni memang tak reti nak main bola tampar?. Hahahahahaha... memang pon sejak bangku sekolah lagi yang dia tak reti akibatnya masa sekolah lagi dia benci main bola tampar. Kalau dengar je sukan bola tampar. Dia orang pertama yang lari dulu.

Begini al kisahnya!!!

"Ellina jom main bola tampar, Cikgu Imran panggil suruh main untuk wakil sekolah."

"Yee. Jap lagi aku sampai la."

"Ok"

Masa permainan bermula...

"Oit budak hingusan ada hati nak lawan aku tu. Kau ingat kau tu nak rebut tempat aku nak main bola tampar. Ni Mellinda la anak Dato Syahriff. Tak ada siapa yang boleh nak lawan aku." Siapa yang tak kenal dengan musuh ketat. Anak Dato Syahriff. Yela kalau tak dapat memang menangis la jawabnya.

Daddy nak tu. Daddy nak ni. Memang dasar anak manja bapak dia. Kalau tak bapak dia kaya memang bukan kaki buli la jawabnya.

"Hmm yela Mellinda oiii." balasnya acuh tak acuh. Ellina yang malas nak cari gaduh hanya mendengar je. Kalau lawan nanti besar la masalah nanti.

"Prutttthhhhhhhhh" Kedengaran wisel bunyi terus perlawanan bola tampar bermula. Dia hanya mencuba nasib je. Yela kena paksa dengan kawan.

"Pakkkk"

"Pakkkk"

Ellina yang melihat pihak lawan terus membalas tamparan tersebut lalu pihak lawan tumpas dengan pukulan yang dibuat oleh Ellina. Memang kuat giler pukulan Ellina memyebabkan Si kumpulan Mellinad ketinggalan jauh mata.

Biarpun mata berpihak kepada Ellina tapi Mellinda hanya tersenyum sinis dan menjeling ke arah dia. Ell hanya buat endah tak endah dengan jelingan Mell si kaki manja.

Masa kedua..

Tinggal hanya beberapa minit sahaja perlawanan nak tamat. Tiba-tiba...

"Bukkkkkk!!!"

"Ellllll...."

"Elllinaaa.."

"Ellinaaaaaaaaaaaaaaaaaa......"

Pandangannya kian kabur dan suara yang memanggilnya mula tidak kedengaran. Terus Ellina pitam selepas pukulan kuat oleh Mellinda.

Sebelum Ell pengsan memang dia tahu yang si pompuan tu sengaja nak jatuhkan dia.

'Padan dengan muka kau Ell, nak sangat lawan aku. Tu makan dia.' bisik hatinya. Memang lama dah Mellinda tak puas hati dengan Ellina. Semua suka dengan Ell. Entah apa yang ada padanya. Dia hanya lihat Ellina yang diusung untuk keluar dari gelanggang bola tampar.

End Flashback!!!

Ellina yang tak habis dengan berangannya, tiba-tiba..

" LIN WATCH OUT!!!!" jerit Iskandar sambil berlari menuju ke Ellina untuk menyelamatkannya dari balingan bola  si Ikhram tu.

" Ahhhhh...."

Ellina yang tersedar terpandang akan bola yang menuju ke arahnya lalu menjerit sambil berpaling. Dia sedar akan seseorang yang peluk akan dirinya lalu berpaling. Iskandar yang melindungi dirinya daripada terkena serangan bola.

SURATAN TAKDIR CINTAWhere stories live. Discover now